Page:Pelita Brunei - 15 Februari 1956.pdf/3

Laman ini telah dibaca pruf

3

SUASANA POLITIK DI BRUNEI

SUASANA politik di Persekutuan Tanah Melayu dan di Singapura adalah sedang diperbinchangkan dengan hebat dan hangat oleh ra'ayat jelata sahingga perkara itu sudah pun merebak ka Brunei.

Bertambah2 pula dalam masa yang singkat ini, sudahlah monchol sabuah pertubohan politik yang baharu di Ibu Kota Persekutuan Tanah Melayu yang dinamakan "PARTY RA'AYAT".

Di Brunei juga perkara itu tidak pun ketinggalan, kerana sedikit masa yang lalu kira2 150 orang Melayu disini telah mengadakan satu perjumpaan yang besar hendak menubohkan Party Ra'ayat Malaya, Chabang Brunei.

Para hadzirin di Majlis tersebut juga telah menerima Rang Undang2 Party Ra'ayat, Chabang Brunei dan melantek sabuah Jawatan Kuasa Tadbir bagi menjalankan pertadbiran Party itu.

Mengikut "Manifesto" atau Dasar yang dikeluarkan oleh Party Ra'ayat, Chabang Brunei itu, diantaranya ialah :-

  Mempertahankan kedudokan Duli Yang Maha Mulia Maulana Sultan Brunei dengan segala keturunan2 Duli Yang Maha Mulia mendudoki Takhta Kerajaan Brunei dengan Dasar Perlembagaan;

  Mengakui sechara mutlak atas hak kerabat Diraja, baik ekonomi mahu pun politik;

  Memperjuangkan kemerdekaan bagi seluroh kepulauan Melayu yang berdaulat dengan sechara Perlembagaan;

  Menentang segala bentok rupa penjajahan dalam lapangan politik, ekonomi dan sosial;

  Mewujudkan negara Melayu Merdeka yang berdaulat kedalam dan keluar, demokratik dan menjamin keselamatan ra'ayat selurohnya.

Melihat kapada Dasar2 Party Ra'ayat Malaya, Chabang Brunei itu berkenaan dengan perkara mempertahankan kedudokan Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei dengan segala Keturunan Baginda mendudoki Takhta Kerajaan Brunei, dapatlah kita tegaskan sahingga kahari ini Negeri Brunei yang berdaulat ini telah mempunyai Sultan yang mendudoki Takhta Kerajaan ini samenjak zaman perbakala, iaitu daripada Sultan Brunei Yang Pertama, yang digelarkan Paduka Sri Sultan Mohamed, dan terus Negeri ini diperintahkan oleh Keturunan2 Merhum sahingga kamasa ini.

Jadinya, tidaklah ...