Page:Pelita Brunei - 15 Februari 1956.pdf/7

Laman ini belum dibaca pruf

7

  Belon2 itu akhirnya akan pechah dan jatoh ka bumi, totapi alat2 didalamnya akan mendaftarkan keterangan2 yang sangat mustahak kapada pemandu2 kapal terbang.

  Adalah difahamkan bahawa sabilangan dari belon2 chuacha itu akan jatoh di Brunei.

  Barang siapa yang menjumpai belon2 itu hendaklah mengutipnya dengan chermat bersama2 dengan alat2nya itu dan serahkan kapada Penulong Resident atau kapada Pegawai Daerah yang berdekatan.

  Ponulong Resident atau Pegawai Daerah pula akan mengambil nana dan alamat orang yang membawa belon2 itu, dan ia akan menulis masa dan tempat dimana belon2 chuacha itu telah dijumpai.

  Belon2 itu kemudiannya akan dihantarkan kapada Konsol Amerika Sharikat di Singapura dan Kerajaan Amerika Sharikat akan membayar kembali perbelanjaan orang2 yang membawa belon2 itu dan juga memberi hadiah kapada orang2 itu atas usaha mereka.

  Penulong Resident atau Pegawai Daerah yang menerima belon2 dan alat2 belon itu hendaklah membungkusnya dengan baik dan menghantarnya dengan saberapa segera kapada Controller of Civil Aviation, Brunei dengan keterangan2 yang dibawah ini :-

  Nama orang yang membawa belon itu; alamatnya yang lazim; dimana belon itu dijumpai; masa dan tarikh belon itu dijumpai; tanda keterangan diatas belon atau lain2 alat dan taksiran perbelanjaan yang digunakan pada masa membawa belon itu dan kembali ka alamatnya yang lazim.

  Kesemua anggota Police, Pertanian dan anggota Jabatan Perhutanan hendaklah berjaga2 menchari belon2 itu dan hendaklah menyiasat dalan Kampong2 serta dari peladang2, kalau2 belon2 chuacha itu dilihat

******************************************************************************************

PESUROH JAYA GAJI MELAWAT BRUNEI

  Mr. L. Bain, Pesuroh Jaya Gaji dari Pejabat Jajahan Ta'lok British di London, telah melawat Brunei pada hari Khamis 19 January, 1956 untok mengkaji tangga gaji Pegawai2 Kerajaan Brunei dari semua peringkat.

  Beliau telah mengadakan satu pertemuan dengan Wakil2 dari semua Bahagian Pegawai Kerajaan di Pejabat Kerajaan, Pekan Brunei pada hari tersebut dalan mana beliau telah menerina shor2 berkenaan dengan tangga gaji baharu yang dikemukakan kapadanya oleh Wakil2 itu.

  Adalah difahamkan bahawa hasil dari penyiasatannya itu yang akan disampaikan kapada Kerajaan Brunei, dijangka akan diselesaikan pada penghujong bulan March, 1956.

  Sesudah mengadakan pertemuan tersebut, Pesuroh Jaya Gaji itu telah berangkat ka Seria untok menyiasat tangga gaji anggota2 British Malayan Petroleum Company Limited.

*****************