Page:Petila Brunei - 1 Julai 1956.pdf/6

Laman ini telah dibaca pruf

5

orang murid2 dari Sekolah2 Kerajaan akan belajar dengan perchuma di Sekolah Pertukangan, British Malayan Petroleum Company Limited, Seria.

Sembilan orang murid2 yang telah masok pepereksaan untok memileh bakal penuntut2 Sekolah Pertukangna dari Brunei telah berjaya dan 14 orang lagi telah masok pepereksaan itu dari Seria.

Murid2 dari Brunei itu ialah saperti yang berikut: Tengah bin Ibrahim; Md. Said bin Ismail, Awangku Ali bin Pengiran Kerma Inderam Abdul Hamid bin Bakar, Ahmad bin Yusof dan Abdul Hamid bin Hita, sakeliannya dari Sekolah Melayu Sultan Mohamed Jemalul Alam, Bandar Brunei; Md. Husain bin Muhammad, dari Sekolah Melayu Danau; Lideh bin Diman dari Sekolah Melayu Sungei Liangl dan Salim bin Marsal dari Sultan Omar Ali Saifuddin College, Bandar Brunei.

Murid2 yang telah masok pepereksaan tersebut dari Seria dan telah berjaya dalam pepereksaan itu ialah: Masri bin Ja'afar, Mahmud bin Dee, Md. Ali bin Md. Noor, Abu Bakar bin Ali, Md. Noor bin Taha, Awang Besar bin Muhammad, Abu Bakar bin Puteh, Julaihi biin Pawai, Ahmad bin Damit, Awangku Damit bin Pengiran Wahab, Ibrahim bin Muhammad, Haris bin Bidin, Mohsin bin Md. Tahir dan Jamuddin bin Sa'ad.


78 ORANG PENUNTUT2 MENANG HADIAH2 B.M.P.

Seramai 78 orang penuntut2 sekolah dari Sekolah2 Melayu dan Inggeris dalam Bandar Brunei, Bahagian Brunei, Bahgian Tutong, dan Bahagian Belait telah berjaya memenangi Hadiah2 Tahunan Sharikat Minyak, British Malayan Petroleum Company Limited, Seria yang diberi kapada murid2 yang terbaik sekali dari semua sekolah2 di seluroh Brunei.

Bilangan tersebut mengandongi seramai 32 orang penuntut2 dari Skeolah2 Bahagian Brunei; 20 orang dari Sekolah2 Bahagian Belait termasok Serial 18 orang dari Bahagian Tutong dan 6 orang dari Sekolah2 Bandar Brunei.

Hadiah2 kapda penuntut2 di Bandar Brunei, Bahagian Brunei dan Bahgian Tutong akan disampaikan oleh saorang Wakil dari Sharikat Minyak tersebut, Inche' Abdul Samad bin Johari, menekala hadiah2 kapada penuntut2 dari Bahgaian Belait akan diatorkan oleh pehak B.M.P., dan Pegawai Pelajaran Daerah disana.


MURID SEKOLAH DIJUMPAI MATI DALAM SUNGEI

Serudin bin Damit, saorang murid dari Sekolah melayu Laila Menchanai, Bandar Brunei telah dijumpai mati dalam sabuah sungei yang penoh dengan lumpur berdekatan Kampong Tamoi, Bandar Brunei tidak berapa lama dahulu.

Kanak2 itu berumur …