Itulah Sayang

(Dilencongkan daripada Tanya Sama Pokok)
Itulah Sayang (1956)
pengarang Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh (P. Ramlee)

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin nan goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa asal sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Karya ini adalah dalam domain awam di Malaysia kerana:

karya sastera tidak termasuk teks badan berkanun yang bersifat perundangan atau kawal selia secara alami, keputusan kehakiman, ucapan atau perbahasan politik, ucapan dalam prosiding undang-undang, dan terjemahan bahan-bahan yang disebutkan ini.

atau tempoh hak cipta 50 tahun tersebut telah luput untuk:

karya sastera, muzik atau seni dengan pengarang meninggal dunia sebelum tarikh 18 Disember 1974; atau jika tidak diterbitkan sebelum pengarang meninggal dunia, pertama kali diterbitkan sebelum tahun 1974; atau jika diterbitkan tanpa sebarang nama sebenar mahupun nama samaran, pertama kali diterbitkan atau pertama kali disediakan untuk paparan umum (yang terkini antara keduanya), sebelum tahun 1974.
rakaman suara yang mula diterbitkan sebelum tahun 1974; atau jika ia belum diterbitkan maka penetapan sebelum atau pada tahun 1974.
siaran yang mula dilakukan sebelum tahun 1974.
filem yang mula diterbitkan sebelum tahun 1974.

Public domainPublic domainfalsefalse