Page:Ucapan-Dasar-Presiden-PAS-Muktamar-Ke-69-2023-BM.pdf/38

Laman ini telah dibaca pruf

UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS 37

Kita sudah berjaya menarik sokongan pengundi Melayu Islam dalam PRU-15, maka usaha yang penting dan berat yang mesti dilakukan adalah menarik sokongan pengundi bukan Islam dan bukan Melayu dalam PRU-16. Perkara ini penting untuk dibincangkan dan dilaksanakan dengan bersungguh- sungguh, tersusun dan bijaksana.

J. PENUTUP

Akhirnya, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Panitia Muktamar yang dikendalikan oleh pasukan Setiausaha Agung dan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, termasuklah kejayaan melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan-Kawasan, Dewan-Dewan dan Cawangan- Cawangan.

Marilah kita memperkukuhkan saf perjuangan dengan agenda tarbiah yang dilaksanakan di setiap peringkat, seterusnya kita melebarkan pengaruh parti dan kepimpinan dalam masyarakat dengan agenda dakwah dan politik. Semoga segala usaha ini diterima oleh Allah sebagai amal yang soleh.

Dengan ini, saya merasmikan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69 dengan menyebut sabda Rasulullah SAW:

،‫سيروا على بركة الله‬ .الله أكبر! الله أكبر! الله أكبر! ولله الحمد‬

“ADIL, PRIHATIN DAN BERKEBAJIKAN”

ABDUL HADI AWANG PRESIDEN PAS

1445H / 2023M