Page:Pelita Brunei - 1 November 1956.pdf/7

Laman ini belum dibaca pruf

BALU MERHUM SULTAN AHMAD TAJUDDIN

HILANG HAK2 ISTIMEWA DIBRUNEL

Satu Ma'lumat Kerajaan Brunei yang dikeluarkan dengan pe- rentah dari Duli Yang Maha Mulia Sultan menyatakan bahawa gela- ran 'TENGKU AMPUAN NEGERI BRUNEI" yeng dianugerahkan kapada Teng- ku Rihani, balu kapada Almerhum Sultan, Sir Ahmad Tajuddin Akha- zul Khairi Weddin, dan segala hak2 istimewa serta pendapatan2 ber- hubong dengan gelaren itu tidaklah boleh digunakan lagi oleh Teng- ku Rihani, apabila ia berkahwin sekali lagi, iaitu pada bulan Au- gust tahun ini.

Almerhum Sir Ahmad Tajuddin, Sultan Brunei Yang ka 27 te- lah mangkat diRumah Sakit Besar, Singapura pada bulan June, 1950 dalam masa perjalanan Baginda ka England, dan samenjak beberapa tahun yang lalu, Tengku Rihani, saorang Puteri kapada Almerhum Sultan Selangor, dan saorang saudara kapada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sekarang ini telah tinggal diMalaya.

Tengku Rihani, yang pada masa ini berusia 47 tahun telah verkehwin dengen Raja Kamaruddin bin Raja Haji Harun, berumor 38 tahun, saorang Ahli Kerabat Diraja Negeri Perak, diIstana Bu- kit Kota, Klang, Selangor pada 18 August yang lalu.

Perentah Diraja yang dikeluarkan tersebut adalah mengikut kepada ‘Adat Isriadat Melayu yang telah dilekukan diNegeri Brunei samenjak beberapa tahun yang lalu.


PEGAWAL2 KERAJAAN DILARANGKAN MENGAMBIL BAHAGIAN YANG CHERGAS -- DALAM PHRGHRAKKAN POLITIK DIBRUNEI

Dalam satu Ma'lumat yang dikeluarkan kapada Pegawai2 Ke- rajaan baharu2 ini, pehak Kerajaan telah memberi AMARAN melarang- Kan Pegawai2 Kerajaan Negeri ini daripada menganbil sebarang ba- hagian yang chergas @alam sebarang pergerakkan politik diBrunei.

Amaren itu berbunyi bahawa sabilangan Pegawai2 rupanya ti- dak fahamkan sharat2 yang terkcndong dalam satu Ma'lumat Kerajaan yang telah dikeluarkan beberapa bulan yang lalu dengan perentah dari Duli Yang Maha Mulia Sultan dalem Majlis Mashuarat Negeri, melarangkan Pegawai2 Kerajaan daripada mengambil sebarang baha- gian yang chergas dalam sebarang pergerakkan politik, atau pun telah tidak fahemkan dengan sajelasnya kandongan Ma'lumat itu.

Ma'lumat itu berbunyi lagi bahawa adalah mustehak iaitu Perkhidmatan Awam dari sebarang negeri tidak bersangkut paut de- ngan hal ehwal politik, dengan itu, melarangkan Ahli2 Per- khidmatan Awam daripada mengambil sebarang bahagian yang chergas dalam sebarang pergerakkal politik.

Begaimana pun, perk-taan ‘bahagian yang chergas' itu tidak- lah termasok ahli2 biasa, tetapi adalah mengenai sebarang Pegawai yang berkhidmat sebagai Ahli Jawatan Kuasa atau menjadi saorang Ahli Jawatan Juasa Kechil dari sebarang pergerakkan politik. Pe- gawai itu juga dilarangkan daripada mengambil bahagian dalam per- arakan2, persidangan2 dan perjumpaan menunjok perasaan, daripada membuat uchapan2, menambahkan ahli2 baharu atau pun mengutip yu- ran2 atau derma2, dan juga daripada memberi sebarang bantuan un- tok melaksanakan anakan dasar2 dan tujuan2 sebarang pergerakkan politik.

Selanjutnya amaran tersebut menyatakan bahawa pehak Kera- jaan akan menjalankan tindakan yang berpatutan kepada sebarang

Pegeawai Kerajaan yang ...