Pelita Brunei/1956/12/16

Pelita Brunei, 1956, 12
15 December 1956
3660Pelita Brunei, 1956, 12 — 15 December 1956
Tahun 1. No. 21
DITERBITKAN OLEH PEJABAT PENERANGAN
KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
15 DECEMBER, 1956.

RADIO BRUNEI:

PANCHARAN HARUS DIMULAI PADA PERTENGAHAN FEBRUARY 1957 - 4 ORANG DARI BRUNEI BERLATEH DIRADIO SARAWAK

RANCHANGAN mengenai pembinaan sabuah Radio Station pada julong2 kali di Negeri Brunei sedang berjalan dengan majunya, dalam mana Kerajaan telah memileh 4 orang, mengandongi 3 orang Pegawai2 Ke- rajaan untok berlateh diRadio Sarawak di Kuching sabelum mereka menjalankan perkhidmatan masing2 di Radio Brunei kelak. Chalon yang keempat ialah saorang pemudi yang bakal menjadi juru hebah wanitanya.

Chalon2 tersebut ialah Pengiran Ahmad bin Pengiran Benda- hara Haji Mohamed Yassin, saorang Ahli Perkhidmatan Pertadbiran Negeri Brunei; Inche' Abu Bakar bin Ahmad, Anggota di Pejabat. 'Adat Istiadat, Ugama, dan Kebajikan Negeri; Pengiran Mohamed bin Pengiran Damit, Anggota di Pejabat British Resident Brunei; dan Dayangku Intan binte Pengiran Apong, keluaran dari Sultan Omar Ali Saifuddin College, Bandar Brunei.

Kesemua chalon2 tersebut telah berangkat ka Kuching pada bulan ini. Pengiran Ahmad bin Pengiran Bendahara Haji Mohamed. Yassin dan Inche' Abu Bakar bin Ahmad telah berangkat dengan kapal terbang Sharikat Malayan Airways pada pagi hari Juma'at 21 December; manakala Pengiran Mohamed bin Pengiran Damit dan Dayangku Intan binte Pengiran Apong telah berangkat dengan ka- pal terbang juga pada pagi hari Thalatha 25 December, 1956.

Akan diingatkan bahawa Majlis Mashuarat Negeri Brunei, dalam Persidangannya tidak berapa lama dahulu, telah memperse- tujukan satu ranchangan untok membina sabuah Radio Station di- Brunei. Radio Station itu akan dibina diBandar Brunei, tetapi pemancharnya menggunakan 20 kilowatt akan didirikan diTutong supaya dapat pancharannya didengari dengan terang, sama-ada di- Bandar Brunei, atau diSeria, atau pun diKuala Belait.

Menurut kapada ranchangan tersebut, Radio Station diBan- dar Brunei akan disambong dengan pemancharnya diTutong dengan perhubongan VHF, sama saperti perhubongan Radio Telephone yang sedang digunakan di Brunei. Pehak yang berkuasa juga telah mem- buat ranchangan untok mengadakan sabuah Radio Station diKuala Belait supaya dapatlah juga dijalankan pancharannya dari sana.

Radio Sarawak telah bersetuju hendak memberi pertolongan kapada orang2 yang akan dihantarkan oleh Kerajaan Brunei ka sana untok berlateh, supaya dengan jalan itu dapatlah Negeri ini mem- punyai mutu siaran Radio yang baik.

                        - - - - - - - - - - HANCHANGAN PERKEMBANGAN NEGERI BRUNEI:

PELABOHAN BRUNEI

Pada keluaran2 yang lalu, kita telah menyiarkan berbagai2 perkara yang dijalankan dibawah Ranchangan Perkembangan Negeri Brunei mengenai penanaman getah, pemberian bantuan wang oleh Ke- rajaan kapada pekebun2 getah kechil, penanaman padi, beras dan lain-lain perkara. Pada kali ini, kita terangkan dengan selanjut- nya mengenai Pelabohan di Negeri ini.

Pekan Brunei mempunyai tambatan kapal yang dibuat daripada cement dengan bersendikan besi sapanjang 400 kaki untok kapal menghimpit, tetapi oleh kerana tanjong2 sungai yang dalam sale- pas melewati Rintangan Karang, maka kegunaan sungai itu hanyater- sekat kapada kapal2 berkipas dua yang tidak lebih daripada 250 kaki panjangnya.

Jauhnya Pekan Brunei dari laut ialah 16 batu, dan kapal yang masok ka pelabohan Pekan Brunei hendaklah melalui Telok Bru nei ka Terusan Simpson yang lebarnya kira-kira 600 kaki dan dalam- nya 7 kaki pada waktu ayer yang surut sekali. Daripada bahagian selatan terusan ini terdapat satu bahagian yang sempit lagi yang ayernya tidak lebih dari 8 kaki pada masa surut kering. Dari sini ia terus pula masok diantara tebing Rintangan Karangan Selatan dan Rintangan permulaan tadi yang mempunyai ukoran dari 4 kaki ayer masa surut.

Kapal yang beratnya 1,700 ton jumlahnya masok ka Brunei me- ngikut ayer pasang, tetapi biasanya kapal2 yang menggunakan pela- bohan ini ialah kapal2 kechil. Kebanyakan daripada muatan2 barang bagi Negeri Brunei maseh juga dipunggah di Labuan dan dipindahkan ka kapal kechil, yang mana menambahkan lagi perbelanjaannya. Bo- lehlah dikatakan bahawa kebanyakan daripada barang2 muatan yang dipunggah di Labuan adalah bagi Negeri Brunei.

Dalam tahun 1954, kapal2 kepunyaan Sharikat Straits Steam- ship, iaitu "PERAK" dan "PERLIS" mempunyai jumlah berat 1414 ton, telah mula menjalankan lawatan dari Singapura pada tiap-tiap hari minggu. Tetapi ini hanya mengalihkan pemindahan punggahan diLabuan ka Singapura. Dengan ini ternyatalah bahawa sangatlah dikehendaki sabuah pelabohan yang dapat digunakan oleh kapal2 lautan yang be- sar menghimpit, ditambatan pelabohan.

Pada bulan November tahun tersebut juga, Sharikat Coode & Partners telah dijemput oleh Kerajaan Brunei supaya menghantarkan saorang daripada ahli2 perwakilannya ka Brunei un tok memeriksa dan menyatakan atas harusnya membina sabuah pelabohan ayer dalam diPe- kan Brunei, atau dilain tempat. Muara, yang letaknya diTelok Bru- nei ternyatalah sabagai tempat yang dapat menggantinya.

Menurut kapada Penyata yang dibuat oleh Sharikat tersebut, Pehak Yang Berkuasa telah dinasihatkan oleh Sharikat itu supaya tidaklah mengadakan pelabohan yang besar di Pekan Brunei, sebabnya ialah harga mengorek Sungai Brunei sangatlah mahal, dan atas ke- bolehan menetapkan dalamnya sungai itu tidaklah dapat dijamin, dan kerja2 mengorek sungai itu pada tiap-tiap tahun juga akan me- makan belanja yang besar. Tambahan pula perayeran antara Pekan Brunei dan Kampong Ayer tidaklah chukop luas untok kapal berputar serta pula didarat tempatnya sangat sempit jika hendak diadakan bangsal2 custom dan lain-lain kemudahan pelabohan.

Penyata itu telah bersetuju dengan Muara sebab pelabohan itu mempunyai tempat berlaboh yang baik dan perlindungan oleh Pu- lau Muara. Tetapi malangnya, dihujong barat daya Pulau Muara ada satu rintangan karang sapanjang 1,200 ela melintang, dan ini ter- paksa dilalui sabelum perayaran yang dalam diMuara disampaikan.

Tingginya ayer dikarangan...
Tingginya ayer dikarangan itu masa ayer surut ialah kabawah 12

kaki.

Lebih lanjut Sharikat itu telah menasihatkan supaya kara- ngan ini dikorek hingga 27 kaki dalam dan satu pelabohan bagi kape12 pengangkutan kechil dibirakan, dengan tambatannya, bang- sal2 kegunaan Pejabat Custom dan kemudahan2 pelabohan diMuara.

Perbelanjaan bagi menjalankan ranchangan tersebut, ter- masok sabuah kapal penarik dan enam buah kapal muatan dianggar kan sabanyak $ 9,060,000 (atau £1,058,000). Adalah dinasihatkan maka Perengkat Yang Kedua hendaklah dilaksanakan, iaitu, perkara mengadakan sabuah tambatan kapal ayer dalam yang panjangnya 1,200 laki. Perbelanjaan bagi membuat tambatan kapal itu ditaksirkan sabanyak $9,800,000 (atau E 1.144,000). Perbelanjaan bagi men- Jalankan Perengkat Yang Pertama dan Perangkat Yang Kedua bersama ialah sabanyak $ 17,400,000 (atau £ 2,032,000).

Kalangan2 perniagaan di Brunei tentulah tertarik akan pembinaan cabuah pelabohan kapal ayer dalam yang bo- leh menerima kapal2 lautan besar dan memberi segala kemudahan2 yang diperlukan.

Perbelanjaan yang mesti dipikul oleh sebab pemindahan pung- gahan yang dikenakan disingapura dan diLabuan adalah bertambah ba- nyaknya. Disamping itu ditambahkan kerugian2 yang diterima apakala barang2 dari Eropah ka Singapura atau ka Labuan berbedza sadikit sahaja jika sakiranya barang2 itu dihantar ka Brunei. Bayaran bagi satu ton berang2 dari London ka Singapura ialah $ 100, manakala bayaran dari Singapura ka Brunei ialah $ 30.85 pada satu ton di- tambah upah2 pemunggahan diSingapura.

Mengenai so'al2 perekonomian pula, muatan2 barang2 yang di- punggah di Pekan Brunei dalam tahun 1953 berjumlah sabanyak 100,476 ton dan ditaksirkan berharga sabanyak $30,952,443 dan dalam tahun 1954 berjumlah sabanyak 122,237 ton berharga sabanyak $54,459,132. Tetapi sekarang ini, Negeri Brunei dibahagi dua oleh Sungai Tuteng dan tidak mempunyai jalan raya yang semporna dari Pekan Brunei rus ka Padang Minyak di Seria. Oleh itu muatan barang2 bagi Padang Minyak itu mestilah dipunggah di Labuan kadalam kapal2 kechil yang membawanya ka Kuala Belait dalam keadaan itu berjumlah 200,952 ton ditaksirkan sabanyak $ 80,773,951 bagi tahun 1953 dan 240,000 ton sabanyak $88,863,030 dalam tahun 1954. Kebanyakan daripada muatan barang2 yang diturunkan diKuala Belait ialah untok Padang Minyak yang letaknya 11 batu dari pelabohan Kuala Pelait dengan mengguna- kan kereta2 truck.

Jika muatan2 barang2 bagi Seria dan Kuala Belait melalui sa- buah pelabohan di Muara, maka perniagaannya tidak akan menchukopi terutama sekali dalam segi hasil kaluar negeri, dan perkara ini ti dak akan membenarkan pembinaan sabuah pelabohan.

Sabaleknya, perekonomian Negeri Brunei ini adalah semata2 berharapkan kapada minyak: bahan2 kuasa banyak terbakar dan dibu- ang sahaja pada satiap hari: pcrkomb ngan ekonomi adalah dipercha- yai bahawa satu perusahaan kimia (barangkali perusahaan baja) dan satu lagi perusahaan tambahan boleh dimulakan, asalkan satu perkar sahaja dapat diadakan, iaitu satu pelabohan laut dalam. Sabuah ja- lan raya yang besar akan dibuat dari Muara ka Pekan Brunei dan dar Pekan Brunei ka Seria. Jalan raya yang besar ini akan dibuat sabe- lum kemudahan2 tambatan kapal ayer dalam disediakan di Muara, dan bolehlah dianggap iaitu sabahagian daripada muatan barang2 yang di tujukan bagi Kuala Belait dan Seria akan dikirim ka pelabohan ayer dalam diMuara dan dari sana dibawa melalui jalan raya 70 batu ka Padang Minyak Seria. Bertambah pula diMuara ada tempat yang chukop untok bangsal2 Pejabat Custom dan gudang2 simpanan barang2.

                       - - - - - - - - - - Suasana Politik Di Indonesia:

MERDEKA BUKAN MATLAMAT KA JALAN KEBAHGIAAN NAIB PRESIDENT INDONESIA LETAK JAWATAN

"Merdeka itu bukanlah satu Matlamat yang senang untok me- nuju ka jalan kebahgiaan". Demikian ujar Doktor Mohammed Hatta, Naib President Kerajaan Republic Indonesia sabelum beliau meng- umomkan keberhentiannya dari jawatan itu dalam satu Majlis di- Jakarta, Ibu Kota Indonesia, tidak berapa lama dahulu.

Dr. Mohammed Hatta telah menjadi Naib President, Kerajaan Republic Indonesia selama 11 tahun, iaitu samenjak hari Kemerde- kaan Kerajaan Republic Indonesia daripada Penjajahan Belanda yang telah diishtiharkan pada 17 August, 1945.

Beliau telah memberi kata2 tersebut ketika berchakap ber- hubong dengan pertadbiran Kerajaan Republic Indonesia dalam masa 11 tahun yang lalu, dalam mana katanya, pendudok2 diseluroh Indo- nesia berasa tidak berpuas hati mengenai chara2 pertadbiran yang dijalankan oleh Kerajaan Indonesia.

"Samenjak sabelas tahun Indonesia dibebaskan daripada Pen- jajahan Belanda", kata Dr. Hatta "kerusuhan2 mengenai so'al poli- tik dan perekonomian telah berlaku dengan menyebabkan kekeruhan dan kerendahan semangat".

Dr. Hatta mengumomkan lagi bahawa belumlah tiba masanya ba- gi Indonesia menuju ka matlamatnya yang dihajati itu, iaitu sabuah negara yang berada didalam keadaan aman dan damai. Selanjutnya menurut keterangannya itu, Dr. Hatta telah ti- dak bersetuju dengan kata2 President Soekarno berulang2 kali ba- hawa perjuangan kebangsaan Indonesia belum lagi tamat, kerana me- nurut Dr. Hatta, perjuangan kebangsaan itu hanya berlaku pada sa- kejap masa sahaja dan bukanlah selama 2nya.

Jika ditinjau dalam2, maka akan didapati bahawa keadaan per- golokan politik yang kelamkabut di Indonesia pada masa sekarang ini adalah disebabkan oleh kerana perjuangan kebangsaan itu tidak di- hentikan dengan segera.


Kegentingan Di Timor Tengah:

ISLAM DAN COLONEL ABDUL NASSER

Masir sahaja tidaklah boleh menjalankan pemerentahannya sendiri sama-ada dalam bahagian politik, ekonomi dan tentera. Ia tidaklah dapat menguasai negara2 Arab yang tulen: pengharapan- nya yang tunggal ialah hendak bersekutu dengan negara2 yang lain dan meruntohkan Kerajaan negara itu. Demikian diantaranya menu- rut satu ulasan mengenai maudhu' tersebut oleh Sayed el-Hashimi, saorang pakar politik yang terkemuka diTimor Tengah.

"Jika dikaji dalam segi sejarah dan ugama pula", kata beliau "perhubongan yang rapat diantara Islam dan Arab tidaklah dapat berhasil pada masa sekarang ini dan saterusnya hingga ka beberapa tahun yang akan datang.

"Kesukaran2 yang paling besar terhadap keperchayaan orang2 Islam samenjak beberapa abad yang lalu telah pun dibuktikan oleh dasar2 utama mereka sendiri. Oleh kerana perkara2 inilah yang te- lah menyebabkan orang2 Islam diMasir ketepikan perbezaan2 yang

berat yang sedang...
berat yang sedang berlaku, dan juga mengenai keadaan2 dunia se-

karang ini- bukan sahaja sakali, bahkan pada beberapa kali".

Ketika memberi pemandangannya terhadap sifat Colonel Ab- Nasser, maka Sayed el-Hashimi menyatakan bahawa kemashoran Naser, yang pada masa ini menjadi President Negara Masir, ada- lah satu perkara yang mustahak dalam sejarah Timor Tengah.

Nasser, saorang perwira yang telah dapat menumbangkan Ke- hun dahulu, dan telah menjadikan dirinya sebagai Ketua Agong Ne- gara Masir itu, katanya, telah juga dapat berjaya merampaskan kuasa Terusan Suez. Tetapi, langkah2 yang dijalankan oleh Nasser itu adalah hanya untok pembinaan terhadap Dunia Islam, dan menu- rut kepada kata2 Nasser juga, sebab2nya yang ia menjalankan tu- gas2nya itu ialah untok memberi faedah terhadap Dunia Islam dan Benua Africa.

Seterusnya pakar politik itu berkata bahawa Persharikatan Islam diantara orang2 diNegeri Turkey telah tidak beroleh dengan hasil yang baik, kerana orang2 Ottoman telah dapat menguasai ke- atas orang2 Arab, dan dengan itu telah menyebabkan mereka tidak dapat hendak berjuang bagi pehak Khalifah Istanbul yang bermaha- raja-lela itu.

Amanullah dari Afghanistan, katanya, telah tidak berjaya hendak mengerahkan orang2 Islam diIndia. Begitu juga telah ber- laku pada beberapa abad yang lalu, iaitu pada Zaman Crusade, apa- bila Salahuddin hanya dapat sadikit sokongan sahaja untok menjadi saorang ketua.

Pakar politik itu berkata lagi bahawa Nasser pada masa ini perchaya yang ia akan dapat pertolongan daripada orang2 Islam dari kawasan Barat Africa ka Lautan Pacific, sunggoh pun orang2 Islam, dengan tidak shak lagi, bersedia hendak menyokong gerak langkahnya itu.

Persharikatan Islam, dengan berdasarkan kapada perasa'an kaugama'an, dan kata2 yang manis sahaja tidaklah dapat beroleh kemajuan, Sakiranya perkara samacham ini dijalankan, maka orang? Islam diserata tempat tidaklah dapat maju dalam lapangan2 politik dan ekonomi.

Persharikatan Islam yang telah berperang menentang Russia dalam Benua Asia Tengah, mendapati negara2 mereka ditakloki oleh Maharaja2 Russia ("Czars"), dan kemudian dipengarohi oleh fahaman Komunis.

"Nasser harus menyangka yang dunia ini tidak membenarkan Negara Masir dipengarohi oleh fahaman Komunis", kata Sayed el- Hashimi lagi "tetapi, menurut pengalaman yang telah diperolehi pada masa yang lalu, telah menunjokkan bahawa perasaan yang ti- dak puas-hati oleh pendudok2 dalam negeri, telah menyebabkan fa- haman2 Komunis menguasai dalam beberapa buah negeri: sama-ada di- Timor atau diBarat. Perkara semacham ini bolehlah berlaku diMasir dan dilain2 negeri diTimor Tengah.

"Salain daripada tindakan2 tersebut yang dijalankan oleh Nasser keatas negara Masir itu atas nama Persharikatan Islam, ke- masokan perniagaan oleh pehak2 asing, iaitu saperkara yang sangat mustahak bagi memajukan perusahaan2 dalam negeri, akan beroleh dengan kerugian yang besar dibeberapa buah daerah.

"Oleh kerana kekechewa'an Kerajaan Masir dan oleh lain2 Kerajaan semachamnya itulah akan menyebabkan kerosakan yang amat terok terhadap kemajuan ekonomi dinegara masing2. Maka dengan ini, sudahlah jelas yang Colonel Abdul Nasser den Juru-iring2nya tidak setia bagi menjalankan kewajipan2 mereka terhadap Dasar Per- sharikatan Islam sebagaimana tersebut", katanya lagi.

                          - - - - - - - - Kekachauan Di Timor Tengah:

"PERNIAGAAN KAMI SAPERTI BIASA":- JERUCHAKAP SHARIKAT MINYAK DIKAWASAN BRITISH BORNEO

Berita2 angin telah meribak dibeberapa buah Daerah diBru- nei dan juga dikawasan Sarawak Utara baharu2 ini bahawa pehak yang berkuasa pertubohan2 minyak diBritish Borneo akan mengu- rangkan perbelanjaan2 mereka berhubong dengan kegentingan yang berlaku diTimor Tengah.

Berhubong dengan perkara tersebut, saorang Jeruchakap dari pertubohan2 minyak tersebut menerangkan bahawa segala be- rita2 angin itu tidaklah mempunyai asas yang tertentu.

"Kekachauan diTimor Tengah sunggoh pun telah menye- babkan kegendalaan mengenai perusahaan2 minyak seluroh dunia", kata beliau tetapi per tubohan2 mi- nyak dikawasan British Borneo kini sedang menjalan- kan perniagaan kami saperti biasa".

Jeruchakap itu berasa hairan dari manakah asalnya puncha berita2 angin sademikian. Meskipun begitu, beliau perchaya ha- ruslah berita2 angin itu telah meribak satelah pertubohan2 mi- nyak British Malayan Petroleum Company Limited dan Sarawak Oil- fields Limited menjalankan peninjauan mengenai perbelanjaan2 mereka.

Lebih lanjut Jeruchakap itu menerangkan bahawa, "Semasa perusahaan minyak diseluroh dunia menghadapi masa yang kurang baik, sudah samestilah kami menjalankan peninjauan berhubong dengan masa 'elah perbelanjaan kami, dan pada masa sekarang kami TETAP menjalankan perusahaan kami saperti biasa".


JEMA'AH2 HAJI PADA TAHUN 1957

Menurut satu kenyataan yang rasmi dari Pejabat 'Adat Isti- adat, Ugama dan Kebajikan Negeri Brunei, seramai 172 orang lelaki dan perempuan dari seluroh Negeri Brunei telah pun mendaftarkan nama2 mereka di Pejabat itu untok menunaikan fardzu Haji pada tahun 1957.

Jika dibandingkan pada tahun2 yang lalu, bakal2 jema'ah2 Ha- ji pada tahun 1957 adalah terlebeh banyak lagi daripada tahun2 1956 dan 1955. Pada tahun 1956, seramai 152 orang lelaki dan pe- rempuan dari Brunei telah berangkat ka Mekah; manakala pada tahun 1955 hanya 33 orang sahaja dari Negeri ini yang telah berangkat ka Tanah Suchi menunaikan fardzu Haji.

Diantara bilangan bakal2 jema'ah2 Haji dari Brunei pada ta- hun 1957, sapuloh orang daripadanya akan berangkat ka Mekah atas perbelanjaan perchuma dari Kerajaan Brunei, iaitu mengandongi 7 orang Pegawai2 Kerajaan dan tiga orang lagi Menteri2 Darat.


PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN YANG BAHARU

Pengiran Puteh bin Pengiran Haji Rajid, bekas Kerani Besar di Pejabat Pelajaran Brunei, telah dilantek menjadi saorang Penolong Pegawai Penerangan baharu2 ini.

                         - - - - - - - - - -