Page:Petila Brunei - 1 Julai 1956.pdf/3

Laman ini telah dibaca pruf

2

BRITISH RESIDENT YANG BAHARU TIBA DI BRUNEI

Mr. D.C. White O.B.E., British Resident Brunei yang baharu, telah tiba di Brunei dari Sibu, Sarawak pada petang hari Thalatha 19 June, 1956 dengan kapal Kerajaan Brunei, "Sultan".

Mr. White sekarang memangku jawatan British Resident Brunei pada masa Mr. J.O. Gilbert berchuti panjang. Sebelum memangku jawatannya yang baharu itu, Mr. White telah menjadi Resident Sibu, Sarawak.


CHIEF JUSTICE YANG BAHARU BAGI BRUNEI

Tuan Yang Terutama Pegawai Yang Mentadbirkan Kerajaan Sarawak yang juga menjadi Pesuroh Jaya Tinggi Negeri Brunei; dan Governor Borneo Utara telah dengan sukachitanya, dengan menggunakan kuat kuasa yang diberi kapada mereka, melantek Yang Berhormat Mr. Justice L.B. Smith memangku jatawan Chief Justice (Hakim Besar) bagi Negeri Sarawak, Borneo Utara dan Brunei, mulai dari 1 haribulan June, 1956 pada masa Yang Berhormat Chief Justice ketiga negeri ini berchuti.


BRITISH RESIDENT MELAWAT SEKOLAH2

Mr. D.C. White, British Resident Brunei, telah melawat Sultan Omar Ali Saifuddin College, Brunei; Sekolah Melayu Sultan Mohamad Jamalul Alam, Brunei dan Rumah Tumpangan Penuntut2 Perempuan di Bandar Brunei pada hari Thalatha 26 June, 1956.

Beliau telah diiringi dalam lawatan2 tersebut oleh Pegawai Pelajaran Negeri, Mr. H.J. Padmore dan lain2 Pengawai2 Pelajaran.


PELAJARAN PERCHUMA COLOMBO PLAN

Inche' Mohamed Ali bin Awang Besar, Timbalan Penolong Pemungut Hasil2 Tanah Negeri Brunei, telah diberi hadiah Pelajaran Perchuma Colombo Plan oleh Kerajaan Australia untok mempelajari Kursus Nilaian Tanah dianatara 6 dan 9 bulan di Australia.

Beliau telah berangkat ka Kuhcing pada 23 haribulan June yang lalu dan akan tinggal disana selama dua minggu kerana membiasakan dirinya mengenai hal ehwal nilaian tanah di Pejabat Tanah Kerajaan Sarawak.

Selepas itu, beliau akan kembali ka Brunei dan berangkat ke Australia dengan kapal terbang dalam bulan ini.