Page:Pelita Brunei - 1 November 1956.pdf/8

Laman ini belum dibaca pruf

Pegawai Kerajaan yang tidak menurut perentah yang dikeluarkan itu, dan juga pehak Kerajaan tidaklah akan menerima jawapan da- ri sebarang Pegawai Kerajaan yang menyatakan bahawa ia tidak faham akan perentah yang dikeluarkan itu,

Perenteh yang dikeluarkan oleh Duli. Yang Maha Mulia Sul- tan dalam Majlis Mashuarat Negeri beberapa bulan yang lalu, da- lam mana tiap-tiap Pepawai Kerajaan telah diminta untok menurut- kannya, memberi amaran bahawa;

Sasaorang Pegawai Kerajaan tidaklah boleh mengadakan se- barang mashuarat awam untok mmerundingkan atas sebarang perkara yang dikeluarkan oleh Kerajaan, atau pun mengambil bahegian da- lam perundingan awam yang diadakan kerana maksud itu.

Perentah itu menyebut lagi bahawa sebarang Pegawai adaleh dilarangkan daripada menjadi saorang Ahli Jawatan Kuasa dari sebarang pergerakkan politik atau memegangkan jawatan pertadbiran pertubdohan po- litik itu, atau menjalankan dengan terang atau se- baleknya sebagai Scorang Wakil politik pergerakkan itu atau kerana sebarang ahlinya,

Sasaoreng Pegawai Kerajaan adalah dilarangkan juga membe- ri sharahan disebarang perjumpaan awam yang mengenai pergerakkan itu dan juga daripada mengambil sebarang bahagian awam untok me- ngembangkan dasar pertubogan politik itu,


Saseorang Pegawai tidaklah boleh menjadi pembahagi siaran2 politik atau semboyan atau menanda tangan kapada sebarang aduan mengenai tindakan atau chadangan pehak Kerajaan.


MENTERI2 DAN POLITIK BRUNEI

Duli Yang Maha Mulia Sultan, melalui Pegawai 'Adat Isti- adat, Ugama dan Kebajikan Negeri telah mengeluarkan satu peren- tah melareng kesemua Wazir2, Chatria2 dan Menteri2 daripada men- ae ahli2 sebarang persekutuan atau pertubohan yang berdasarkan politik.

Ketetepan ini telah dipersetujukan dalam satu mashuerat Peneasehat2 'Adat Istiadat Negeri yang telah dilangsongkan di- Lepau, Bandar Brunei pada 29 October yang lalu.

Perentah itu telah melarang bahawa barang siapa yang me- langgarnya akan diluchutken daripada jawaten masing2 dan juga eon gelaran2 dan pendapatan berhubong dengan jawatan2 ter- sebut.

PINDAKAN KAPADA PEGAWAI2 UGAMA

Samentara itu, Pegawai ‘Adat Istiadat , Ugama dan Kebaji- Kan Negeri telah mengeluarkan satu Hulcuman Diraja dari Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam Majlis Mashuarat Ugama, melarang sebarang Pesawai Ugama daripada menjadi ahii sebareng pergerakkan politik.

Duli Yang Maha Mulia perchays bahawa untok menyelamatkan pengajaran Ugama Islam diBrunei daripada bersangkut paut dengan sebarang pergerakkan bolitik, adalah sangat mustahak behawa ti- daklah boleh sascorang Pegawai Ugama Islam, Guru2 Ugema Islam atau sebarang ahli dari Pejabat *Adat Istiadat, Ugama dan Keba- jikan Negeri mengambil sebarang bahagian yang chergas dalam se- barang pergerakkan atau persekutuan yang berdasarkan politik, atau menjadi ahli bergerakkan atau persekutuan itu. Barang Sia- pa yang melangsarkan Hukuman Diraja tersebut akan dipechatkan dari jawatan masing-masing.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _