Surat Pangeran Anum kepada Raja Inggeris

Ini surat daripada Pangeran Anum yang mempunyai perintah negeri Banten datang kepada Raja Inggeris. Adapun [kami] Pangeran Anum berkirim surat kepada Raja Inggeris memberi khabar akan Raja Inggeris akan hal Raja Banten sekarang berparang dengan orang Wolanda. Bermula sebab berparang d[engan] Wolanda, bahawa orang Banten datang beniaga daripada negeri Ambon memuat cengkih, m.a—p k.ng.ny oleh Wolanda, akan sekarang tiadalah berputusan bertembak-tembakan antara Ban[ten] [dengan?] Wolanda, dan rakyat Raja Inggeris pun yang bergedung di negeri Banten sama turut di—oleh Wolanda. Karena inilah Pangeran Anum minta bantu kepada Raja Inggeris hendak mengalahkan Wolanda yang ada di negeri Jayakatera; jika alah Wolanda yang ada di negeri Jayakatera ambillah oleh Raja Inggeris. Jika orang Inggeris tiada berani mengalahkan Wolanda yang ada di negeri Jayakatera, Pangeran Anum minta tolong kepada Raja Inggeris bedil dan ubat [d]an punglu saja juga. Insha Allah jika Raja Inggeris membantu senjata dengan selengkapnya kepada Pangeran Anum, dapat Raja Banten—akan gedung dalam negeri Jayakatera itu; adapun jika alah negeri Jayakatera itu seolah-[olah] Raja Inggeris juga mengalahkan dia. Adapun kiriman Pangeran Anum akan Raja Ing[ger]is [ka]sawari dua ekor dan keris bertatah sebilah dan tombak sepucuk, jangan di[aibkan] k—n berkenalan juga adanya.


(Seventeenth-century Indonesian letters in the public record office)