Laman:Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.pdf/86

Laman ini telah dibaca pruf
Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan
87

dan yang hendaklah dikenakan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan kepada mana-mana orang yang dikurniakan gelaran mengikut Perkara ini.

Sumpah

44A. Tertakluk kepada peruntukan Perkara 44c Bahagian ini, setiap orang yang dilantik menjadi Bendahara atau Temenggong atau Laksamana atau Panglima atau dikurniakan mana-mana gelaran di bawah Perkara 44 Bahagian ini hendaklah mengangkat sumpah taat setia dan menandatangani di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, atau di hadapan orang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, bagi maksud itu, sumpah yang berikut:

"Saya, , setelah dilantik menjadi /dikurniakan gelaran bersumpah bahawa saya akan menumpukan taat setia yang sejati kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan, Waris-Waris dan Pengganti-Pengganti Baginda dan bahawa saya akan memelihara, menjaga dan mempertahankan kehormatan Gelaran ini dan Perlembagaan Negeri Kelantan.".

Tambahan kepada lafaz sumpah

44B. Kepada sumpah itu hendaklah ditambah perkataan-perkataan yang, menurut agamanya, mengikat perasaan hati orang yang mengangkat sumpah itu.

Pengecualian mengangkat dan/atau menandatangani sumpah

44C. Kebawah Duli Yang Maha Mulia boleh mengecualikan mana-mana orang daripada mengangkat dan/atau menandatangani sumpah yang dikehendaki oleh Perkara 44A, Bahagian ini.

Kuasa menurunkan pangkat

45. (1) Maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia bolehlah menurunkan pangkat mana-mana orang yang telah dikurniakan kepadanya mana-mana pangkat atau gelaran atau Pingat-Pingat