Laman:Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.pdf/60

Laman ini telah dibaca pruf
Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan
61

jika diminta oleh pihak yang mendakwa atau yang kena dakwa bolehlah memberi keputusan sama ada dengan sendiri atau ditentu kepada mahkamah lain bagi menjalankan keputusannya itu.

(4) Kebawah Duli Yang Maha Mulia bolehlah menyampaikan apa-apa perkara kepada Mahkamah Persekutuan bertanyakan fikirannya berkenaan dengan akibat apa-apa jua syarat daripada Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Negeri ini yang berbangkit atau yang nampak kepada Baginda harus akan berbangkit, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah memasyhurkan dalam mahkamah pendapatnya itu berkenaan apa-apa jua perkara yang disampaikan kepadanya itu.

MAJLIS PERAJAAN NEGERI

Penubuhan Majlis Perajaan Negeri

5. Majlis Perajaan Negeri Kelantan, yang digelarkan di dalam bahasa Inggeris "Council of Succession of Kelantan" adalah dengan ini ditubuhkan.

Pengesahan naik Takhta

6. Tidaklah boleh siapa-siapa pun menaiki Takhta dan Kerajaan Kelantan melainkan kenaikannya itu disahkan oleh Majlis Perajaan Negeri.

Ahli dan pelantikan

7. Majlis Perajaan Negeri hendaklah terdiri daripada yang berikut, iaitu –

(i) Yang di-Pertua;
(ii) Timbalan Yang di-Pertua;
(iii) Setiausaha Kerajaan, yang hendaklah menjadi Setiausaha Majlis;
(iv) Mufti Kerajaan;
(v) empat orang ahli Kerabat D'Raja; dan
(vi) tidak kurang daripada enam orang dan tidak lebih daripada dua belas orang lain yang hendaklah daripada bangsa Melayu dan rakyat Raja Negeri,