Laman:Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.pdf/50

Laman ini telah dibaca pruf
Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan
51

Negeri itu tetapi tidaklah boleh mereka itu terus memegang jawatannya selepas persidangan yang pertama bagi Dewan Negeri yang baru itu melainkan ianya seorang ahli Dewan Negeri itu.

Mencetak semula Undang-Undang Perlembagaan

65. (1) Maka berkuasalah Pencetak Kerajaan dengan persetujuan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia, mencetak salinan-salinan daripada Undang-Undang Perlembagaan dengan segala tambahan, pembatalan dan pindaan akibat daripada undang-undang pindaan Akta Parlimen atau Undang-Undang Negeri, dan salinan-salinannya yang seumpama itu hendaklah disifatkan menjadi salinan-salinan yang sah bagi undang-undang Perlembagaan yang dipinda sedemikian,

(2) Mana-mana perujukan di dalam mana-mana undang-undang, Akta Parlimen atau Undang-Undang Negeri kepada bilangan satusatu barisan daripada suatu Perkara, Fasal ataupun perenggan daripada Undang-Undang Perlembagaan itu hendaklah bererti barisan di dalam salinan rasmi yang dicetak akhir sekali bagi Undang-Undang Perlembagaan ini pada masa diluluskan oleh Akta Parlimen atau Undang-Undang Negeri yang terkandung di dalam perujukan itu.

JADUAL YANG PERTAMA

KEPADA BAHAGIAN YANG PERTAMA UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN TUBUH KERAJAAN

[Perkara 51]

KEBEBASAN-KEBEBASAN DAN KUASA-KUASA

Pengertian

1. Di dalam Jadual ini melainkan nasnya berkehendak kepada makna yang lain –

"ahli" maknanya seseorang ahli Dewan itu;

"Dewan" maknanya Dewan Negeri;