Page:Pelita Brunei - 15 Februari 1956.pdf/9

Laman ini belum dibaca pruf

9

  Sir Robert Scott, Lady Scott dan Sir Anthony Abell telah dibawa melawat ka tempat2 menggali minyak serta menyaksikan pekerja2 sedang giat melakukan pekerjaan masing2. Beliau2 itu juga dibawa melihat tempat2 yang lain dan diantaranya mereka telah melawat ka Sekolah Pertukangan dan Asramanya.

  Meskipun Sir Robert Scott telah berada di Kota Lombong Minyak tersebut hanya sedikit masa sahaja, tetapi dalam masa yang singkat itu, beliau sangatlah tertarik hati melihat berbagai rupa perusahaan2, pekerjaan2 dan pembenaan2 yang diselenggarakan oleh Sharikat Minyak tersebut.

  Menurut keterangan Sir Robert Scott kapada akhbar "SALAM" yang diterbitkan oleh British Malayan Petroleum Company Limited, beliau telah melawat hampir2 kesemua negara di sabelah Timor Asia, tetapi beliau belum pernah melihat sabuah tempat pun yang dapat menandingi kemajuan dan perkembangan yang telah dibuat oleh padang minyak itu.

  Kemajuan2 yang diperolehi oleh Sharikat Minyak tersebut, tegas Sir Robert Scott, sangatlah mena'jubkannya, menekala perbandingan kemajuan yang di hasilkannya sunggoh mengejutkan; apalagi kalau di fikirkan bahawa disabuah daerah yang letaknya tidak jauh dari negara minyak ini, terdapat tanah2 yang maseh kosong tidak dapat di kerjakan oleh orang, luas terbentang dengan tidak mempunyai sabarang perusahaan sedikit pun.

  Sesudah melawat Seria, Pesuroh Jaya Agong Tenggara Asia itu dan isteri beliau telah berangkat ka Miri, Sarawak. Dari sana beliau2 telah melawat ka Bintulu, Sibu dan ka Kuching, kemudian balek ka Singapura dengan kapal terbang Malayan Airways.

******************************************************************************************

LAWATAN DYMM SULTAN BRUNEI KA SOAS COLLEGE, BRUNEI

  Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin, dengan di iringi oleh Setia Usaha Sulit kapada Baginda, Yang Berhormat Pehin Dato Perdana Menteri Haji Ibrahim bin Jahfar dan A.D.C. kapada Duli Yang Maha Mulia, Yang Mulia Inche' Abas Al-Sufri, telah melawat Sultan Omar Ali Saifuddin College, Brunei pada hari Rabu 18 January, 1956.

  Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei telah di sambut oleh State Education Officer, Brunei, Mr. H. J. Padmore; Penguasa Pelajaran Melayu, Che' Marsal bin Ma'un; dan oleh Pengetua Maktab tersebut, Mr. L.A. Bradshaw.

  Sesudah memereksa bilek2 darjah dan di perkenalkan kapada Guru2 Maktab itu oleh Pengetuanya, maka Duli Yang Maha Mulia Sultan dan pelawat2 yang lain telah dira'ikan disatu Majlis Jamuan Teh disabuah bilek Maktab tersebut.

******************