Page:Pelita Brunei - 1 November 1956.pdf/5

Laman ini telah dibaca pruf
5


Keputusan peraduan2 perarakan tersebut adalah saperti di-bawah ini: Hadiah untok pasokan yang terbaik sekali dan juga hadiah perisai Duli Yang Maha Mulia Sultan telah dimenangi oleh Pasokan Kampong Kianggeh. Hadiah yang kedua dimenangi oleh Pasokan Pusat Latehan Guru2 Melayu Brunei, dan hadiah yang ketiga dimenangi oleh Pasokan Kampong Lama.

Pasokan2 Sultan Omar Ali Saifuddin College, Bandar Brunei dan Sekolah Melayu Sultan Muhammas Jemal-ul-Alam, Bandar Brunei Bahagian Lelaki telah bersama2 mendapat hadiah yang pertama, iaitu piala perak pusingan Pengiran Kerma Indra sebagai pasokan2 Sekolah2 yang terbaik sekali; diturut oleh Sekolah Melayu Laila Menchanai dan Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jemal-ul-Alam, Bahagian Perempuan.

Hadiah untok chogan-kata yang terbaik sekali dimenangi oleh Pasokan Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jemal-ul-Alam, Bahagian Lelaki dan Pusat Latehan Guru2 Melayu Brunei.

Segala hadiah2 tersebut telah disampaikan oleh Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Pemancha.

UPACHARA SAMBUTAN DIKUALA BELAIT

Sabagaimana diBandar Brunei, begitulah ramainya orang2 Islam yang tinggal diDaerah2 Kuala Belait dan Seria telah mengambil bahagian dalam perarakan sambutan Hari Ulangan Keputeraan Junjongan Kita Nabi Muhammad S.A.W., yang telah dilangsongkan diKuala Belait pada pagi hari Thalatha 16 October, 1956.

Adalah difahamkan bahawa perarakan sambutan Hari Ulangan Keputeraan Junjongan Kita bagi Daerah2 Kuala Belait dan Seria akan diadakan diSeria pada tahun hadapan dan pada tahun 1958 diKuala Belait, dan seterusnya bergilir2.

Pasokan2 yang mengambil bahagian dalam perarakan itu adalah terdiri dari Pasokan2 Pejabat Kerajaan; Pasokan Police Negeri Brunei dan Pasokan Police dari Malaya yang sedang berkhidmat diSeria; Murid2 Sekolah dan lain2nya.

Pasokan Nong Hadzrah dari Kuala Belait telah berjaya memenangi hadiah yang pertama dalam perarakan tersebut. Hadiah yang kedua dimenangi oleh Pejabat Kerja Raya, Sungei Liang; dan Pasokan Pejabat Kerja Raya, Kuala Belait telah mendapat hadiah yang ketiga.

Hadiah2 telah disampaikan oleh Pegawai Daerah, Kuala Belait, Yang Mulia Pengiran Abu Bakar bin Pengiran Omarali selepas diadakan upachara perarakan tersebut, dalam mana sharahan dan bachaan Koran Alkarim telah diperdengarkan oleh beberapa orang, diantaranya ialah sharahan oleh Puan Zalinah Lawi, Tuan Imam Sharbini telah membacha Do'a Selamat didalam bahasa Melayu.

KERA'IAN DI S.O.A,S. COLLEGE

Murid2 Darjah2 Ugama diSultan Omar Ali Saifuddin College, Bandar Brunei telah mengadakan satu Majlis Sambutan Hari Ulangan Keputeraan Nabi Muhammad diMaktab itu pada pagi hari Thalatha 16 October, 1956 dibawah kelolaan Guru Ugama Maktab itu, Che' Gu Abdul Rahman bin Haji Hashim.

Diantara yang hadzir diMajlis itu ialah Wazir Yang Pertama Negeri Brunei, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara; Wazir Yang Kedua Negeri Brunei, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Pemancha; Pengetua Sultan Omar Ali Saifuadin College, Mr. L.A. Bradshaw

dan lain2nya ...