Page:Pelita Brunei - 15 Februari 1956.pdf/10

Laman ini telah dibaca pruf

10

PENUNTUT2 BRUNEI DI ENGLAND DAN DI AUSTRALIA

Seramai 8 orang penuntut2 dari Brunei, mengandongi 6 orang Melayu dan 2 orang China, sedang melanjutkan pelajaran mereka di England dan di Australia. Lima orang daripada penuntut2 itu telah dihantarkan ka negeri2 itu atas perbelanjaan perchuma Kerajaan Brunei, menekala 3 orang lagi sedang belajar dengan perchuma dibawah Ranchangan Colombo.

Penuntut2 yang bertuah itu ialah Inche' Isa bin Ibrahim, Inche' Talib Darwish, Awangku Ismail bin Pengiran Mahnood dan Inche' Johar bin Noordin (kesemuanya sedang belajar di England), serta Inche' Abdul Hamid bin Jaafar, Awangku Idris bin Pengiran Kerma Indera, Mr. Michael Chong dan Mr. Anthony Chin (ke empat2nya sedang belajar di Australia).

Inche' Isa bin Ibrahim sedang belajar di Chartway Sevenoaks School, Kent. Satelah tamat pelajarannya di sekolah itu, ia dijangka akan masok belajar disabuah University untok mempelajari Ilmu Undang2.

Inche' Talib Darwish sedang belajar Ilmu Jurutera di Brighton Technical College, England.

Awangku Ismail bin Pengiran Mahnood dan Inche' Johar bin Noordin sedang belajar di Milfield School, Somerset, England.

Inche' Abdul Hamid bin Jaafar sedang belajar Ilmu Pertanian di Gatton Technical College, Queensland, Australia.

Awangku Idris bin Pengiran Kerma Indera sedang belajar di Technical School, Leederville, Australia. Ia akan belajar Ilmu Kedoktoran satelah tamat latehan permulaan di sekolah itu.

Mr. Michael Chong sedang belajar Ilmu Jurutera dan Mr. Anthony Chin juga sedang belajar Ilmu Jurutera di Maktab2 Teknikal di Australia.

Penuntut2 yang akhir sekali berangkat ka luar negeri ialah Inche' Isa bin Ibrahim dan Inche' Abdul Hamid bin Jaafar.

Inche' Isa ialah anak kapada Yang Berhormat Pehin Dato Perdana Menteri Haji Ibrahim bin Jahfar, Setia Usaha Sulit kapada Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei.

Ia dilahirkan di Brunei 20 tahun yang lalu dan mulai belajar di Sekolah Melayu Pekan Brunei. Satelah lulus dalam pepereksaan di sekolah Melayu itu, ia melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris Kerajaan Brunei dan kemudian di Roman Catholic School, Brunei.

Oleh kerana chenderong hendak belajar bahasa Inggeris dengan saberapa tinggi sanenjak ia maseh kechil lagi, maka ia di hantarkan oleh ayahnya ka Pulau Pinang dimana ia telah belajar selama 3 tahun di Stamford School.

Inche' Isa balek ka Brunei pada penghujong tahun

1950 dan pada …