Page:Pelita Brunei - 1 November 1956.pdf/1

Laman ini telah dibaca pruf

PELITA BRUNEI

Tahun 1. No. 18
DITERBITKAN OLEH PEJABAT PENERANGAN
KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
1 NOVEMBER, 1956.

PEMBUKAAN BANGUNAN2 BAHARU SEKOLAH2 MELAYU

"PELAJARAN - PENDIDEKAN SHARAT YANG MUSTAHAK BAGI FAEDAH

KEHIDUPAN MASHARAKAT" - DYMM SULTAN

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN, Sir Omar Ali Saifuddin telah menyempornakan pembukaan rasmi 5 buah bangunan2 baharu Sekolah2 Melayu diDaerah2 Brunei, Tutong dan Kuala Belait pada bulan October yang lalu dan 2 buah lagi bangunan2 baharu Sekolah2 Melayu pada bulan November ini.

Pada pagi hari Sabtu 27 October, Baginda telah membuka bangunan2 baharu Sekolah Melayu Orang Kaya Ali Wanika Setia Diraja, Kupang (bekas Sekolah Melayu Kupang); dan Sekolah Melayu Muda Hashim, Tutong (bekas Sekolah Melayu Bukit Bendera). Pada hari Ahad 28 October, Baginda telah membuka bangunan baharu Sekolah Melayu Sungei Liang, Daerah Belait; manakala pada hari Ithnin 29 October, Baginda telah membuka bangunan baharu Sekolah Melayu Datu Gandi dan Batu Marang, Daerah Brunei; serta bangunan2 baharu Sekolah2 Melayu Layong dan Rambai, Daerah Tutong pada hari Sabtu 3 November, 1956.

Ketika memberi uchapan diMajlis2 tersebut, Baginda telah menegaskan bahawa, "Pelajaran dan pendidekan adalah satu sharat yang sangat mustahak, baik pun bagi faedah kehidupan persaorangan, bagi kaum keluarga, mau pun bagi faedah bangsa dan bangsa-bangsa, seraya berharap bahawa bangunan2 baharu Sekolah2 yang chantek itu akan dapat mengeluarkan beneh2 Melayu yang baik dan subor".

Kapada kanak2 yang sedang dan akan belajar diSekolah2 tersebut, Baginda berharap supaya kanak2 itu akan belajar rajin2 dan bersunggoh2 menerima pengajaran yang diajarkan oleh Guru2 mereka, dan menasehatkan kapada kanak2 itu, "Ta'atilah dan berbudi bahasa yang baiklah kamu pada kawan2 kamu yang tertua daripada kamu, pada semua Guru2 kamu, pada ibu bapa kamu dan sanak saudara kamu.

"Dengan perasaan rajin belajar, kamu akan mendapat berbagai2 Ilmu pengatahuan, dan itu akan mendatangkan kebajikan bagi kamu pada masa kamu besar nanti. Tetapi yang saya harap benar2, salain dari kamu rajin2 menuntut pelajaran guna faedah hidup kamu yang akan datang, maka yang lebeh2 mustahak dari samasa kamu kanak2 ini lagi, mahulah kamu melateh diri kamu berperasa'an ta'at dan mengikut atas segala ajaran Guru2 kamu yang baik, pada kawan2 kamu yang lebeh tua, pada ibu bapa kamu dan Guru2 kamu, kerana dengan berbuat demikian kamu melateh diri kamu menjadi saorang manusia yang berperangai baik dan budi pekerti yang halus.

"Ingatilah benar2, kamulah kanak2 yang ada masa ini akan menjadi pemuda2 dan pemudi2 Bangsa Melayu yang akan datang, dan

kamulah yang akan ...