Page:Petila Brunei - 1 Julai 1956.pdf/7

Laman ini telah dibaca pruf

6

Kanak2 itu berumor 12 tahun, menekala ibu dan bapanya telah meninggal dunia. Ia tinggal bersama saudaranya di rumah Timbang bin Munap.

Saorang kanak2 dari Kampong tersebut yang mula melihat badan Serudin, mula2 menyangka bahawa Serudin sedang mandi. Tetapi, apa bila ia tidak bangun beberapa sa'at, maka kanak2 itu terus pergi katempat tersebut dan mendapati Serudin telah mati.

Berhubong dengan kematian tersebut, Pejabat 'Adat Istiadat, Ugama dan Kebajikan Negeri telah mengeluarkan hadiah sebanyak $ 50 dan wang itu telah diberikan kapada suadara kanak2 yang mati itu sebagai perbelanjaan menanam mayat.


PERKEMBANGAN PERIKANAN DI BRUNEI

Pesuroh Jaya Perkembangan Negeri Brunei, Mr. E.R. Bevington mema'lumkan bahawa dalam bulan August tahun 1955, Majlis Mashuarat Negeri Brunei telah bersetuju meluluskan sabuah ranchangan yang dishorkan oleh Jawatan Kuasa Perkembangan, iaitu memberi pertolongan kapada penangkap2 ikan di Brunei.

Majlis itu juga telah bersetuju supaya Kerajaan menjemputkan saorang Pegawai Perikanan Melayu dari Malaya untok berkhidmat di Brunei dan menunjokkan kapada penangkap2 ikan di Brunei mengenai chara2 menangkap ikan yang digunakan oleh penangkap2 ikan di Malaya, terutama sekali di Kuala Terengganu dimana penangkap2 ikan ditempat itu telah dapat menambahkan mata pencharian mereka dengan sechara menangkap ikan.

Kerajaan juga telah menguntokkan perbelanjaan bagi membeli kapal menangkap ikan yang dapat digunakan dilaut sebagai mana yang digunakan di Malaya supaya Pegawai Perikanan itu dapat menunjokkan kegunaan kapal2 penangkap ikan itu.

Meskipun usaha telah dijalankan oleh Keajaan hendak memperolehi saorang Pegawai Perikanan dari Malaya, tetapi sangatlah payah hendak mendapat Pegawai itu untok datang ka Brunei. Jawatan Kuasa Perkembangan telah pun diberi tahu mengenai perkara ini dan mereka telah membuat chadangan bahawa eloklah pehak Kerajaan Brunei menghantarkan penangkap2 ikan dari Brunei ka Malaya untok mempelajari sendiri hal ehwal menangkap ikan disana.

Perjanjian telah dibuat diantara Kerajaan2 Brunei dan Malaya pada 23 June, dalam mana Kerajaan Perekutuan Tanah Melayu telah meminta Kerajaan Brunei menghantarkan rombongan yang pertama penangkap2 ikan ka Penang untok mempelajari kursus menangkap ikan mulai dari 9 July, 1956.

Kursus itu akan mengambil masa 3 bulan dengan Pejabat Perikanan dimana penangkap2 ikan itu akan diajar chara2 menangkap ikan di Malaya, chara2 menggunakan dan memperbaikki kapal2 menangkap ikan dan jentera2nya serta lain2 perkara mengenai hal ehwal menangkap ikan.

Kemudian rombongan penangkap2 ikan dari Brunei itu akan berangkat ka Kuala Trengganu dimana mereka akan tinggal selama 6 minggu untok menyaksikan chara2 yang digunakan bagi menangkap ikan di sama.

Kerajaan Brunei berharap hendak membeli kapal2 yang baharu untok kegunaan penangkap2 ikan dari Negeri ini satelah mereka balek dari Malaya ka Brunei.