Perjanjian Granada 1492


Bahawa kelompok besar dan kecil harus dijamin mengenai diri-diri mereka, keluarga dan harta benda mereka.
Bahawa mereka harus dibenarkan untuk terus berada di dalam kediaman mereka samada di bandar, pinggir bandar atau sebarang tempat di negara ini.
Bahawa undang-undang mereka dipelihara sama seperti sebelum ini, dan bahawa tiada seorang pun yang akan menghakimi mereka kecuali dengan undang-undang yang sama.
Bahawa masjid-masjid mereka dan wakaf-wakaf keagamaan kepunyaan mereka harus kekal sebagaimana pada zaman pemerintahan orang Islam.
Bahawa orang Kristian tidak harus memasuki rumah orang Islam atau menghinanya dalam apa cara sekali pun.
Bahawa orang Kristian atau Yahudi yang memegang jawatan-jawatan awam melalui pelantikan Sultan terdahulu tidak harus melaksanakan tugasannya atau perintahnya terhadap mereka.
Bahawa semua tawanan beragama Islam yang ditawan semasa Pengepungan Granada, dari apa sahaja tempat dalam negara yang mungkin mereka datang, selain khususnya para bangsawan dan ketua yang tersebut dalam persetujuan ini, harus dibebaskan.
Bahawa tawanan beragama Islam yang berjaya melarikan diri daripada tuan-tuan mereka yang beragama Kristian, dan mencari perlindungan di Granada, seharusnya tidak akan diserahkan; sebaliknya Sultan harus bertanggungjawab untuk membayar harga tawanan itu kepada tuan-tuan mereka.
Bahawa semua mereka yang memilih untuk menyeberang ke Afrika harus dibenarkan untuk berlepas dalam masa tertentu, dan menaiki kapal-kapal raja ke sana, dan tanpa sebarang cukai kewangan dikenakan terhadap mereka melebihi bayaran biasa bagi tambang perjalanan, dan
Bahawa setelah tamatnya tempoh masa tersebut, orang Islam tidak harus dihalang untuk berlepas, menolong dia membayar cukai bagi apa sahaja harta yang dibawanya bersama di samping harga tambang perjalanannya.
Bahawa tiada seorang pun yang akan didakwa dan dihukum kerana jenayah orang lain.
Bahawa orang Kristian yang memeluk agama Muhammad tidak harus dipaksa untuk meninggalkan agama tersebut dan memeluk kembali keyakinan terdahulu mereka.
Bahawa mana-mana orang Islam yang ingin menjadi orang Kristian harus dibenarkan beberapa hari untuk mempertimbangkan langkah yang akan diambilnya; setelah dia disoal oleh hakim dari agama Muhammad dan Kristian berkenaan perubahan yang diingininya, dan jika, setelah pemeriksaan ini, dia masih enggan kembali kepada Islam, dia harus diizinkan untuk mengikuti hasratnya sendiri.
Bahawa orang Islam tidak akan dihukum disebabkan kematian orang Kristian yang terbunuh semasa pengepungan; dan bahawa pengembalian harta benda yang diambil semasa perang ini tidak akan dikuatkuasakan.
Bahawa orang Islam tidak akan diarahkan untuk memberi penginapan kepada tentera Kristian, atau dihantar secara paksa ke wilayah-wilayah dalam kerajaan ini.
Bahawa cukai tambahan tidak akan dinaikkan daripada yang biasa, sebaliknya, semua cukai-cukai yang membebankan yang dikenakan sebelum ini seharusnya ditamatkan serta-merta.
Bahawa orang Kristian tidak dibenarkan untuk mengintai dari tembok, atau ke dalam rumah orang Islam atau masuk ke dalam masjid.
Bahawa setiap orang Islam yang memilih samada untuk berlepas atau tinggal di kalangan orang Kristian mesti dijamin keselamatannya dengan sempurna baik jiwanya mahupun harta bendanya.
Bahawa tiada tanda atau lambang pengenalan akan dikenakan terhadap mereka sebagaimana yang telah dikenakan terhadap orang Yahudi dan Mudejar.
Bahawa tukang azan tidak akan diganggu semasa dia mengalunkan azan memanggil orang supaya bersolat, dan orang Islam tidak akan diserang samada ketika melaksanakan amal ibadat hariannya atau puasanya, atau semasa perayaan-perayaan keagamaan yang lain; tetapi sekiranya orang Kristian dijumpai mengetawa terhadap orang Islam, orang Kristian itu akan dihukum.
Bahawa orang Islam akan dikecualikan dari membayar semua cukai untuk beberapa tahun tertentu.
Bahawa Tuan kota Rom, Pope, harus diminta untuk memberi persetujuannya terhadap syarat-syarat di atas, dan dengan sendiri menandatangani perjanjian ini.