Page:Ucapan-Dasar-Presiden-PAS-Muktamar-Ke-69-2023-BM.pdf/9

Laman ini belum dibaca pruf

8

ADIL, PRIHATIN DAN BERKEBAJIKAN

Hadirin hadirat sekalian, C.

TEMA MUKTAMAR: “ADIL, PRIHATIN DAN BERKEBAJIKAN”

Pada muktamar tahun lepas, PAS telah menawarkan ‘Malaysia Sejahtera’ kepada rakyat Malaysia bagi mempersiapkan parti sebagai sebuah kerajaan dalam PRU-15 dan PRN. Maka pada tahun ini, PAS meneruskan hala tuju dan pendekatannya dengan meletakkan jaminan kepada seluruh rakyat sama ada kalangan Islam atau bukan Islam, bahawa perjuangan PAS di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PAS dan Perikatan Nasional (PN) bersama seluruh wakil rakyatnya wajib mengisi kemenangan sekadar bidang kuasa yang ada dengan melaksanakan tiga konsep yang penting; iaitu Adil, Prihatin dan Berkebajikan. Ini berpandukan firman Allah SWT:

‫ﭻﭼﭽﭾ ﭿﮀﮁﮂ‬

‫ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇﮈ ﮉ‬

‫ﮊﮋ ﮌ‬

“Sesungguhnya, Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan Allah melarang daripada perbuatan kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran (dengan suruhan dan larangan-Nya ini) kepada kamu agar kamu mengambil pelajaran untuk mematuhi-Nya.” Surah al-Nahl: 90