Pelita Brunei/1957/7/1
KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
MESJID BUKOK, TEMBURONG DI-BUKA OLEH D.P.B.
YANG TERAMAT MULIA DULI PENGERAN BENDAHARA, Wazir Yang Pertama
bagi Negeri Brunei Darul-Salam telah mengishtiharkan dengan resmi-
nya pembuka'an Mesjid Bukok, Pandaruan di-Da'erah Temburong pada pagi Jum'at yang lalu, 21 June 1957.
Yang Teramat Mulia itu telah berangkat dari Bandar Brunei ka-Temburong dengan kapal "PRETTY" pada pagi hari itu, serta di- iringi oleh Tuan Kadzi Besar Negeri Brunei, Yang Berhormat Mulia Pengeran Haji Mohammad Salleh D.P.M.B.,P.0.A.S., dan beberapa orangnya telah di-sambut oleh Ketua Kampong Haji Ajak dan Ketua Kam-pong Haji Malik dengan penoh gembera.
Berakhir-nya pengishtiharan pembuka'an resmi Mesjid, maka istiadat perlantekkan Imam untok Mesjid itu pun di-langsongkan. Mejlis perlantekkan Imam ini telah di-pimpin oleh Yang Berhormat Pengeran Haji Abu Bakar, Pegawai Da'erah Temburong; menakala di- antara hadzirin di-wasa itu termasok-lah Yang Teramat Mulia Duli Pangeran Bendahara dan Yang Berhormat Mulia Tuan Kadzi Besar Negeri Brunei.
Hanya dua chalon yang telah di-hadapkan oleh para hadzirin ia-itu, Haji Sabtu bin Abdul Ghani dan Haji Malik. Haji Malik, Haji Lampoh, Haji Ajak dan Haji Duramen menchalonkan Haji Sabtu, menekala Haji Sabtu menchalonkan Haji Malik pula. Satelah di-undi dengan sechara mengangkat tangan, maka Haji Sabtu-lah yang di- persetujui para pendudok Kampong Bukok menjadi Imam di-sana.
Tuan Kadzi Besar selanjut-nya menyatakan kapada pendudok2Kampong itu bahawa lantekkan itu hanya dapat di-akui salepas cha- lon pilihan ramai itu memasokki satu pepereksa'an yang akan di- adakan oleh Kadzi itu sendiri pada satu hari nanti yang akan di- tetapkan. Sekira-nya Haji Sabtu lulus di-pepereksa'an bagi menjawat jawatan sabagai Imam Mesjid Bukok itu maka baharu-leah lantek- kan itu akan di-akui oleh-nya sendiri dengan sechara resmi. Pe- pereksa‘an tersebut akan bertempat di-Mahkamah Kadzi sendiri di- Bandar Brunei dan Haji Sabtu di-kehandaki hadzir apabila dikehendaki.
RANCHANGAN BESAR2AN DI-PERSETUJUI
MEJLIS Mashuarat Negeri Brunei dalam persidangan-nya yang telah berlangsong pada penghujong bulan yang lalu telah meluluskan beberaya chadangan2 yang mustahak: yang di-antaranya ia-lah chadangan untok menyediakan sabanyak $235,00 dari wang perbelanja'an Perkembangan Negeri guna membuat peta2 yang besar mengandongi kawasan2 Gadong dan Bandar Brunei yang menunjokkaan mengenai tempat perpindahan dan pengatoran Bandar.
Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan, Sir Omar Ali Saifuddin telah memimpin Mejlis itu dan di-antara ahli2 yang hadzir termasok-lah Tuan Yang Berhormat British Resident, J.O, Gilbert.
Ketika menjawab so'alan2 yang di-kemukakan oleh be- berapa orang Ahli Mejlis Mashuarat Negeri, Yang Berhormat Resident itu Menegaskan bahawa Ranchangan Tanah Penampatan semulaa di-Gadong itu ada-lah khas untok pendudok2 di-Kampong Ayer, yang suka berpindah ka-kawasan tersebut. Satelah pekerja'an menyukat itu selesai nanti, maka pehak yang berkena'an alan menyediakan ranchangan-nya untok pertim-bangan Mejlis itu.
Yang Berhormat Tuan British Resident selanjut-nya menegaskan behawa sa-buah ranchangan yang sama juga akan di- jalankan di-Da'erah2 yang lain sakira-nya ranchangan di- atas mendapat hasil yang baik.
Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan, ketika ber- titah, meminta supaya Tuan British Resident memberi penje- lasan kepada Mejlis Mashuarat itu berapa lama-kah rancha- ngan tersebut boleh siap.
LEMBAGA PENAPIS FILM
Dalam persidangan ini juga, Yang Berhormat Pengeran Mohammad Yusuf menchadang bahawa segala film2 yang di—bawa masok ka-Begosi ini, sabelum di-tunjokkan kapada orang ramai, mesti-lah di-tapis terlebeh dahulu.
Menjawab chadangan ini, Resident, dalam uchapan-nya, ber-chadang hendak menubohkan sa—buah Lembaga Penapis Film. Tentang hal ini,beliau melenjutkankata, ia akan mengadakan satu perundingan dengan Duli Yang Maha Mulia Maulana Ai-Sultan.
Yang Berhormat Pengeran M.Yusuf juga telah mengemukakan satu chadangan lagi supaya banchi (census) bagi seluroh Negeri Brunei di-adakan, kerana banchi yang terakhir sekali telah di-jalankan 10 tahun dahulu. Berkena'an ini, kata Tuan Resident, dia kan membuat satu perhubongan dengan Tuan Pesuroh jaya Tinggi bagi Negeri brunei.
Di-antara lain2 chadangan yang di-persetujui Persidangan Majlis Mashuarat Negeri itu ada-lah:-
Lantekkan sa-orang Pegawai Pelajaran China dari Hongkong sebagai Nadzir Sekolah2 China di-seluroh Negeri Brunei salama dua tahun.
Perkara mengenai HutanSimpan Berakas, Pembaharuan Lisen bagi Penyelidekkan minyak Brunei Shell Petroleum Company Limited di-ka-wasan Sapo dan Labu selama sa-tahun. Undang2 Penerbangan udara (jadual Pertama) (Pinda'an) tahun 1957 dan Undang2 Perubahan Perchetakan dari Perentah Undang2 Tambahan (Pinda'an kepada Jadual) Bilangan Dua, tahun 1957.
PANGLIMA AGONG ANGKATAN TENTERA DARAT DI-RAJA BRITISH MELAWAT KA-BRUNEI
PANGLIMA Agong Angkatan Tentera Darat di-Raja Bagi Timor Ja-uh, General Festing, K.C.B., K.B.E.,G.C.B., D.S.0., telah melawat ka- Negeri Brunei pada hari Sabtub22 June, 1957 dengan kapal terbang dari Labuan sasudah mengadakan lawatan yang resmidi-Borneo utara.
Beliau telah di-iringi oleh General R.G. Collingwood, C.B., C.B.E, D.S.O., Panglima Agong Angkatan Tentera Darat di-Raja yang bertempat di-Singapura; Tuan D. Greenhill, Pegawai kanan di-Jabatan Pesuroh Jaya Agong di-Tenggara Asia di-Singapura dan juga yang men-jadi Pengurusi Jawatan Kuasa Bahagian Penyiasatan di-Timor Jauh; Colonel Pixton, Pegawai Perhubongan Tentera Darat Amerika Sharikat di-Singapura; dan dua orang lagi Pegawai2.
Para Pelawat itu telah pergi ka-Seria padabpagi Hari Ahad 23 June, dan dari sana mereka telah berangkat ka-Sibu, Sarawak dengan kapal terbang pada pagi Ithnin 24 June yang lalu.
WAKIL2 BRUNEI KA-PERTUNKOKKAN PERTANIAN DI-MALAYSIA
LIMA orang wakil2 dari Brunei akan menghadziri temasha Per-tunjokkan Pertanian, Tanaman2 dan sebagai-nya yang akan di-adakan di-Chinwu Auditorium, Kuala Lumpur mulai dari 5 July hingga 8 July 1957, di-bawah Anjoran Persekutuan Agri-Horticultural Malaya.
Inche' Hamidoon bin Awang Damit, Pegawai Pertanian Negeri akan mengetuai rombongan ini; dan yang lain2 itu ia-lah, Pehin Bendahari Awang Abdul-Rahman, Pengeran Damit bin Pengeran Sunggoh, Inche' Ahmad bin Haji Ismail dan Awang Mohammad Salleh bin Pehin Ratna di-Raja. Wakil2 ini telah di-pileh oleh pehak yang berkuasa untok menghadziri temasha yang tersebut.
Pengeran Damit, Inche' Ahmad dan Awang Mohammad Salleh telah berangkat ka-Labuan dengan kapal "Sultan" pada pagi heri Ithnin 24 June dan dari sana mereka telah berangkat ka-Singapura dengan kapal "Darvel". Ketiga2 mereka ini akan balek ka-Brunei dengan kapal "Marudu" pada 12 July 1957.
Inche' Hamidoon dan Pehin Bendahari akan berangkat ka-Kuala Lumpur dengan kapal terbang pada 2 July dan balek ka-Brunei pada 10 July, 1957 akan datang ini.
TARIKH2 JAMA'AH HAJI BALEK DARI JEDDAH
JAMA'AH2 Haji dari Brunei, Sarawak, Borneo Utara dan Malaya yang telah berangkat ka-Tanah Suchi pada tahun ini kerana menunaikan : Fardzu Haji akan balek ka-tempat masing2 dengan kapal2 Anking dan Anshun pada tarikh yang di-jadualkan di-bawah:
Kapal Haji yang pertama, m/v Anking akan bertolak dari Jeddah pada 17 July 1957, tiba di-Pulau Pinang pada 29 July dan tiba di- Singapura pada 30 July.
Kapal Anking itu akan bertolak ka-Jeddah semula pada 5 August dan bertolak dari Jeddah ka-Malaya lagi pada 19 Agust. Kapal itu akan tiba di-Pulau Pinang pada 31 August dan tiba di-Singapura pada 1 September.
Bertolak dari Singapura ka-Jeddah lagi pada 7 September dan dari Jeddah ka-Malaya pada 21 September. Tiba di-Pulau Pinang pada 3 October dan tiba di-Singapura pada 4 October.
Kapal m/v Anshun akan berlepas dari Jeddah ka-Malaya pada 8 August, dan akan tiba di-Pulau Pinang pada 20 August dan di-Singa- pura pada 21 August.
DUA ORANG JAMA'AH2 HAJI BRUNEI MENINGGAL DUNIA
Sahingga tarikh keluaran P. B. ini kita dengan sedeh-nya telah menerima dua berita dari satu puncha yang resmi menyatakan dua orang dari Jama'ah2 Haji yang telah bertolak dari Brunei pada tahun ini telah meninggal dunia.
Mereka2 itu ia-lah Zauyah bintee Ahmad, berusia 90 tahun dari Kampong Kasat; dan Haji Aspar bin Tasim, berusia 89 tahun dari Kampong Kulapis, di-kawasan Sengkurong.
Zauyah telah meninggal dunia di-Madina pada 22 May 1957, dan Haji Aspar telah meninggal dunia di-Laut Aden sabelum kapal An- shun tiba di-Jeddah pada 12 June 1957.
NAMA BAHARU UNTOK KADZI BELAIT
Ada-lah di-ma'alumkan untok pengetahuan orang ramai bahawa Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dengan sukachita mengumomkan ia-itu Abang Razali bin Abang Haji Zainuddin, Kadzi bagi Da'erah Belait akan menyandang nama dan gelaran sebagai "SENIOR KADZI".
HAL EHWAL KEWANGAN MALAYA DAN BORNEO BRITISH
PENGERUSI, Lembaga Pesuroh Jaya Kewangan, Malaya dan Borneo British mema'lumkan baharu2 ini bahawa jumlah wang2 yang telah di- peredarkan pada bulan May dan June tahun ini ada-lah saperti yang yang berikut:
Jumlah wang2 kertas yang di-peredarkan pada 1 June 1957 ia-lah sebanyak $948,961,915.13 sen.
sabanyak $42,721,610.33 sen.
Jumlah wang kertas yang di-peredarkan pada bulan May yang lalu ia-lah sabanyak $953,830,903.45 sen.
Jumlah duit2 siling yang di-peredarkan pada bulan May yang lalu ia - Iah sabanyak $42,684,652.27 sen.
HOTEL BAHARU UNTOK BRUNEI REST HOUSE HANYA UNTOK PEGAWAI 2 KERJALAN
Telah di-fahamkan dari Pehak Pengurus-nya bahawa BRUNEI HOTEL mungkin dapat di-buka (di-gunakan oleh orang ramai) dalam bulan July ini.
Sesudah itu, "Rest House" Keraja'an di-Bandar Brunei hanya di-khaskan untok penghinapan Pegawai 2 dan Tetamu 2 Kerajaan Brunei.
MEJLIS2 SELAMAT BERPISAH
Anggota 2 Radio Brunei telah mengadakan satu Mejlis Jamuan makan pada malam 20 June yang lalu bertempat di-Dewan Pejabat Pene- rangan Bandar Brunei kerana mera'ikan sa-orang anggota-nya, Penge- ran Ahmad bin Pg. Anak Hj. Mohd. Yassin B.A.S., yang telah bertukar ka-Temburong menjadi Pemangku Pegawai Daerah di-sana mulai dari 23 June, menggantikan jawatan Yang Berhormat Pengeran Haji Abu Bakar bin Pengeran Pemancha Mohammad Salleh II.
Sabelum Mejlis itu bersurai, Tuan John Duclos, Station Mana-ger Radio Brunei telah beruchap dalam mana beliau menerangkan tu- juan mengadakan mejlis itu dan melanjutkan berbanyak2 terima kaseh- nya atas kehadziran para jemputan ka-mejlis itu sambil menguchapkan Selamat Berpisah kapada dza 'if yang di-ra'ekan itu.
Pengeran Ahmad, dalam membalas uchapan itu, menguchapkan semua Selamat Tinggal kapada/Anggota Radio Brunei dan kapada pendudok2 di-sini 'am-nya. Atas nama para jemputan, Pengeran Kerma Indra juga telah beruchap di-mejlis itu.
Mejlis Selamat Berpisah kapada Yang Berhormat Pengeran Haji Abu Bakar bin Pengeran Pemancha Mohammad Salleh II telah juga di- adakan di-Mesjid Bukok, Pandaruan pada petang Jum'at 21 June yang lalu. Pengeran Haji Abu Bakar bertukar ka-Tutong menggantikan Yang Berhormat Pengeran Ahmad bin Pengeran Anak Luba, sabagai Pegawai Da'erah di-sana mulai dari 27 June 1957.
Mejlis itu telah di-adakan sesudah Y. T. M. Seri Peduka Duli Pengeran Bendahara meresmikan pembuka 'an Mesjid tersebut.
Sebagai wakil Ketua2 Kampong dan Pendudok2 Kampong itu, Che'-gu Julaihi, Guru Besar Sekolah Melayu Bukok, telah beruchap. Ia me- muji2 serta menguchapkan satinggi 2 terima kaseh atas perkhidmatan2 Yang Berhormat Pengeran Haji Abu Bakar kapada pendudok2 di-sana. Selanjut-nya beliau berharap semoga dza'if yang di-ra'ekan itu akan beroleh kejaya'an2 pada masa hadapan kelak. Membalas uchapan2 ini Yang Berhormat Pengeran telah melafadzkan kata2 yang berharga.
KERAJAAN BRUNEI JEMPUT AHLI SEJARAH
SA-ORANG Ahli Sejarah yang terkenal, Inche' Osman Shah, Penulong Pegawai Penyelideki Hal Ehwal Sejarah dari University Malaya akan tiba di-Brunei dengan kapal terbang dari Singapura padikit hari lagi atas jemputan dari Keraja'an Brunei.
Beliau akan bertugas menyelideki hal ehwal Sejarah Brunei di-Brunei ini salama 3 bulan.
PEMANDANGAN PENGARAH KERJARAYA SARAWAK TERHADAP RANCHANGAN2 PERKEMBANGAN NEGERI BRUNEI
Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sarawak yang telah melawat ka-Brunei kira2 18 bulan yang lalu, sa-kali lagi telah melawat ka- Brunei a 25 June 1957 dalam perjalanan-nya ka-Limbang, Sarawak.
Sabelum berangkat_ka-Limbang, beliau telah mengadakan satu pertemuan dengan Yang Berhormat Tuan British Resident. Di-antara lain, Pengarah itu telah berkata bahawa ia sangat tertarek hati melihat kemajuan besar yang telah di-chapai oleh Ranchangan2 Per- kembangan di-Negeri ini samenjak lawatan-nya yang lalu.
KENYATA'AN KHAS UNTOK FETANI2 KILANAS DAN MULAUT
Orang2 yang mempunyai tanah perpadian di-kawasan2 Mulaut dan Kilanas, yang belum mengetahui di-mana letak-nya tanah mereka ada- lah di-ma'lumkan supaya berhubong dengan Inche' Ajmain bin Abdul- Razak, Pegawai yang menjaga hal ehwal pembahagian tanah di-kawasan2 tersebut.
Perhubongan itu boleh-lah di-buat sama ada menerusi Pejabat Tanah di-Bandar Brunei, atau menerusi Pejabat Sementara beliau di- Batu 6, Kampong Bunut, bertempat di-rumah Pengeran Ahmad dari Peja bat Sukat, Bandar Brunei.
MA'LUMAT MENGENAI HUTAN SIMPAN BERAKAS
Dengan persetujuan D.Y.M.M. Al-Sultan, Yang Berhormat Tuan British Resident, dalam Mejlis Mashuarat Negeri, telah membuat satu siaran yang di-sebutkan sabagai SIARAN HUTAN SIMPAN (Berakas).
Kawasan yang di-tetapkan menjadi Hutan Simpan Berakas itu berluas sabanyak 860 ekar dan akan mulai berjalan kuatkuasa-nya pada 1 July 1957.
Menurut Ma'lumat tersebut, Pendudok2 Kampong Lambak Berakas, Kampong Madaras, Kampong Madang dan Kampong Terunjing Berakas di- beri hak2 istimewa untok mengambil kayu balak dan lain2 keluaran hutan kerana keperluan mereka dan bukan kerana jualan atau pertuka- ran. Hak2 istimewa ini akan menjadi ta'lok kapada jaga'an Pegawai Hutan Negeri dan perentah2 itu boleh di-buat dengan kebenaran dari Tuan Resident untok mengator batasan tempatan dan charamana kelua- ran hutan itu boleh di-ambil atau di-terima dalam Hutan Simpan.
DUA ORANG LAGI JAMA'AH HAJI MENINGGAL DUNIA --
Baharu2 ini kita telah terima satu lagi berita dari puncha yang sama bahawa dua orang lagi Jama'ah Haji telah meninggal dunia sabelum menunaikan Fardzu Haji.
Mereka2 itu ia-lah Bungsu bin Kadir, berusia 85 tahun dari Kampong Rimba, Gadong, telah meninggal dunia pada 23 June; dan yang sa-orang lagi ia-lah Timbang bintee Besar, berusia 66 tahun dani Kampong Kulapis di-kawasan Sengkurong, telah meninggal dunia pada 26 June.
Kedua2 mereka ini telah meninggal dunia di-Tanah suchi, Mekah.