Page:Pelita Brunei - 1 November 1956.pdf/6

Laman ini belum dibaca pruf

dan lain2nya.

Uchapan2 telah dilafadzkan diMajlis tersebut oleh Yang Ter— amat Mulia Duli Pengiran Pemancha, Che' Gu Abdul Rahman bin Haji Hashim, Inche' Abdul Aziz bin Omar, dan Inche' Ali bin Daud; ma- nakala bachaan Koran Alkarim telah diperdengarkan oleh Inche’ Ar- pan bin Mohamed dan Jusnani binte Lawi.


JANGANLAH UMAT ISLAM MENJADI SAPERTI "SERIGALA BERBULU KAMBING" — TITAH DYMM SULTAN

Duli Yang Maha Mulia Sultan, Sir Omar Ali Saifuddin telah memberi satu uchapan yang menarek hati dihadapan beribu2 orang diPadang Bandar Brunei sabelum hadiah2 kapada pasokan2 yang meng- ambil bahagian dalam perarakan sembutan Hari Ulangan Keputeraan Junjongan Kita Nabi Muhammad disampaikan oleh Yang Teramat Mulia: Duli Pengiran Pemancha pada petang hari Thalatha 16 October,1956.

Diantarea titehnya, Baginda berkata bahawa dengan sempana hari menyambut kedzahiran Nabi yang kita lakukan dengan chara be- sar2an dan dengan penoh semangat Islam pada hari itu, mudah2an kita semua akan dibarkati Allah Ta'ala dan beramal dalam perkara kebajikan bagi menegakkan sinaran chahaya Islam untok kesejahte- raan Umat Islam dan Negara serta Ra'ayat sakalian.

Baginda telah berseru supaya Umat Islam sakalian, "Bersa- tulah, bertulong2anlah, perkukohkanlah, dan berbaik2lah kita da- lam ikatan suchi Ugama Islam, Mudah2an dengan persatuan yang ku- koh yang bersendikan semangat Islam, keselamatan dan kebahgiaan chita2 kita akan tersusun dan terlaksanalah keinginan kita semua. Umat Islam, ingatlah satu ayat yang berbunyi, "Waktasimu bihablil- lahi jami‘tan wala tafaraque", ertinya, "Berpeganglah kamu dengan jalan Allah dan janganlah kamu berpechah belah",

Selanjutnya Duli Yang Maha Mulia bertitah bahawa tidakiah shak lagi yang Ugama Islam itu membawa kajalan kebahgiaan dan, ke- sempornaan dan semangat Islam yang kukoh. Hanya sanya perasaan demikian tidak akan kukoh iman seseorang jika mereka tidak mempe- lajari dan mendalamkan ajaran Ugama Islam.

Sasaorang yang bijak, cherdek, pitah berkata2, yang chuma tinggi dan bernilai dalam segi pengatahuan dunia adalah baik, te- tapi adalah menjadi satu kekurangan yang mustahak baginya dalam menjalankan pekerjaan dan kerap kali mendatangkan kekeliruan dan kegelapan bagi mereka itu jika tidak diea menchintai dan mendalam- kan ajaran Ugamanya, bagi kita ialah Ugama Islam.

Baginda juga telah memperingatkan kapada Umat Islam selu- rohnya bahawa dengan tidak berdasarkan ajaran2 Ugama Islam, sa- saorang itu kerap kali terpesong dan berlawanan dengan dasar Uga- ma. Oleh sebab perasaan takbor, ria, ujub dan dengki yang diper- olehnya dari asohan perasaan yang tidak berdasarkan Ugama, kerap kali pula terdapat mereka itu Saperti "SERIGALA BERBULU KAMBING".

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _