Page:Ucapan-Dasar-Presiden-PAS-Muktamar-Ke-69-2023-BM.pdf/15

Laman ini belum dibaca pruf

14 ADIL, PRIHATIN DAN BERKEBAJIKAN

Keadilan kepada bukan Islam

Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS telah memberi jaminan keadilan, keamanan dan kesejahteraan hidup untuk semua kaum dan agama di negara ini. PAS berpegang kepada konsep tiada paksaan dalam beragama walaupun Islam berkuasa sepenuhnya.

PAS melalui pemerintahan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sudah berjaya membuktikan bahawa kebebasan beragama kepada penganut agama lain tidak dihalang, rumah-rumah ibadat tidak dirobohkan dan kegiatan ekonomi tidak disekat, sehingga orang bukan Islam hidup aman dan sejahtera di bawah pentadbiran PAS dengan diberikan hak kebebasan beragama dan bermasyarakat.

Namun, kejayaan PAS bersama PN mentadbir negeri dianggap negatif kerana PAS beristiqamah berpegang kepada Islam, walaupun PAS berjaya menjadi sebuah parti yang paling berintegriti tanpa rasuah dan penyelewengan mahupun perebutan jawatan dalam pentadbirannya.

Oleh itu, PAS mesti mengekang naratif Islamofobia yang menggunakan jenama ‘Gelombang Hijau’ untuk menakutkan kalangan bukan Islam dan pihak tertentu terhadap prestasi PAS yang berjaya mencapai kerusi terbanyak dalam kalangan semua parti politik, di samping berjaya menawan dan mentadbir beberapa kerajaan negeri.