Page:Petila Brunei - 1 Julai 1956.pdf/4

Laman ini telah dibaca pruf

3

KURSUS LATEHAN MASHARAKAT BAGI KETUA2 KAMPONG DAN KAUM DARI KUALA BELAIT

Seramai 21 orang Ketua2 Kampong dan Kaum dari Kuala Belait, mengandongi orang2 Melayu, China dan Iban telah mengambil bahagian dalam suatu Kursus Latehan Masharakat ("Civics Course") mulai dari hari Thalatha 26 June yang lalu.

Kursus tersebut yang dianjorkan oleh Kerajaan Brunei, akan diteruskan hingga ka hari Khamis 5 July, 1956 dalam mana "penuntut2" itu dibawa melawat ka Pejabat2 Kerajaan menyaksikan chara2 perjalanan pertadbiran Negeri ini, ka Sekolah2, Rumah Sakit, Padang Kapal Terbang, dan ka lain2 tempat yang mustahak dimana mereka diberi penerangan2 oleh pehak2 yang berkenaan.

Penuntut2 itu telah tiba di Bandar Brunei pada hari Ahad 1 July dan upachara pembukaan rasmi Kursus Latehan Masharakat itu bagi Daerah Brunei dijalankan oleh Yang Berhormat British Resident Brunei, Mr. D.C. White.

Dalam uchapannya itu, Mr. White telah menguchapkan selamat datang ka Brunei kapada kesemua penuntut2 tersebut dan begitu juga beliau telah menguchapkan terima kaseh kapada mereka yang telah datang menemui pegawai2 Kerajaan disini dan mendengarkan penerangan2 yang diberi oleh pehak2 yang berkenaan.

Selanjutnya beliau berkata, "Saya tahu tuan2 semuanya adalah orang yang banyak kerja dan lawatan tuan2 ini telah mengorbankan fa'edah tuan2 sendiri untok fa'edah orang2 ramai yang tuan2 wakili itu.

"Saya sangat hargai lawatan2 tuan2 ini, terutama sekali ialah tuan2 boleh mempelajari serba sedikit dasar yang telah ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia untok perkembangan dan memakmorkan ra'ayatnya. Tuan2 akan mendengar semasa tuan2 pergi mengelilingi berbagai2 Pejabat itu apa yang telah dibuat kerana menjalankan dasar ini dan apa yang diranchangankan hendak dibuat. Saya harap tuan2 akan bertanya apa yang tidak terang kapada tuan2, kerana tuan2 boleh mengerti apa yang telah berlaku, dengna terangnya lagi tuan2 boleh menyatakan kapada anak buah tuan.

"Keduanya tuan2 boleh melihat sendiri apa yang dibuat oleh berbagai2 Pejabat Kerajaan itu, dan pada masa2 yang akan datang tuan2 akan tahu dimana akan pergi kerana meminta nasehat dan pertolongan yang tuan2 dan akan buah tuan2 kahendakki, dan yang Kerajaan ini akan beri.

"Satu daripada perkembangan2 yang mustahak yang saya suka hendak berchakap sapatah dua ialah chadangan akan menubohkan Kerajaan Tempatan.

"Ini ialah satu langkah yang mustahak, dan yang mana saya perchaya akan disambut dengan gembira apa bila sahaja ma'nanya yang penoh telah difahami, kerana Kerajaan tempatan ini memberi kapada orang2 di Bandar dan di Kampong, melalui wakil2 mereka, kuasa mengurus sabahagian hal ehwal mereka.

"Maka dengan jalan itulah orang belajar memegahkan kebersehan dan kaindahan bandar2 dna kampong2 mereka serta meranchangkan kebaikan2, mereka akan belajar membinchangkan perkara2 dalam Majlis Mashuarat, ada dengan bahath membahath barangkali, tetapi menerima keputusan sabulat suara, mempelajari asas2 ka'wangan, menjaga kaki tangan serta menegohkan

iman, dan diantara …