Page:Pelita Brunei - 15 Februari 1956.pdf/11

Laman ini belum dibaca pruf

11

1950 dan pada awal tahun 1951 ia dipileh menjadi saorang kerani di Pejabat Pelajaran, Brunei.

  Ia berhenti dari jabatan tersebut satelah bekerja selama satu tahun atas kemahuannya sendiri dan berangkat pula ka Singapura untok menyambongkan pelejarannya lagi di sekolah2 Inggeris disana.

  Pada masa berada di Singapura selana 3 tahun 9 bulan, Inche' Isa telah belajar di Victoria Continuation Afternoon School dan kemudian di Beatty Secondary School. Ia balek ka Brunei pada bulan December 1955 satelah masok pepereksaan Darjah Sembilan ("Senior Cambridge") dan telah berangkat ka England pada awal bulan January tahun ini.

  Inche' Abdul Hamid bin Jaafar, berumor 26 tahun, telah dilahirkan di Brunei. Ia lulus pepereksaan Darjah Enam di Roman Catholic School, Brunei.

  Pada tahun 1948 Kerajaan Brunei telah menghantarkan Inche' Abdul Hamid ka Maktab Pertanian, Serdang, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu untok mempelajari Ilmu Pertanian di sana selama satu tahun.

  Pada masa ia balek ka Brunei, Inche' Abdul Hamid telah berkhidmat di Jabatan Pertanian disini. Dalam masa perkhidmatan di Jabatan itu ia telah bekerja dengan bersunggoh2 dan oleh kerana hal sademikian, maka Kerajaan Brunei telah menghantarkan Inche' Abdul Hamid ka Kuching dimana ia telah belajar Ilmu Pertanian selama 2 tahun.

  Inche' Abdul Hamid telah balek ka Brunei satelah tamat pelajarannya di Kuching dan pada masa itu Kerajaan Brunei telah melanteknya memegang jawatan Penulong Pegawai Pertanian.

  Sabelum berangkat ka Australia, Inche' Abdul Hamid telah belajar Ilmu2 Hisab, Ilmu Kimia ("Chemistry") dan Ilmu Fisik ("Physics") di Government English School, Brunei (pada masa ini telah ditukarkan nama sebagai Sultan Omar Ali Saifuddin College) selama 9 bulan atas perbelanjaan perchuma Kerajaan Brunei.

******************************************************************************************

GURU2 PEREMPUAN BRUNEI KA MAKTAB PERGURUAN KENT

  Jabatan Pelajaran Negeri Brunei telah memileh 6 orang Guru2 Pelateh Perempuan dari Sekolah2 Melayu Seluroh Negeri Brunei sebagai chalon2 berlateh yang baharu ka Maktab Perguruan Kent, Tuaran, Jesselton, Borneo Utara pada tahun ini saperti berikut :-

  Dayangku Maimunah binte Pengiran Damit dan Hidup binte Gantang (kedua2nya dari Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jemal-ul-Alam, Pekan Brunei), Tiamah binte Haji Safar (Sekolah Bunut, Bahagian Brunei), Ludi binte Lakin (Sekolah Tanjong Maya, Tutong), Sa'adiah binte Kikil dan Norzainah binte Malek (kedua2nya dari Sekolah Seria).

  Mereka telah berangkat ka Tuaran pada 27 January, 1956.

****************