Page:Anchaman Komunis kapada Persekutuan Tanah Melayu.djvu/21

Laman ini telah dibaca pruf

pertukaran aliran² siasah ia-itu dari suana siasah sa-buah tanah jajahan kapada suasana siasah sa-buah negeri yang merdeka dan berdaulat.

39. Dalam tahun 1948, Parti Komunis Malaya, masa itu belum lagi di-haramkan, telah berpendapat bahawa keadaan² ada-lah sesuai untok melancharkan suatu pemberontakan bersenjatan yang pada masa itu di-terima sa-bagai suatu chara perjuangan sa-bagaimana yang telah di-tegaskan oleh Zhidanov ahli Komunis Russia dalam persidangan penubohan Cominform Bureau dalam tahun 1947. Kejadian² yang berlaku telah menunjokkan bahawa pendapat parti itu salah. Pekerja² yang telah pun dapat di-kawal dengan kuat-nya oleh Komunis sa-hingga tahun 1948 itu tidak lagi memberi sokongan yang di-jangka itu dan sokongan dari orang ramai ‘am-nya pun tidak juga di-dapati oleh Parti itu. Segala gerakan²-nya mengugut, membunoh dan menyamun itu telah merenggangkan orang² yang mahu menerima, pada dzahir-nya saahaja, da‘awaan parti itu untok memimpin suatu pergerakan bagi membebaskan orang² Malaya daripada kuasa “penjajah”. Tambahan pula kumpulan² bersenjatan parti itu telah terbokti tidak menchukupi untok menjalankan tugas mereka.

40. Pada tahun 1955 Parti itu menghadapi suatu kedudokan yang baharu. Ia telah di-pengarohi oleh suatu lagi perubahan tipu muslihat Komunis Dunia, dan juga oleh kenyataan bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan menchapai kemerdekaan-nya. Kemerdekaan ini di-perjuangkan bukan-nya dengan jalan pemberontakan bersenjata Komunis tetapi ia-lah dengan rundingan yang aman yang di-jalankan oleh pemimpin² siasah yang di-pileh oleh orang ramai. Dengan yang demikian tiada-lah dapat lagi Parti itu mengakui diri-nya sa-bagai juara dan penyelamat orang² Malaya. Oleh yang demikian ada-lah perlu bagi Komunis itu melepaskan diri keluar dari kedudokan siasah yang memalukan dan dari kegagalan² mereka dalam lapangan ketenteraan.

41. Ketua² Parti itu memikirkan bahawa mereka boleh menebus kedudokan mereka dengan menchapai satu persetujuan dengan wakil² yang di-pileh ra‘ayat. Dengan jalan ini Parti itu boleh keluar dari dalam

19