dalam perenggan (a) dan (b) Fasal (3) Perkara 54, hendaklah dimasukkan ke dalam suatu Rang Undang-Undang, yang hendaklah dikenali sebagai Rang Undang-Undang Perbekalan, yang membuat peruntukan bagi pengeluaran jumlah wang yang perlu daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan untuk membayar perbelanjaan itu dan penguntukan jumlah wang itu bagi maksud yang dinyatakan dalamnya.
Perbelanjaan tambahan dan perbelanjaan lebih
56. Jika berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan didapati –
- (a) bahawa amaun yang diuntukkan melalui Enakmen Perbekalan bagi maksud itu tidak mencukupi, atau bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan bagi suatu maksud yang baginya tiada amaun diuntukkan melalui Enakmen Perbekalan; atau
- (b) bahawa apa-apa wang telah dibelanjakan bagi apa-apa maksud melebihi amaun yang diuntukkan (jika ada) bagi maksud itu melalui Enakmen Perbekalan,
maka suatu anggaran tambahan yang menunjukkan jumlah wang yang dikehendaki atau dibelanjakan itu hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Negeri dan kepala-kepala bagi apa-apa perbelanjaan itu hendaklah dimasukkan ke dalam suatu Rang Undang-Undang Perbekalan.
Pengambilan keluar daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan
57. (1) Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam Perkara ini, tiada wang boleh diambil keluar daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan melainkan jika wang itu –
- (a) dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Yang Disatukan; atau
- (b) dibenarkan dikeluarkan melalui Enakmen Perbekalan.
(2) Tiada wang boleh diambil keluar daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan kecuali mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan.