Page:Ucapan-Dasar-Presiden-PAS-Muktamar-Ke-69-2023-BM.pdf/36

Laman ini telah dibaca pruf

UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS 35

PAS ialah satu jasad dengan perjuangan Islam di seluruh pelosok dunia. Maka, PAS hendaklah terus memberi perhatian terhadap masalah Palestin yang belum bebas. Terkini Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah (Hamas) telah melancarkan operasi Taufan al-Aqsa, ia merupakan salah satu daripada hari-hari Allah (أيام الله) ‬yang membuktikan kebenaran firman- Nya apabila benteng pertahanan negara haram Israel berjaya ditembusi.

Kejadian itu berlaku walaupun rejim Zionis Israel merasa angkuh dengan slogan “tenteranya tidak mungkin dikalahkan” disebabkan bantuan negara kuasa besar yang bertali arus tanpa menghiraukan undang-undang perang antarabangsa. Mereka lupa bahawa di sana, ada janji Allah yang benar.

Operasi Taufan al-Aqsa memberikan peringatan kepada pemimpin negara Arab dan Islam yang bersikap menyerah kalah dengan menerima cadangan normalisasi dan penyelesaian dua negara (two-state solution) yang menjadi permainan Zionis dan sekutunya. Maka umat Islam wajib bersatu bersama Palestin bagi menghadapi kaum Yahudi yang sebenarnya pengecut.

PAS akan terus memberikan perhatian terhadap masalah umat Islam yang ditindas di seluruh penjuru dunia dan campur tangan asing di banyak negara umat Islam di Afrika dan Asia. PAS akan meletakkan keutamaan untuk menjadi penggerak bagi mengangkat agenda penyatuan ummah di Rantau Asia Tenggara dan dunia Islam.