Page:Ucapan-Dasar-Presiden-PAS-Muktamar-Ke-69-2023-BM.pdf/7

Laman ini belum dibaca pruf

6 ADIL, PRIHATIN DAN BERKEBAJIKAN

B. MUHASABAH PRU-15

Kerusi parlimen PAS daripada PRU-12 hingga PRU-14 tidak banyak berubah, namun dalam PRU-15 kerusi Parlimen PAS berlaku peningkatan sebanyak 140% daripada 18 kerusi dalam PRU-14 kepada 43 kerusi dalam PRU-15 sehingga mencatatkan bilangan kerusi parlimen tertinggi dalam sejarah 71 tahun penubuhan PAS, melalui kerjasamanya dalam gabungan Perikatan Nasional (PN). Manakala UMNO, PKR, AMANAH dan DAP berlaku penurunan kerusi berbanding PRU-14.

Dalam PRN di enam buah negeri, PAS mencapai tahap kemenangan 83% dengan mendapat kerusi DUN tertinggi sebanyak 105 kerusi berbanding parti-parti lain. Manakala kerusi yang dimenangi keseluruhan oleh PN lebih tinggi berbanding PH-BN iaitu PN menang sebanyak 146 kerusi dan PH-BN hanya mendapat 99 kerusi. Alhamdulillah.

PAS telah menjalankan post-mortem untuk melihat aspek kelemahan yang perlu diperbaiki dan aspek positif yang perlu dikekalkan dan ditingkatkan;

a. Aspek kelemahan - antaranya kelemahan menarik sokongan pengundi bukan Islam dan bilangan gabungan kerusi yang belum mencukupi untuk membentuk kerajaan walaupun berlaku peningkatan yang mendadak;

b. Aspek positif - antaranya mengekalkan sokongan pengundi muda, kekuatan media sosial, prestasi kerajaan negeri, imej bersih dan bebas rasuah, penambahan ahli dan cawangan, kesediaan jentera dan kualiti calon.