Surat Sultan Selangor kepada Francis Light
Iaitu daripada hadhrat Duli yang Dipertuan yang semayam di atas Bukit Selangor...
Kemudian daripada itu akan hal seperti surat daripada sahabat kita yang tersebutlah di dalamnya jikalau kita masuk bicara raja Acheh jadi susahlah. Segala orang Acheh pun kecil hati kepada kita sekarang. Manalah boleh kita katakan begitu baginya karena dianya punya suka dengan dia punya negeri. Manalah boleh kita orang di sebelah Timur ini ketahui dengan dia punya negeri serta dengan rakyatnya dengan perintahnya sekarang. Jikalau kita merosakkan orang Acheh atau membuat khianat kepadanya bolehlah orang kecil hati kepada kita. Sekarang suatu pun tiada apa perbuatan kita kepada orang-orang Acheh.
Tersurat kepada enam hari bulan Muharram hari Isnin waktu pukul sepuluh siang hari tarikh sanah 1202(H/1787M).
Petikan surat Sultan Selangor kepada Light
suntingMaka adalah kita menyuruhkan Guru Khatib namanya bertiga orang mendapatkan sahabat kita dan jikalau ada mudah-mudahan boleh sahabat kita tolong bicarakan tumpangan kepada kapal karena dianya orang hendak pergi naik haji dengan seboleh-bolehnya sahabat kita tolongkan kepada lebai yang bertiga itu supaya boleh segera ia dapat tumpangan kepada musim ini juga. Jikalau ada kapal Inggeris pergi ke Judah (Jeddah) atau ke Mukha (Mocha) minta tolong menumpangkan dia. Jikalau tiada kapal pergi ke Judah atau ke Mukha meski kapal pergi ke Kucing (Cochin) serta dengan kita minta peliharakan dia kepada sahabat kita baik-baik.
Syahadan.
Hendaklah beri dengan tapak tangan sahabat kita akan jadi tanda barang di mana dia bertemu dengan orang Inggeris dapatlah ditolongnya akan dia daripada sebab dilihatnya tapak tangan sahabat kita supaya jangan dia menawan segenap negeri karena dia kekurangan daripada belanjanya. 1206(H/1791M).