Page:Pelita Brunei - 1 November 1956.pdf/2

Laman ini telah dibaca pruf

2

kamulah yang akan bertanggong jawab bagi memajukan dan mengharumkan nama Negeri Brunei.

" Jika kamu mulai dari kechil lagi melateh diri berperi bahasa yang halus, berbudi perangai yang baik, ta'dapat tidak Brunei yang akan datang lebeh2 banyak mempunyai pendudok2 yang halus budi bahasanya dan berperangai yang baik.

" Berbudi bahasa dan berperangai yang baik itu adalah menunjokkan Bangsa itu tinggi kutu kehidupan dan adab tertibnya. Semuanya itu adalah menjadi chermin perbandingan bangsa2 yang sudah bertamaddun. Kasar dan kurang adab, bahasa dan perangai kita adalah menunjokkan kehidupan bangsa kita ".

BAHASA MENUNJOKKAN BANGSA

Selanjutnya Duli Yang Maha Mulia Sultan menasehatkan kapada kanak2 sekolah tersebut bahawa, "Guru2 kamu, saya perchaya selalu mengajar dan menyebut-nyebut, 'BAHASA ITU MENUNJOKKAN BANGSA', tunjokkanlah kapada orang lain bahawasanya, walau pun kamu maseh kanak2 lagi, tetapi kamu juga pandai dan mempunyai budi bahasa yang baik, yang menunjokkan kamu warith bangsa Melayu yang bersopan santun ".

Terhadap ibu bapa pula, Baginda berseru supaya mereka sakalian, "Pimpinlah, tunjok ajarilah, anak2 tuan2 supaya mereka jangan tertinggal dibelakang. Melateh anak2, memberi pengajaran dunia dan akhirat, melateh mereka berperangai baik, menjaga kesihatan dan keselamatan, adalah kewajipan kita sabagai saorang bapa atau ibu yang tahukan kewajipan dan tanggongan kita mempunyai anak ".

Kapada Guru2 sakalian, Duli Yang Maha Mulia Sultan berharap supaya mereka tunaikanlah kewajipan masing2 dengan ikhlas dan dengan mengikut peratoran2 yang diberi oleh Pejabat Pelajaran. Mudah2an dengan kerjasama antara Guru2 dan ibu2 bapa kanak2, tegas Baginda, maka pelajaran dan kemajuan2 diSekolah2 diNegeri ini akan bertambah2 baik dan terator serta akan menchapai kejayaan yang memuaskan.

Dibawah ini kita siarkan pati2 uchapan2 yang telah dilafadzkan diupachara2 istiadat pembukaan rasmi bangunan2 baharu Sekolah2 Melayu tersebut.

Che' Gu Abdul Wahab bin Mohamed, Guru Besar Sekolah Melayu Orang Kaya Ali Wanika Setia Diraja, Kupang, ketika memberi uchapan berkata, "Daulat Tuanku, dengan menguchapkan satinggi2 keshukoran kahadzrat Tohan yang maha pengaseh dan penyayang kapada sakalian hambanya, kerana dengan limpah rahmatnya, bahawa pada hari ini telah selamat dan sempornalah pembukaan rasmi Sekolah diKampong ini yang dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

" Patek2 sakalian diKampong ini a'amnya menguchapkan beribu2 shukor kahadzrat Tohan Rabul'alamin kerana dengan limpah kemurahan Duli Tuanku berangkat dan berchemar duli Tuanku bagi menyempornakan pembukaan Sekolah yang tersebut. Patek2 tidaklah dapat merupakan bagaimana rasa hati patek2 yang penoh dengan kesukaan bahawa pada hari ini ialah hari yang bersejarah – hari yang bertuah – hari yang penoh beruntong bagi patek2 diKampong ini.

" Pada hari ini juga termeterilah nama Sekolah ini kapada nama Sekolah Melayu Orang Kaya Ali Wanika Setia Diraja, Kupang – saorang Ketua Kampong yang terkenal, iaitu dengan limpah kemurahan Duli Yang Maha Mulia, bagi memperkenankan diatas permohonan Jawatan Kuasa Sekolah ini.

" Patek2 sebagai anak buahnya berasa megah, kerana patek2

ma'lom bahawa inilah ...