Page:Petila Brunei - 1 Julai 1956.pdf/5

Laman ini telah dibaca pruf

4

iman, dan diantara semua, mereka akan menerima latehan dalam hal ehwal orang ramai yang menjadikan mereka itu chalon yang layak bagi menjadi ahli Majlis Mashuarat yang lebeh tinggi pada masa yang akan datang.

"Tuan2 tentu hairan dari manakah akan datangnya wang untok pembayar pekerjaan yang akan dibuat di Bandar tuan2 itu.

"Tuan2 tahu yang chukai2 adalah sekarang dibayar dengan hukuman Resident, dan lesen2 adalah dibayar untok perkara2 seperti meja bela, kedai2 kopi dan lain2. Chikai2 ini telah ditetapkan oleh British resident, tetapi pada masa yang akan datang Majlis ini akan menetapkan chikai2 itu, serta membayar belanja pekerjaan2 seperti membersehkan jalan, tandas2 menggunakan kuasa ayer, dan lain2 perkara, serta menjaga pegawai2 yang menjalankan pekerjaan2 itu.

"Hasil2 Majlis2 itu akan didapati dari puncha2 itu ditambah dengan pemberian daripada Kerajaan. Majlis itu tidak boleh menchari wang selain daripada dengan jalan yang ditetapkan dalam Undang2 itu.

"Saya harap tuan2 akan mendapat kesuka'an dari lawatan2 tuan2 ini serta beroleh fa'edah dari apa yang tuan2 dengar dan lihat. Sakali lagi saya uchapkan terima kaseh kerana kedatangan tuan2 itu".


WAKIL BRITISH COUNCIL YANG BAHARU BAGI SARAWAK

British Council mema'lumkan bahawa Mr. John Goatly, saorang Wakil British Council bagi Negeri Sarawak samenjak tahun 1950, telah dilantek menjadi Wakil Daerah British Council di Bombay, India.

Mr. Goatly dan Mem Goatly serta anak2 mereka, adalah dijangkan akan bertolak dari Kuching pada bulan October akan datang. Mr. R.I.H. Davies dari British Council, yang akan menggantikan tempat Mr. John Goatly akan tiba di Kuching bersama Mem Davies pada bulan September hadapan.

Mr. Davies, berumor 36 tahun telah berkhidmat dengan Pejabat British Council di London, England selama dua tahun pada tahun 1949 dan telah berkhidmat di Hungary dan di Israel sebagai Penolong Wakil British Council dari tahun 1951 hingga tahun 1953.

Pada masa Peperangan Dunia Kedua, Mr. Davies telah menjadi saorang ahli Pasokan Tentera Diraja British, "The Royal Artillery", dalam mana beliau telah mengambil bahagian dalam Peperangan di Afrika Utara dan di Negeri Italy sebagai saorang Pegawai dan kemudian menjadi Air Observation Pilot di Holland dan Germany.

Mr. Davies telah menerima pelajaran di Bromsgrove School, Worcestershire, England dan telah mendapat kelulusan "Master of Arts" dari Oxford University.


PENUNTUT2 YANG BAHARU BAGI SEKOLAH PERTUKANGAN B.M.P. SERIA

Pejabat Pelajaran Negeri Brunei mema'lumkan bahawa 23

orang murid2 dari …