Pelita Brunei/1957/9/1
November
KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
Persidangan Majlis Mashuarat Negeri:
KERAJAAN BRUNEI MENDERMA $50,000.00 KAPADA
KERAJAAN MALAYA KERANA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYA
MAJLIS MASHUARAT NEGERI dalam satu persidangan yang telah dilang songkan dilapau, Bandar Brunei pada 7 August, 1957 telah bersetu- ju meluluskan satu chadangan mengeluarkan derma sabanyak lima pu- loh ribu ringgit ($50,000.00 ) sabagai satu chendera mata kapada Kerajaan Malaya atas sambutan Hari Kemerdeka' an-nya yang telah berlangsong pada 31 August, 1957 (kelamarin).
Pehak Kerajaan Brunei berharap semoga derma bakti itu dapat digunakan oleh Keraja'an Malaya untok membangunkan sa-buah Mesjid. yang baharu dan juga bagi membangunkan bangunan baharu Maktab Is- lam Malaya diKuala Lumpur.
Majlis Mashuarat Negeri diantara lain telah bersetuju dalam persidangan-nya baharu2 ini hendak mengeluarkan derma sabahyak $10,000.00 untok pembena an Ibu Pejabat Pertubohan Kesehatan sa- Dunia, yang dikenali hama-nya dalam bahasa Inggeris sabagai "The World Health Organization" diManila, Philippina.
Diantara lain2 ketetapan yang telah dipersetujui dalam per-sidangan tersebut, Majlis Mashuarat Negeri telah bersetuju melu- luskan satu chadangan daripada Yang Berhormat Pengeran Md. Yusuf bin Pengeran Haji Abdul Rahim supaya Keraja'an mengadakan Pasokan Pemadam Api yang chukup lengkap dengan dengan segala alat kelangkapan-nya untok memadam api yang akan digunakan dikawasan Kampong Ayer diBandar Brunei dengan mudah-nya.
Satu chadangan memnentok sabuah Jawatan Kuasa untok merangkakan Standing Order dan Peratoran2 bagi panduan Majlis Mashuarat Negeri Brunei telah juga dipersetujui.
Ahlis Majlis Mashuarat Negeri yang telah dipileh sabagai Ahli2 Jawatan Kuasa tersebut ialah: Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Ahmad bin Daud, Yang Berhormat Che' gu Marsal bin Ma'un, Yang Berhormat Pengeran Ali bin Pengeran Haji Mohammad Daud, Yang Berhormat Pengeran Haji Abu Bakar bin Duli Pe nge ra Pemancha Mohammad Salleh II dan Tuan Timbalan Penasehat Undang2 Negeri Brunei.
Majlis itu juga menyediakan sabanyak $25,000.00 untok menyi-asat dan menyukat Terusan Pagalayan yang menghubongkan di a n tara Sungai Baram (Sarawak) dengan Sungai Belait (Brunei), dan juga ber ikhtiar bagi membuat pekerja'an mendalamkan Kuala Sungai Belait.
KENYATA'AN KHAS
Pegawai Penerangan Negeri Brunei ada lah dengan ini menerag-kan kapada orang2 ramai bahawa siaran di-muka pertama akhbar "Berita Brunei" bertarikh pada 15 haribulan August, 1957 ada lah mengendongi satu berita yang tidak benar mengenai pertemuan di-antara Tuan Yang Terutama Pesuroh Jaya Tinggi bagi Negeri Brunei dengan Saudara A. M. Azahari.
Dalam siaran tersebut, akhbar itu telah menyebut bahawa "Pesuroh Jaya Tinggi bagi Negeri Brunei, Sir Anthony Abell akan menguruskan dan mengatorkan supaya Rombongan "Merdeka" Partai Ra'ayat Negeri Brunei ka United Kingdom itu nanti, akan dapat berjumpa dengan Setia Usaha Negara bagi Tanah2 Jajahan.
Keterangan yang lengkap berkenaan dengan pertemuan di-antara Tuan Yang Terutama Pesuroh Jaya Tinggi dengan Saudara A.M.Azahari ada-lah saperti berikut:
"Saudara Azahari telah meminta keterangan mengenai hal ehwal yang lanjut berkenaan dengan 'Memorandum" Negeri Brunei yang di rangkakan oleh Mr. Walter Raeburn. Tuan Yang Terutama menjawab bahawa "Memorandum" itu telah pun di hantarkan kapada Setia Usaha Negara bagi Tanah2 Jajahan mengendongi ulasan2 Tuan Yang Terutama, tetapi dalam fikiran Tuan Yang Terutama, "Memorandum" itu hendak-lah terlebeh dahulu di alamatkan kapada Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan,
Tuan Yang Terutama berkata bahawa Saudara Azahari mesti lah mengemukakan sebarang ulasan-nya berkena'an dengan Perlembagaan itu terlebeh dahulu kapada Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan melalui Majlis2 Mashuarat Daerah di mana Tuan Yang Terutama Pesuroh Jaya Tinggi berfikir chadang2nya itu kelak mendapat perhatian dan pertimbangan,
Selanjut-nya Tuan Yang Terutama telah menchadangkan bahawa rombongan ka London itu akan merugikan wang. Saudara Azahari berkata bahawa beliau sudah pun membuat ranchangan mengenai pemergian rombongan-nya ka London dan telah pun menghantarkan kawat kapada Setia Usaha Negara bagi Tanah2 Jajahan meminta di adakan pertemuan dengan-nya dan perkara itu sedang di selenggarakan oleh Mr. Raeburn. Tuan Yang Terutama berkata lagi bahawa jangan-lah Saudara Azehari menaroh bimbang yang ia akan mendapat layanan yang tidak baik semasa ia pergi ka London nanti,
Tuan Yang Terutama selanjut-nya, tidak pernah berkata yang Setia Usaha Negara bagi Tanah2 Jajahan akan bertemu dengan Rombongan yang tersebut, atau pun Tuan Yang Terutama telah sanggop membuat sebarang urusan mengenai sambutan ahli2 rombongan itu semasa mereka berada di London."
LAWATAN KAPAL PERANG "ALERT" KA BRUNEI
Laksemana Sir Alan Scott-Moncrieff K.C.B., C.B.E., D.S.O., Penglima Agong Angkatan Tentera Laut Di-Raja British di Perhentian
PANCHARAGAM POLICE NEGERI BRUNEI BALIK
Empat puloh orang pasokan Pañcharagam Police Brunei yang telah berangkat ka-Kuching pada bulan June tahun ini untok berlateh, telah selamat balek ka-Brunei dengan kapal Bolkiak pada 30 August, 1957 yang lalu.
Timor jauh telah tiba diBrunei dengan kapal Perang H.M.S. "Alert" pada petang hari Khamis 15 August, 1957. Kapal perang itu telah berlaboh berdekatan dengan Pulau Chermin.
Pada pukul 10.00 pagi hari Jum'at 16 August Laksemana Sir Alan Scott-Moncrieff dengan diiringi oleh isteri-nya telah tiba diTambatan Kerajaan diBandar Brunei dan telah disambut oleh Tuan British Resident, Yang Berhormat Mr G.0. Gilbert, dan Tuan Chief Police Officer, Mr A.N. Outram.
Satelah memereksa Barisan Kawalan Kehormatan terdiri dari Pasokan Police Brunei dibawah pimpinan A.S.P. Pengeran Jaya, maka Laksemana Sir Alan Scott-Moncrieff dan isteri-nya bersama2 Yang Berhormat Tuan British Resident telah berangkat ka Istana Darul Hana menziarahi Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan.
Samentara itu, Commander Kapal Perang "Alert" Sir Peter_Anson dan 3 orang lagi pegawai2-nya, Lieutenant Dexter, Lieutenant Lorri-mer dan Surgeon-Lieutenant Ackery telah melawat kawasan2 Kampong Ayer, dengan ditemani oleh sa-orang anggota dari Pejabat Penerangan Kera ja'an Brunei.
Pegawai2 tersebut sangatlah gemar melihat berbagai2 pemanda-ngan yang indah2 diKampong Ayer dan juga mereka dapat melihat dari jauh Istana Darul Hana, bangunan Mesjid baharu diBandar Brunei, Tanah Perkuboran DiRaja diMakan, Klinik diKampong Ayer, Sekolah Melayu Laila Menchanai dan lain2-nya.
Berlebeh2 lagi mereka sangatlah suka chita melihat kanak2 yang berada diatas rumah2 diKampong Ayer dengan tersenyum sambil melambaikan tangan ketika Pegawai2 itu melalui dihadapan rumah2 diKampong Ayer itu dengan menaiki sabuah motor sangkut Keraja'an.
Satelah Laksemana Sir Alan Scott Moncrieff dan isterinya Men-ziarahi Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan diIstana, mereka telah melawat ka-kedai Pertunjokkan barang2 perak bersama2 dengan Yang Berhormat Tuan British Resident dimana mereka telah membeli barang2 perak tersebut berjumlah sabanyak lebeh daripada $300.00.
Pada malam itu Kapal Perang "Alert" telah mengadakan satu Majlis Jamuan Minuman diatas kapal itu dalam mana kira2 100 orang yang telah dijemput telah hadzir. Pada masa itu juga Brunei Sports Club telah mera'ikan ramai bilangan pegawai 2 dan kelasi2 kapal perang itu dengan mengadakan satu temasha yang khas dan jamuan dirumah persekutuan itu.
Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan dengan diiringi oleh beberapa orang telah berangkat ka-kapal perang itu pada tengah hari Sabtu 17 August dan sekeliannya dira'ikan dengan jamuan makan. Sasudah Duli Yang Maha Mulia berangkat balek, Kapal Perang "Alert" telah memberi kehormatan kapada Baginda dengan mengadakan timbakan meriam sabanyak 19 kali.
Kapal Perang "Alert" telah menguchapkan Selamat Tinggal kapada Negeri ini pada lewat petang hari Sabtu 17 August menuju ka-Negeri Sarawak pula.
PENGARAH RADIO SARAWAK DIBRUNEI
Pengarah Radio Sarawak Mr Peter Ratcliff telah tiba di Bandar Brunei dari Kuching dengan kapal terbang pada hari Rabu 21 August, 1957 dalam satu lawatan yang rengkas sabagai tetamu kapada British Resident Brunei, Yang Berhormat Mr G.O. Gilbert.
KENYATAAN KAPADA ORANG 2 RAMAI MENGENAI JALAN RAYA DARI DANAU KA-ANDUKI
Pejabat Kerja Raya dan Pejabat Roads Section sedang menerima beberapa banyak perminta'an daripada Pegawai 2 Keraja'an kerana meminta kebenaran melalui jalan baharu dari Danau ka-Anduki.
Jalan yang baharu ini sedang dalam pembena'an dan mengguna-kan terus jalan ini sudah barang tentu akan menggendalakan pekeraja'an yang sedang di-jalankan.
Satelah pekerja'an membena jalan ini siap di mana 2 bahagian, maka jalan itu akan di buka untok keguna'an orang2 ramai, tetapi buat semantara Pegawai2 Keraja'an tidak di-benarkan menggunakan jalan baharu ini kechuali dalam perkara2 yang sangat mustahak, dan ini pun hanya dengan kebenaran dari Tuan State Engineer atau pun mana2 orang yang di lantek oleh-nya untok memberi kebenaran saperti itu.
PERTANDINGAN BACHA'AN KORAN SA-NEGERI BRUNEI
Kira2 500 orang telah hadzir di Masjid Pekan Brunei pada hari Ahad 11 haribelan August, 1957 menyaksikan Peraduan Bacha'an Koran Al-Karim Sa-Negeri yang telah di-langsongkan dengan selamat-nya di bawah anjoran Persatuan Kesatuan Islam, Brunei.
Di antara para hadzirin di-Majlis itu ia lah Yang Teramat Mulia Seri Peduka Duli Pengiran Bendahara; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar, Haji Ahmad bin Daud, Pegawai Daerah Brunei dan lain2-nya.
Hadiah2 kapada pembacha2 Koran yang menang dan kapada tiap2 orang yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu telah di-sampaikan oleh Yang Teramat Mulia Seri Peduka Duli Pengiran Bendahara. Keputusan-nya ada-lah saperti berikut:-
Bahagian orang2 tua: Perisai Pusingan kurnia daripada Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan, Sir Omar Ali Saifuddin dan dua lagi hadiah untok Johan Peraduan ini telah di-menangi oleh Awang Mohamed Yusof bin Abdul Latiff dari Bandar Brunei. Hadiah yang kedua Piala Perak Pusingan daripada Yang Mulia Pehin Orang Kaya Di-Gadong di-menangi oleh Majidi bin Haji Mohamed dari Daerah Belait, dan Hadiah yang ketiga di-menangi oleh Masri bin Abon dari Seria.
Bahagian kanak2 lelaki: Hadiah pertama Piala Perak Pusingan daripada Persatuan Kesatuan Islam Brunei di-menangi oleh Bahaki bin Jamaludin dari Seria pada yang kedua berturut2, Yang kedua Ja'afar bin Haji Arsad dari Seria dan Hadiah yang ketiga Ismail bin Haji Abdul Rahim dari Daerah Brunei.
Bahagian kanak2 perempuan: Hadiah Pertama Piala Perak Pusingan daripada Persatuan Kesatuan Islam Brunei di-menangi oleh Dayang Majidiah binte Abang Haji Ali dari Seria; Hadiah yang kedua di-menangi oleh Dayang Rokiah binte Mohamed Noor dari Tutong; dan Hadiah yang ketiga di-menangi oleh Dayangku Zubaidah binte Pengiran Matasan dari Daerah Belait.
LANTEKKAN SAMENTARA AHLI2 MAJLIS MASHUARAT NEGERI
DYMM Maulana Al-Sultan, dengan persesuaian TYT Pesuroh Jaya Tinggi bagi Negeri Brunei telah melantek Inche' Hamidoon bin Awg. Damit, Pg. Ahmad bin Pg. Anak Hj. Mohd. Yassin, dan Che'gu Awg. Jamil bin Awg. Umar sabagai Ahli2 Samentara Majlis Mashuarat Negeri mulai daripada 29 August, 1957.
LAWATAN GOVERNOR BORNEO UTARA KA-BRUNEI
Governor Borneo Utara, Tuan Yang Terutama Sir Roland Turnbull K.C.M.G. telah tiba diBandar Brunei dari Jesselton dengan menaiki sa-buah kapal terbang khas pada hari Ithnin 19 August, 1957 dan telah balek ka-Jesselton dengan kapal terbang juga pada hari Rabu 21 August, 1957.
Tuan Yang Terutama itu telah tiba disini dalam satu lawatan sechara tidak rasmi. Semasa berada di Bandar Brunei, beliau telah tinggal di Istana Darul Hana sabagai tetamu kapada Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan, Sir Omar Ali Saifuddin.
Ketika Sir Rolland tiba di Lapangan Terbang Brunei diBerakas,beliau telah disambut oleh Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan; Tuan British Resident; Yang Teramat Mulia Seri Peduka Duli PengeranBendahara Yang Teramat Mulia Seri Peduka Duli Pengeran Pemancha; Yang Berhormat Tuan Setia Usaha Sulit kapada Yang Maha Mulia dan beberapa orang Ketua Pejabat2 Keraja'an.
Sasudah memereksa barisan kehormatan yang terdiri dari Ahli2. Pasokan Police Negeri Brunei diPadang Kapal Terbang itu, maka Tuan Yang Terutama Sir Rolland Turnbull pun berangkat ka-Istana Darul Hana bersama2 dengan Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan.
Pada malam 19 August, 1957 Tuan Yang Terutama itu telah menghadziri satu Majlis Jamuan Minuman yang khas, diberikan oleh Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan di Istana Darul Hana.
Diantara orang2 yang menghadziri Majlis Jamuan itu, ialah Tuan Yang Berhormat British Resident Brunei, Mr G.O. Gilbert dan Mem Gilbert; Yang Teramat Mulia Seri Peduka Duli Pengeren Bendahara; Yang Teramat Mulia Seri Peduka Duli Pengeran Pemancha; Yang Berhormat Tuan Setia Usaha Sulit kapada Yang Maha Mulia, Pehin Dato Perdana Menteri; Ahli2 Majlis Mashuarat Negeri; beberapa orang. Ketua Pejabat2 Kerajaan dan lain-nya.
Dalam masa yang singkat Tuan Yang Terutama itu berada di-Bandar Brunei, beliau telah melawat ka-Sultan Omar Ali Saifuddin College; Rumah Sakit Keraja'an; Ibu Pejabat Police dan ka-bangunan baharu Mesjid Pekan Brunei.
PEMENANG2 HADIAH2 PELAJARAN PERCHUMA DARI KERAJAAN BRUNEI
Ibrahim bin Hussain dan Johari bin Othman, kedua2nya penun-tut di Government English School Seria telah diberi hadiah2 pelajaran perchuma oleh Keraja'an Brunei untok melanjutkan pelajaran mereka diUnited Kingdom.
Mereka akan berangkat ka-Singapura dengan kapal terbang pada 11 September, 1957 dan dari Singapura akan berangkat kaUnited Kingdom dengan kapal terbang pada 13 September.
Sementara itu Johar bin Noordin dan Awangku Ismail, dua orang penuntut Brunei yang belajar diUnited Kingdom atas perbelanja'an perchuma dari Keraja'an Brunei dan telah balik ka-Brunei baharu2 ini kerana menyampornakan kelapasan mereka akan juga berangkat ka-United Kingdom bersama2 dengan Ibrahim dan Johar.
5 ORANG CHINA DITANGKAP - 3 DIBEBASKAN DAN 2 DIPINJARA
Lima orang China, iaitu Sia Tau Kam, Chang Swee Kee, Lai Kaw, Lim Chin Tee dan Lim Lian Hang telah dibi charakan diMahkamah Hakim yang Pertama dihadapan Tuan Hakim R.G.P.N. Combe O.B.E., baharu2 ini atas tudohan menyimpan perkakas 2 yang digunakan untok menghisap chandu.
Mereka itu telah diserbu dalam sa-buah rumah orang China diKampong Ayer, Bandar Brunei pada 10 August, 1957 oleh sa-rombongan Pegawai2 Custom yang diketuai oleh Chief Superviser of Custom, Mr Teo Kim Yeo dan diikuti oleh Pegawai2 Custom, Awang Omar bin Duah, Pengeran Damit bin Pengeran Anak Santu dan Abu Bakar bin Haji Panjang satelah mendapat khabar bahawa ada beberapa orang China dirumah yang terma'lum yang mempunyai perkakas2 menghisap chandu dan juga menjadikan rumah itu sebuah tempat menghisap chandu.
Inspector Chua Kong Leng telah menjalankan penda'wa'an bagi pehak yang berkuasa, dan keterangan2 telah diberi oleh dua orang saksi2, iaitu Mr Teo Kim Yeo dan Awang Omar bin Duah.
Pada masa dijalankan pembichara'an diMahkamah tersebut, atas perentah dari Tuan Hakim pembichara'an itu telah berihat sajurus kerana Tuan Hakim bersama2 dengan beberapa orang pegawai 2 Custom dan orang2 salah itu telah pergi ka-rumah dimana orang2 salah itu telah ditangkap.
Apabila pembichara'an ini dijalankan semula, Tuan Hakim pun menguchapkan tahniah kapada Jabatan Custom atas langkah yang telah dijalankan-nya itu yang semata2 untok kebaikkan ramai.
Tuan Hakim R.G.P.N. Combe telah membebaskan 3 daripada 5 orang2 tangkapan itu, iaitu Sia Tau Kam, Chang Swee Kee dan Lai Kaw. Kemudian telah menjatohkan hukum penjara kerja rengan salama 3 bulan kapada yang dua orang lagi dan samasa mereka berada dipinjara mereka akan diberi perubatan.
Selanjut-nya Tuan Hakim telah mengeluarkan perentah supaya pehak yang berkuasa janganlah mengembalikan perkakas2 menghisap chandu yang telah dirampas oleh pegawai 2 Custom pada masa dilakukan serbuan dirumah orng2 yang mempunyai perkakas2 itu kapada mereka.
Tuan Hakim juga telah mengeluarkan perentah supaya wang saba-nyak $14.95 kepunya'an Lim Chin Tee yang telah dihukumkan penjara salama tiga bulan dikembalikan kapada-nya pada masa ia keluar dari tahanan itu nanti.
PEGAWAI KEHUTANAN NEGERI BERANGKAT KAAUSTRALIA
Pegawai Kehutanan Negeri Brunei, Mr B.E. Smythies telah berangkat kaAustralia dengan kapal terbang baharu2 ini dimana beliau akan mewakili Negeri Brunet, Sarawak dan Borneo Utara dalam peridangan pegawai2 Kehutanan Tanah2 Jajahan British.
Persidangan itu diadakan pada tiap2 lima tahun sa-kali dan wakil2 yang hadzir dipersidangan itu diberi peluang melawat ka-beberapa banyak tempat diAustralia dan New Zealand supaya dapatlah mereka menyaksikan hutan2 yang besar dan juga mempelajari hal ehwal kehutanan diNeger2 itu.
Pegawai Kehutanan Negeri Brunei itu dijangka akan balik ka-Brunei kira2 dalam bulan October hadapan.