Page:Pelita Brunei - 15 Februari 1956.pdf/2

Laman ini belum dibaca pruf

2

Kita tentu sama mengatahui bahawa banyak ranchangan2 perkhidmatan ini sedang dijalankan, saperti: Ranchangan Pelajaran, yang berusaha memberi pelajaran2 dan didekan2 sekolah kapada anak2 Negeri dengan membangunkan beberapa banyak sekolah diseluroh Negeri; Ranchangan Pension Umur Tua, yang berusaha memberi pertolongan kapada pendudok2 Negeri yang tua yang tidak larat lagi menchari nafkahnya; Ranchangan Kesehatan, yang berusaha memelihara dan memperbaiki kesehatan ra'ayat dalam Negeri dengan mengadakan rumah2 sakit, clinic2, tabib2 dan lain2 pegawai yang mustahak; Ranchangan Bantuan Menanam Getah Semula dan Getah Baharu, dengan tujuan menguatkan perdirian iktisad anak negeri diantara pekebun2 getah kechil dalam Negeri ini, dan lain2 lagi.

Ini adalah sebahagian kechil daripada ranchangan2 yang sedang dan akan diusahakan oleh Keraja'an. Tetapi jika tidak dengan bantuan, faham dan kerjasama dari pendudok2 sekalian kesemuanya harus tidak akan berjaya dengan chukop sempornanya.

Oleh itu saya berharap benar supaya semua ra'ayat Saya yang dikasehi dalam Negeri Brunei Darul Salam ini bersama2 berusaha dengan bersunggoh2nya menuju perkembangan Negeri kita yang kemajuannya kita semua chita2kan itu, serta untok meninggikan bersama taraf pendudok2 supaya dapatlah kita sekaliannya dudok dalam aman dan sentosa.

Saya uchapkan selamat diatas kadzahiran PELITA BRUNEI dan harap ia berkekalan maju, serta menjadi suatu kaguna'an besar kapada, dan diperhargakan oleh, sekalian para pembachanya.

OMAR ALI SAIFUDDIN

------------------------------------------------------

UCHAP SELAMAT BRITISH RESIDENT BRUNEI
KAPADA "PELITA BRUNEI"

Saya sangat sedar kekurangan sebarang naskhah2 untok memberikan berita2 Keraja'an kapada orang ramai yang tinggal di daerah2 pedalaman luar bandar Negeri ini. Saya sangat2 berharap dengan lahirnya naskhah berita "PELITA BRUNEI" ini maka akan dapat di isi kekurangan itu.

Saya uchapkan selamat kapada "PELITA BRUNEI" dan Pegawai Penerangan Negeri serta kapada kesemua anggota Pejabat Penerangan Keraja'an Brunei, semoga maju jaya dalam usahanya yang baharu ini.

J.O. GILBERT