di-Pertua mengadakan satu mesyuarat setelah memanggil dengan notis tiap-tiap seorang ahli Majlis Perajaan Negeri yang akan dipersampaikan di alamatnya di dalam Negeri pada waktu dan tempat yang akan dinyatakan di dalam notis itu dan wajiblah di atas tiap-tiap seorang ahli Majlis Perajaan Negeri itu hadir pada waktu dan tempat itu melainkan ketiadaan hadirnya dimaafkan oleh Yang di-Pertua kerana sebab yang difikirkannya munasabah dan cukup memuaskan.
(2) Di dalam mesyuarat itu, maka hendaklah Majlis Perajaan Negeri mengesahkan bakal Raja itu menjadi Raja yang memerintah, melainkan setelah disiasat dengan sepenuh dan secukupnya Majlis itu berpendapatan ia ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja seperti pengidapan yang berkekalan, buta, bisu ataupun mempunyai sifat-sifat yang keji yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak menjadi Raja.
(3) Jika sekiranya Majlis Perajaan Negeri enggan mengesahkan bakal Raja itu daripada menjadi Raja, maka Majlis itu hendaklah dengan terkena kepada kuasa-kuasa yang bersamaan bagi menolak, mengesahkan Waris Yang Kedua dan: jika Majlis itu enggan juga mengesahkannya maka hendaklah disahkan Waris-Waris Yang lain mengikut tertibnya; dengan syarat boleh juga ditolak, sehingga Majlis Perajaan Negeri itu mengesahkan seorang daripada Waris-Waris Yang Lain menjadi Raja, begitulah sampai ke akhirnya Majlis itu berkuasa menolaknya.
Pilihan dan pelantikan Raja apakala tiada Bakal-Bakal Waris yang berhak atau keengganan mengesahkan mana-mana Bakal Waris yang berhak itu
9. (1) Apakala Takhta Kerajaan Kelantan itu tertinggal kosong kerana tidak ada orang yang berhak di bawah syarat-syarat Perkara 17 daripada Bahagian ini, hendak disahkan menjadi Raja, atau, jika pun berhak, tetapi tidak disahkan, maka wajiblah di atas Majlis Perajaan Negeri memilih dan melantik mana-mana seorang menjadi Raja:
Dengan syarat bahawa orang yang hendak dipilih dan dilantik itu hendaklah seorang lelaki yang cukup umur, sempurna akal, daripada bangsa Melayu dan diperanakkan dalam Negeri Kelantan, daripada bapanya yang juga telah diperanakkan dalam Negeri Kelantan, rakyat Raja yang dahulu, beragama Islam bermazhab