sumpah dan menandatangan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia atau di hadapan seorang yang dikuasakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia kerana itu akan akuan sumpah bagaimana yang tersebut:
- "Adalah saya, , setelah dipilih dan dimasukkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan atau State Executive Council bagi Negeri Kelantan dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya pada tiaptiap masa apabila dikehendaki akan memberi dengan seterusnya, nasihat-nasihat saya setakat mana di dalam daya upaya timbangan saya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan ialah bagi kesempurnaan urusan hal ehwal Negeri; bahawa tidaklah saya dengan terus atau tidak terusnya persampaikan atau membukakan kepada mana-mana orang akan apa-apa perkara yang dibawa ke bawah timbangan saya atau akan diketahui oleh saya sebagai seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan melainkan sebagaimana yang dikehendaki bagi menunaikan kewajipan-kewajipan saya dengan sempurnanya seumpama itu atau sebagaimana yang dibenarkan dengan khasnya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan.",
dan kepada akuan sumpah itu hendaklah ditambah apa jua perkataan yang akan mengikat hati orang yang mengangkat sumpah itu menurut kepercayaan agamanya.
18. (Dipotong oleh G.N. No. 181/1959).
19. (Dipotong oleh G.N. No. 181/1959).
20. (Dipotong oleh G.N. No. 181/1959).
Cukup bilangan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
21. Maka tidaklah boleh dikatakan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu tidak berkuasa menguruskan apa-apa pekerjaan kerana ada sebab ada kekosongan di antara ahli-ahlinya, tetapi tidaklah boleh diuruskan apaapa pekerjaan melainkan tangguhnya mesyuarat sahaja sekiranya dibantah oleh mana-mana ahli yang hadir bahawa ada kurang daripada empat kali hadir selain daripada ahli yang mengetuai.