Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980

Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (1980)
dikarang oleh Parlimen Malaysia
4040Akta Ahli Parlimen (Saraan) 19801980Parlimen Malaysia

Jata Malaysia


UNDANG-UNDANG
MALAYSIA




VERSI ATAS TALIAN TEKS
CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI




Akta 237


AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN)
1980

Sebagaimana pada 1 Ogos 2015

AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980

Tarikh Perkenan Diraja
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
31 Julai 1980
Tarikh penyiaran dalam Warta
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
7 Ogos 1980
Kali terakhir dipinda melalui Akta A1491 yang mula berkuat kuasa pada
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
1 Januari 2015

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 237

AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980


SUSUNAN SEKSYEN


Seksyen
1. Tajuk ringkas
2. Tafsiran
3. Saraan bagi Ahli Parlimen
4. Saraan bagi Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, dsb.
5. Elaun dan keistimewaan lain bagi orang di bawah seksyen 3 dan 4
6. Saraan bagi Anggota Pentadbiran
7. Permulaan gaji dan elaun
8. Pencen dan ganjaran
9. Faedah kemalangan
10. Pengurangan elaun oleh Parlimen
11. Peruntukan bagi mengelakkan pergandaan gaji
12. Wang yang hendak diperuntukkan atau dipertanggungkan
13. Pemansuhan dan kecualian
14. Pemansuhan
JADUAL PERTAMA
JADUAL KEDUA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 237

AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980

Suatu Akta untuk membuat peruntukan mengenai saraan bagi Ahli Parlimen dan mengenai perkara lain yang bersampingan atau berkaitan dengannya.

[1 Julai 1980]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Yang diPertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Tajuk ringkas

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain ─

“Ahli atau Anggota” ertinya Anggota Pentadbiran, Ahli Parlimen, Yang Di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat;

“Ahli Parlimen” ertinya ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat;

“Anggota Pentadbiran” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan tetapi tidaklah termasuk Setiausaha Politik. Saraan bagi Ahli Parlimen

3. (1) Saraan bagi Ahli Parlimen hendaklah berupa―

(a) bagi ahli Dewan Negara, elaun bulanan sebanyak sebelas ribu ringgit;
(b) bagi ahli Dewan Rakyat, elaun bulanan sebanyak enam belas ribu ringgit.

(2) Jika seseorang Ahli Parlimen dilantik sebagai Ketua Pembangkang, dia adalah berhak, selain elaun bulanan yang dinyatakan dalam perenggan 1(b), mendapat elaun bulanan sebanyak tiga ribu lapan ratus empat puluh enam ringgit dan lima puluh sembilan sen.

Saraan bagi Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, dsb.

4. Saraan bagi Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat hendaklah berupa―

(a) bagi Yang di-Pertua Dewan Negara, gaji bulanan sebanyak tiga puluh satu ribu ringgit selain elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai ahli Dewan Negara seperti yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(a);
(b) bagi Yang di-Pertua Dewan Rakyat, gaji bulanan tiga puluh satu ribu ringgit selain elaun bulanan yang kena dibayar kepada ahli Dewan Rakyat seperti yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(b) tidak kira sama ada Yang di-Pertua itu ahli Dewan Rakyat atau tidak;
(c) bagi Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, gaji bulanan sebanyak dua puluh dua ribu ringgit selain elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai ahli Dewan Negara seperti yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(a);
(d) bagi Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, gaji bulanan sebanyak dua puluh dua ribu ringgit selain elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai ahli Dewan Rakyat seperti yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(b).

Elaun dan keistimewaan lain bagi orang di bawah seksyen 3 dan 4

5. Selain elaun yang kena dibayar di bawah seksyen 3 dan gaji dan elaun yang kena dibayar di bawah seksyen 4, orang yang dinyatakan dalam seksyen itu adalah juga berhak mendapat apa-apa elaun dan keistimewaan lain mengikut apa-apa kadar dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong; dan arahan sedemikian itu hendaklah dibentangkan di hadapan tiap-tiap satu Majlis Parlimen.

Saraan bagi Anggota Pentadbiran

6. (1) Saraan bagi Anggota Pentadbiran hendaklah berupa―

(a) bagi Perdana Menteri, gaji bulanan sebanyak dua puluh dua ribu lapan ratus dua puluh enam ringgit dan enam puluh lima sen;
(b) bagi Timbalan Perdana Menteri, gaji bulanan sebanyak lapan belas ribu satu ratus enam puluh lapan ringgit dan lima belas sen;
(c) bagi Menteri, gaji bulanan sebanyak empat belas ribu sembilan ratus tujuh ringgit dan dua puluh sen;
(d) bagi Timbalan Menteri, gaji bulanan sebanyak sepuluh ribu lapan ratus empat puluh tujuh ringgit dan enam puluh lima sen;
(e) bagi Setiausaha Parlimen, gaji bulanan sebanyak tujuh ribu satu ratus lapan puluh tujuh ringgit dan empat puluh sen.


(2) (a) Jika seseorang Anggota Pentadbiran ialah ahli Dewan Negara, dia adalah berhak, selain gaji yang dinyatakan dalam subseksyen (1), mendapat elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai ahli Dewan Negara seperti yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(a).

(b) Jika seseorang Anggota Pentadbiran ialah ahli Dewan Rakyat, dia adalah berhak, selain gaji yang dinyatakan dalam subseksyen (1), mendapat elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai ahli Dewan Rakyat seperti yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(b).

(3) Jika seseorang Anggota Pentadbiran dilantik sebagai Ketua Dewan Rakyat, dia adalah berhak, selain gaji yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan elaun bulanan yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(b), mendapat elaun bulanan sebanyak tiga ribu lapan ratus empat puluh enam ringgit dan lima puluh sembilan sen.

(4) Jika seseorang Anggota Pentadbiran dilantik sebagai Timbalan Ketua Dewan Rakyat, dia adalah berhak, selain gaji yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan elaun bulanan yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(b), mendapat elaun bulanan sebanyak satu ribu sembilan ratus lapan puluh tiga ringgit dan sembilan belas sen.

(5) Anggota Pentadbiran adalah juga berhak mendapat apa-apa elaun dan keistimewaan lain mengikut apa-apa kadar dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana ditentukan oleh Jemaah Menteri dari semasa ke semasa.

Permulaan gaji dan elaun

7. Semua gaji dan elaun bulanan yang dinyatakan dalam subseksyen 3(1) dan (2), seksyen 4 dan subseksyen 6(1), (2), (3) dan (4) dan yang kena dibayar hendaklah―

(a) bermula dari tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini, atau dari tarikh pelantikan atau pilihan, yang mana terkemudian, Ahli Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua atau Timbalan yang di-Pertua Dewan Rakyat, Anggota Pentadbiran, Ketua atau Timbalan Ketua Dewan Rakyat atau Ketua Pembangkang, mengikut mana yang berkenaan;
(b) berakru dari hari ke hari dan kena dibayar pada hari terakhir dalam tiap-tiap bulan atau mana-mana hari lain dalam bulan yang berkenaan sebagaimana ditetapkan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa.

Pencen dan Ganjaran

8. Seseorang Ahli atau Anggota adalah berhak mendapat apa-apa pencen, ganjaran dan faedah lain sebagaimana ditetapkan dalam Jadual Pertama.

Faedah kemalangan

9. Seseorang Ahli atau Anggota adalah berhak mendapat apa-apa faedah kemalangan sebagaimana ditetapkan dalam Jadual Kedua.

Pengurangan elaun oleh Parlimen

10. Amaun yang dinyatakan dalam atau di bawah Akta ini sebagai amaun bagi apa-apa gaji, elaun atau faedah yang kena dibayar daripada wang diperuntukkan oleh Parlimen dan tidak dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan hendaklah dianggap sebagai amaun maksimum yang boleh dibayar secara itu, dan walau apa pun peruntukan Akta ini atau peruntukan yang dibuat di bawahnya tentang amaun itu, gaji, elaun dan faedah yang kena dibayar dalam sesuatu bulan bagi sesuatu jawatan boleh kurang amaunnya daripada amaun yang dinyatakan atau ditetapkan itu. Peruntukan bagi mengelakkan pergandaan gaji

11. Melainkan jika diperuntukkan selainnya, seseorang Ahli atau Anggota yang kepadanya apa-apa gaji kena dibayar di bawah Akta ini adalah berhak menerima hanya gaji dan elaun itu sahaja tetapi jika ia pemegang dua jawatan atau lebih yang baginya gaji dan elaun kena dibayar di bawah Akta ini dan ada perbezaan tentang gaji dan elaun yang kena dibayar bagi jawatan-jawatan itu, maka jawatan yang baginya elaun dan gaji itu kena dibayar ialah jawatan yang baginya gaji tertinggi sekali kena dibayar.

Wang yang hendak diperuntukkan atau dipertanggungkan

12. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3) gaji, elaun dan faedah yang kena dibayar di bawah Akta ini hendaklah dibayar daripada wang yang diperuntukkan oleh Parlimen.

(2) Saraan bagi Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan.

(3) Pencen dan ganjaran yang kena dibayar di bawah peruntukan Jadual Pertama hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan.

Pemansuhan dan kecualian

13. Akta (Pencen dan Ganjaran) Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen 1971 [Akta 23] adalah dimansuhkan:

Dengan syarat bahawa jika seseorang atau orang tanggungannya telah menerima pencen atau pencen terbitan, mengikut mana yang berkenaan, di bawah peruntukan Akta ini, maka pencen atau pencen terbitan itu hendaklah dihitung semula di bawah perenggan 20 Jadual Pertama dan hendaklah terus kena dibayar di bawah peruntukan Jadual itu. Pemansuhan

14. Undang-undang yang berikut adalah dimansuhkan─

(a) Ordinan Menteri (Saraan) 1957 [Ord 63 tahun 1957];
(b) Akta Yang di-Pertua Dewan Negara (Saraan) 1960 [Akta 2 tahun 1960];
(c) Akta Parlimen (Saraan Ahli) 1960 [Akta 4 tahun 1960];
(d) Akta Timbalan Menteri 1960 [Akta 5 tahun 1960];
(e) Akta Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Saraan) 1960 [Akta 7 tahun 1960];
(f) Akta Setiausaha Parlimen (Saraan) 1965 [Akta 32 tahun 1965];

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 8, 10, 12 dan 13]

Tafsiran

1. Dalam Jadual ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―

“Ahli atau Anggota” ertinya Anggota Pentadbiran sebagaimana ditakrifkan dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan dan termasuk anggota mana-mana satu Majlis Parlimen, Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang bukan Ahli Majlis itu tetapi tidaklah termasuk Setiausaha Politik yang bukan Ahli Parlimen dan juga tidaklah termasuk Anggota Pentadbiran sesuatu Negeri;

“anak” ertinya anak seseorang Ahli atau Anggota yang mati yang di bawah umur dua puluh satu tahun dan termasuklah―

(i) anak yang lahir selepas kematian bapanya, anak tiri tanggungan atau anak tidak sah taraf;
(ii) anak yang diambil sebagai anak angkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis, adat atau kelaziman sebelum kematian Ahli atau Anggota itu; dan
(iii) anak yang diambil sebagai anak angkat sebelum kematian Ahli atau Anggota yang menganuti agama Islam sama ada di bawah mana-mana undang-undang bertulis, adat atau kelaziman atau selainnya;

“gaji” ―

(a) berhubung dengan Ahli Parlimen, ertinya elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya di bawah subseksyen 3(1);
(b) berhubung dengan Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara atau Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, ertinya jumlah gaji bulanan dan elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya di bawah seksyen 4;
(c) berhubung dengan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen, ertinya jumlah gaji bulanan dan elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya di bawah subseksyen 6(1) dan (2);

“perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ertinya tempoh mengikut bulan, semasa seseorang itu menjadi Ahli atau Anggota sama ada terus-menerus atau bagi dua tempoh atau lebih yang berasingan; dan bagi maksud menghitung lamanya perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi seseorang Ahli atau Anggota, semua tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira hendaklah diagregatkan.

Pencen bagi Ahli atau Anggota

2. (1) Seseorang yang berhenti menjadi Ahli atau Anggota boleh diberi pencen jika dia telah menyempurnakan tiga puluh enam bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira:

Dengan syarat bahawa jika seseorang yang menjadi Ahli atau Anggota untuk pertama kalinya pada atau selepas 1 Julai 1990 berhenti menjadi Ahli atau Anggota apabila menyempurnakan tiga puluh enam bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira tetapi masih belum mencapai umur lima puluh tahun pada tarikh dia berhenti menjadi Ahli atau Anggota, dia boleh diberi pencen hanya apabila dia kemudiannya mencapai umur lima puluh tahun.

(2) Pencen bulanan yang kena dibayar di bawah subperenggan (1) hendaklah dihitung mengikut formula yang berikut:

1/144 x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x gaji, tertakluk kepada maksimum sebanyak tiga per lima daripada gaji:

Dengan syarat bahawa pencen yang kena dibayar di bawah perenggan ini hendaklah atas asas gaji sehabis tinggi yang diterima oleh Ahli atau Anggota dalam apa jua tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.

Dengan syarat selanjutnya bahawa apa-apa perkhidmatan yang boleh dimasuk kira dalam hal seseorang yang berhenti menjadi Ahli atau Anggota sama ada disebabkan kematian atau terbubarnya Parlimen atau disebabkan hilang kelayakan di bawah perenggan (a) Fasal (1) Perkara 48 Perlembagaan hendaklah, jika ia kurang daripada tiga puluh enam bulan, disifatkan sebagai tiga puluh enam bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.

(2A) Dalam hal seseorang yang menjadi Ahli atau Anggota untuk pertama kalinya pada atau selepas 1 Julai 1990 tetapi masih belum mencapai umur lima puluh tahun pada tarikh dia berhenti menjadi seorang Ahli atau Anggota, gaji yang pencen akan diberi di bawah subperenggan (2) hendaklah gaji akhir yang telah disemak sebelum pencen itu diberi kepadanya.

(3) Pencen yang diberi di bawah perenggan ini hendaklah diteruskan selama hayat orang yang kepadanya pencen itu kena dibayar tetapi tidaklah boleh dibayar bagi apa-apa tempoh dia menjadi Ahli atau Anggota lagi dan menerima gaji bagi jawatan itu: Dengan syarat bahawa tempoh itu, tertakluk kepada subperenggan (1) dan (2), hendaklah diambil kira untuk menghitung pencen yang kena dibayar apabila dia sekali lagi berhenti menjadi Ahli atau Anggota.

(4) Dalam hal seseorang yang telah menjadi Ahli atau Anggota pada bila-bila masa pada atau selepas 31 Ogos 1957 dan masih hidup lagi, dia boleh diberi pencen di bawah subperenggan (1) dan (2) dari tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini berasaskan gajinya yang diselaraskan dengan gaji Ahli atau Anggota sebagaimana sesuai dan mengikut peruntukan Jadual ini.

Peruntukan khas bagi Menteri, dsb., yang menjadi “back bencher”, dsb.

3. (1) Walau apa pun peruntukan subperenggan 2(3), seseorang Ahli atau Anggota yang tidak memegang jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara atau Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, boleh dibayar pencen di bawah perenggan 2 jika dahulunya dia pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, atau Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat selama apa jua tempoh:

Dengan syarat bahawa jika dia terhenti menjadi Ahli atau Anggota dan pencen yang diterimanya kurang daripada pencen maksimum yang kena dibayar di bawah subperenggan 2(2), maka pencen itu bolehlah dihitung semula atas asas gaji yang diterimanya sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, atau Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan atas perkhidmatan yang boleh dimasuk kira yang hendaklah termasuk sekian lama tempoh dia berkhidmat sebagai Ahli atau Anggota, selain sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, supaya dia boleh menerima pencen sehabis maksimum yang mungkin kena dibayar di bawah subperenggan 2(2).

(2) Walau apa pun peruntukan subperenggan 2(2) −

(a) dalam hal seseorang yang telah memegang jawatan Perdana Menteri dan jika tempoh perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira ialah tiga puluh enam bulan atau kurang, pencen bulanan yang kena dibayar di bawah subperenggan 2(2) adalah suatu jumlah wang yang dikira berdasarkan tiga puluh enam bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira atau tiga ribu ringgit, mengikut mana yang lebih besar; dan
(b) dalam hal seseorang yang telah memegang jawatan Perdana Menteri dan jika tempoh perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira lebih daripada tiga puluh enam bulan tetapi pencen yang kena dibayar di bawah subperenggan 2(2) adalah kurang daripada tiga ribu ringgit, maka pencen bulanan yang kena dibayar ialah tiga ribu ringgit.

Ganjaran bagi Ahli atau Anggota

4. (1) Seseorang yang terhenti menjadi Ahli atau Anggota boleh diberi ganjaran yang dihitung mengikut formula yang berikut:

1/48 x gaji x 12 x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.

(2) Walau apa pun subperenggan (1), Ahli atau Anggota yang terhenti memegang jawatan Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, atau Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, tetapi terus menjadi Ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat boleh dibayar ganjaran yang dihitung di bawah subperenggan (1).

(3) Walau apa pun subperenggan (1) dan tertakluk kepada subsubperenggan (4)(a), Anggota Pentadbiran yang terhenti memegang jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen dan

(a) terus menjadi ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat; atau
(b) terhenti menjadi ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat,

boleh diberi ganjaran yang dihitung di bawah subperenggan (1).

(4) Bagi maksud menghitung ganjaran di bawah subperenggan (1) −

(a) jika suatu ganjaran kena dibayar kepada seseorang Anggota Pentadbiran di bawah subperenggan (3), “tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ialah tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sebagai Ahli atau Anggota setakat tujuh puluh dua bulan dan jika tempoh itu melebihi tujuh puluh dua bulan, hanya apa-apa tempoh perkhidmatan sebagai Anggota Pentadbiran sahaja hendaklah dimasuk kira; dan
(b) jika suatu ganjaran kena dibayar kepada seseorang Ahli atau Anggota yang bukan Anggota Pentadbiran, “tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ialah apa-apa tempoh perkhidmatan yang tidak serentak dengan tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira yang ganjaran itu telah dihitung tertakluk kepada subperenggan (a).

(5) Apa-apa ganjaran yang telah dibayar kepada Anggota Pentadbiran yang ialah Ahli Dewan Rakyat apabila terbubarnya Parlimen hendaklah dipotong daripada ganjaran yang kena dibayar di bawah subperenggan (1).

(6) Ganjaran yang kena dibayar di bawah subperenggan (1) hendaklah berasaskan gaji tertinggi yang didapati oleh Ahli atau Anggota dalam tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sebagaimana yang ditentukan di bawah subperenggan (4).

(7) Apa-apa ganjaran atau award tunai yang telah dibayar kepada Ahli atau Anggota berkenaan dengan apa-apa tempoh perkhidmatan yang dimasuk kira yang ditentukan di bawah subperenggan (4) hendaklah dipotong daripada ganjaran yang kena dibayar di bawah subperenggan (1).

Pencen terbitan atau ganjaran terbitan jika Ahli atau Anggota mati semasa menjadi Ahli atau Anggota

5. (1) Jika seseorang Ahli atau Anggota mati dan layak menerima pencen di bawah perenggan 2 dan ganjaran di bawah perenggan 4, Yang di-Pertuan Agong boleh, di bawah perenggan 8, memberi kepada orang tanggungannya pencen terbitan dan ganjaran terbitan atau ganjaran terbitan sahaja.

(2) Tertakluk kepada perenggan 3, pencen terbitan dan ganjaran terbitan yang kena dibayar di bawah subperenggan (1) hendaklah dihitung mengikut cara yang sama seperti penghitungan pencen di bawah subperenggan 2(2) dan penghitungan ganjaran di bawah perenggan 4.

(3) Tertakluk kepada perenggan 10, pencen terbitan yang diberikan di bawah subperenggan (2) hendaklah dibayar dari tarikh sebaik selepas tarikh kematian Ahli atau Anggota itu.

(4) Dalam hal seseorang yang telah menjadi Ahli atau Anggota pada bila-bila masa pada atau selepas 31 Ogos 1957 dan telah mati dan meninggalkan orang tanggungan dalam erti perenggan 8, orang tanggungan itu boleh, dari tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini, jika mereka tidak menjadi tidak layak di bawah perenggan 10 mulai tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini, diberi pencen terbitan di bawah perenggan 5 atau 6, mengikut mana yang berkenaan, berasaskan gaji orang itu yang diselaraskan dengan gaji Ahli atau Anggota sebagaimana sesuai mengikut peruntukan Jadual ini.

Pencen terbitan jika seseorang mati selepas terhenti menjadi Ahli atau Anggota

6. (1) Tertakluk kepada perenggan 10, mulai 1 Januari 2009, jika seseorang Ahli atau Anggota mati selepas terhenti menjadi Ahli atau Anggota, orang tanggungannya boleh diberi pencen terbitan sebanyak amaun yang sama dengan pencen yang dibayar atau kena dibayar kepadanya. (2) Subperenggan (1) juga terpakai bagi orang tanggungan yang menerima pencen terbitan sebelum 1 Januari 2009.

7. (Dipotong oleh P.U. (A) 38/2015)

Orang tanggungan yang layak menerima pencen terbitan dan ganjaran terbitan

8. (1) Pencen terbitan boleh diberi kepada balu atau duda dan anak Ahli atau Anggota yang mati.

(2) Ganjaran terbitan boleh diberi kepada―

(a) orang yang dinyatakan di bawah subperenggan (1); dan
(b) ibu atau bapa tanggungan Ahli atau Anggota yang mati.

(3) Jika tidak ada orang di bawah subperenggan (1) dan (2), ganjaran terbitan sahaja boleh diberi kepada waris kadim kepada Ahli atau Anggota yang mati itu.

(4) Walau apa pun subperenggan (1), jika seseorang balu atau duda berkahwin dengan seseorang Ahli atau Anggota pada bila-bila masa dalam tempoh dua puluh tahun dari tarikh akhir sekali Ahli atau Anggota itu terhenti, balu atau duda itu hanya berhak mendapat pencen terbitan sahaja di bawah perenggan 6 bagi baki tempoh dua puluh tahun itu dan tidaklah berhak mendapat pencen terbitan selepas daripada itu.

(5) Walau apa pun baki tempoh dua puluh tahun yang disebut dalam subperenggan (4), pencen terbitan itu hendaklah hanya dikira dan dibayar mulai 1 Januari 2012.

Pembahagian pencen terbitan atau ganjaran terbitan

9. (1) Pencen terbitan atau ganjaran terbitan boleh dibayar kepada orang di bawah subperenggan 8 (1) dan (2) mengikut apa-apa bahagian sebagaimana difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong dan pencen terbitan itu boleh dibahagikan semula bila-bila masa sahaja salah seorang daripada orang itu mati atau berhenti daripada berkelayakan mendapat bayaran itu.

(2) Jika pencen terbitan dibayar kepada mana-mana orang yang layak di bawah subperenggan 8(1), dan kemudiannya seorang atau lebih orang yang layak membuat tuntutan untuk pencen terbitan tersebut, tarikh bagi pembahagian semula pencen terbitan tersebut ialah satu bulan dari tarikh tuntutan itu dibuat dan apa-apa bayaran yang telah dibuat sebelum tarikh pembahagian semula hendaklah disifatkan menjadi sah dan dibuat oleh Kerajaan dengan sempurna. Terhentinya pencen terbitan

10. Pencen terbitan yang diberi di bawah Jadual ini hendaklah terhenti, jika penerimanya─

(a) (Dipotong oleh P.U.(A)159/2003);
(b) seorang anak, apabila dia berkahwin;
(c) seorang anak, yang apabila atau selepas mencapai umur dua puluh satu tahun berhenti daripada berkeadaan cacat otak atau hilang upaya jasmani dan secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri; atau
(d) seorang anak, yang apabila atau selepas mencapai umur dua puluh satu tahun berhenti mendapat didikan di suatu institusi pelajaran tinggi tetapi tidak melampaui pelajaran yang menuju ke arah ijazah pertama.

Bayaran sementara jika amaun pencen, dsb. belum lagi ditentukan

11. Jika seseorang Ahli atau Anggota atau orang tanggungannya layak mendapat pencen atau ganjaran di bawah Jadual ini tetapi amaun pencen atau ganjaran itu belum lagi ditentukan sesudah sahaja dia berhenti menjadi Ahli atau Anggota atau apabila dia mati, Yang di-Pertuan Agong boleh membenarkan bayaran sementara dibuat kepada Ahli atau Anggota itu atau orang tanggungannya sementara menanti penentuan itu.

Bayaran pencen

12. Pencen yang diberi di bawah Jadual ini boleh dibayar secara bulanan pada akhir setiap bulan yang pencen itu sampai masanya dibayar atau mengikut apa-apa lat tempoh lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong sama ada secara umum atau dalam sesuatu kes yang tertentu.

Pencen, dsb. tidak boleh diserah hak

13. Pencen atau ganjaran yang diberi di bawah Jadual ini tidak boleh diserah hak atau dipindah milik atau ditahan, diasingkan atau dilevi mengenai sesuatu tuntutan kecuali bagi maksud ─

(a) menjelaskan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan, Kerajaan sesuatu Negeri atau sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan; atau
(b) menunaikan perintah Mahkamah supaya dibayar jumlah wang berkala untuk nafkah bagi isteri atau bekas isteri atau anak orang yang berhenti menjadi Ahli atau Anggota dan yang kepadanya telah diberi pencen atau ganjaran itu.

Pencen atau ganjaran tidak boleh dibayar dalam hal keadaan tertentu

14. (1) Tiada apa-apa pencen atau ganjaran boleh diberi di bawah Jadual ini kepada mana-mana orang yang hilang kelayakan daripada menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen dalam hal keadaan yang diperihalkan dalam perenggan (e) atau (f) Fasal (1) Perkara 48 Perlembagaan.

(2) Jika seseorang yang telah diberi pencen di bawah Jadual ini telah hilang kelayakan daripada menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen dalam hal keadaan yang diperihalkan dalam subperenggan (1), pencen itu hendaklah terhenti dengan serta merta:

Dengan syarat bahawa pencen itu hendaklah dipulihkan semula dengan kuat kuasa kebelakang bagi seseorang yang hilang kelayakannya di bawah perenggan (e) Fasal (1) Perkara 48 Perlembagaan telah dihapuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pembayaran tanpa pemberian probet atau surat mentadbir pesaka

15. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang yang kepadanya apa-apa pembayaran boleh dibuat di bawah Jadual ini mati sebelum pembayaran itu dibuat dan amaun itu masih belum dibayar, maka amaun yang belum dibayar itu boleh dibayar kepada orang tanggungannya tanpa ada pemberian probet atau surat mentadbir pesaka berkenaan dengan harta pesakanya.

(2) Bagi maksud perenggan ini, “belum dibayar” ertinya belum dibayar oleh Kerajaan atau belum dikeluarkan oleh orang itu.

Perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi orang tertentu

16. (1) Jika seseorang telah menjadi Ahli atau Anggota sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, mana-mana tempoh, terus-menerus atau tidak, sebelum tarikh itu tetapi tidak lebih awal daripada 31 Ogos 1957 bolehlah diambil kira bagi maksud menghitung lamanya perkhidmatan yang boleh dimasuk kira baginya.

(1A) Bagi maksud subperenggan (1), tempoh perkhidmatan seseorang Ahli atau Anggota dalam Majlis Perundangan Persekutuan hendaklah diambil kira. (2) Seseorang yang telah menjadi Setiausaha Politik bagi apa-apa tempoh dan sepanjang tempoh itu tidak serentak menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hendaklah, terhenti menerima pencen yang kena dibayar kepadanya oleh sebab dia pernah menjadi Setiausaha Politik semasa dia menjadi ahli, tetapi tempoh perkhidmatan sebagai Setiausaha Politik bolehlah diambil kira bagi maksud menghitung lamanya perkhidmatan yang boleh dimasuk kira baginya untuk pencen dan ganjaran di bawah Jadual ini.

Perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi tempoh dalam Dewan Undangan, dsb.

17. (1) Tertakhluk kepada subperenggan (2), jika seseorang sebelum menjadi Ahli atau Anggota telah menjadi ahli Dewan Undangan atau Council Negeri sesuatu Negeri, tempoh, terus-menerus atau tidak, sepanjang mana dia telah menjadi ahli Dewan Undangan atau Council Negeri bolehlah diambil kira bagi maksud menghitung lamanya perkhidmatan yang boleh dimasuk kira baginya.

(2) Tiada apa-apa tempoh di bawah subperenggan (1) boleh diambil kira bagi maksud Jadual ini jika seseorang Ahli atau Anggota telah hilang kelayakan daripada menjadi ahli Dewan Undangan atau Council Negeri atau jika dia telah diberi kedua-duanya pencen dan ganjarannya bagi tempoh itu di bawah mana-mana undang-undang mengenai pencen dan ganjaran bagi Anggota Pentadbiran sesuatu Negeri dan ahli Dewan Undangan atau Council Negeri sesuatu Negeri.

Kemudahan perubatan

18. Seseorang yang terhenti menjadi Ahli atau Anggota dan yang layak menerima pencen di bawah perenggan 2, atau orang tanggungannya, adalah berhak mendapat apa-apa kemudahan perubatan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana ditentukan oleh Jemaah Menteri dari semasa ke semasa.

Peraturan-peraturan

19. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh membuat peraturan-peraturan untuk menjalankan dengan lebih baik lagi Jadual ini.

(2) Tanpa menyentuh keluasan subperenggan (1) ─

(a) jika seseorang atau Ahli atau Anggota, sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, telah mendapat apa-apa hak atau keistimewaan berhubung dengan pencen atau ganjaran di bawah undang-undang yang dimansuhkan di bawah seksyen 13 dan tidak ada peruntukan dalam Jadual ini untuk membicarakan hak atau keistimewaan itu, peraturanperatuan itu boleh membuat peruntukan supaya hak atau keistimewaan itu diteruskan dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agung;
(b) jika hasil daripada pelaksanaan peruntukan Jadual ini suatu keadaan timbul yang melibatkan penentuan sama ada sesuatu hak atau keistimewaan berhubung dengan pencen atau pencen terbitan patut, jika diberi pertimbangan terhadap prinsip-prinsip yang menjadi asas peruntukan Jadual ini, terakru kepada seseorang yang telah berhenti menjadi Ahli atau Anggota dalam tempoh dari 31 Ogos 1957 hingga tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini atau kepada orang tanggungan orang itu, dan keadilan serta ekuiti menghendaki keadaan itu diselesaikan, peraturan-peraturan itu boleh membuat peruntukan supaya sesuatu hak atau keistimewaan diberi kepada orang itu atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong.

Meminda Jadual melalui perintah

19A. Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah meminda Jadual ini jika pada pendapatnya adalah perlu dan mustahak untuk berbuat demikian, dan apa-apa pindaan yang dibuat sedemikian hendaklah mempunyai kesan seolah-olah diperbuat dalam Jadual ini.

Perwakilan kuasa

19B. Apa-apa kuasa yang diberi kepada, atau kewajiban yang dikenakan ke atas, Yang di-Pertuan Agong oleh Jadual ini, kecuali kuasa yang diberi oleh perenggan 19 dan 19A, boleh dijalankan atau dilaksanakan oleh Perdana Menteri atau seseorang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Perdana Menteri.

Penghitungan semula pencen dan pencen terbitan

20. (1) Apa-apa pencen yang diberikan di bawah perenggan 2 atau pencen terbitan yang diberikan di bawah perenggan 5 atau 6 hendaklah diselaraskan setiap tahun dengan kenaikan sebanyak dua peratus dan hendaklah dibayar mulai Januari setiap tahun.

(2) Tertakluk kepada subperenggan (1), jika Ahli atau Anggota diberi pencen hanya apabila mencapai umur lima puluh tahun oleh sebab beliau telah menjadi Ahli untuk pertama kalinya pada atau selepas 1Julai 1990 dan terhenti menjadi Ahli atau Anggota apabila menyempurnakan tiga puluh enam bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira tetapi masih belum mencapai umur lima puluh tahun pada tarikh dia terhenti menjadi Ahli atau Anggota, pencennya hendaklah diselaraskan dengan kenaikan sebanyak dua peratus bermula dari tahun kedua dia diberi pencen itu. (3) Pencen yang telah diselaraskan di bawah subperenggan (1) hendaklah kena dibayar mulai 1 Januari 2014.

(4) Pencen atau pencen terbitan yang diberi kepada –

(a) orang yang terhenti menjadi Ahli atau Anggota; atau
(b) orang tanggungan kepada Ahli atau Anggota yang mati itu,

sebelum 1 Januari 2014, hendaklah terlebih dahulu diselaraskan mengikut peruntukan Jadual Pertama Akta hingga 31 Disember 2013 seolah-olah Jadual Pertama tidak dipinda oleh Perintah ini, sebelum penyelarasan semula pencen atau pencen terbitan itu dibuat mengikut subperenggan (1).

(5) Apa-apa pencen atau pencen terbitan yang telah diselaraskan menurut subperenggan (4) hendaklah dikira semula mengikut subperenggan (1) dan hendaklah kena dibayar mulai 1 Januari 2014.

(6) Peruntukan subperenggan (4) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi pencen yang kena dibayar di bawah subperenggan 2(b) Akta Pencen Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1971 [Akta 22] seolah-olah ia suatu pencen yang dibayar di bawah Jadual ini dan perenggan 5 dan 6, mengikut man-mana yang berkenaan, hendaklah terpakai.

Faedah bagi bekas Perdana Menteri

21. (1) Seseorang yang terhenti memegang jawatan jawatan Perdana Menteri, atau seseorang yang dahulunya telah memegang jawatan Perdana Menteri sebelum tarikh Akta ini berkuat kuasa, adalah berhak mendapat apa-apa elaun dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Jemaah Menteri dari semasa ke semasa.

(2) Ketetapan oleh Jemaah Menteri menurut subperenggan (1) hendaklah dipakai mutatis mutandis kepada elaun, faedah dan keisitimewaan yang kena dibayar atau yang diberi menurut subperenggan 2(c),(d) dan (e) Akta Pencen Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1971 seolah-oleh ia diberi di bawah subperenggan (1).

22. (Dipotong oleh P.U.(A) 38/2015)


JADUAL KEDUA

[Seksyen 9, 10 dan 12]

1. Jika kematian atau hilang upaya kekal disebabkan oleh bencana yang ditanggung dalam kemalangan sebagaimana dinyatakan dalam ruang I oleh Ahli atau Anggota yang dinyatakan dalam ruang II, faedah yang kena dibayar ialah faedah yang dinyatakan di bawah ruang kecil yang berkenaan kecuali dalam hal kematian yang berakibat daripada bencana yang ditanggung dalam kemalangan, maka masing-masing orang tanggungan atau waris kadim bagi Ahli atau Anggota yang mati yang dinyatakan itu adalah berhak mendapat faedah itu.

2. Faedah kematian yang diberi di bawah butiran A hendaklah dibayar kepada orang tanggungan Ahli atau Anggota yang mati yang dinyatakan dalam subperenggan 8(2) Jadual Pertama atau, jika tidak ada orang tanggungan sedemikian, kepada waris kadim kepada Ahli dan Anggota yang mati itu. Faedah kematian yang diberi kepada orang tanggungan hendaklah dibahagikan mengikut apa-apa bahagian sebagaimana yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong.

3. Jika seseorang Ahli atau Anggota atau orang tanggungannya atau waris kadim berhak mendapat mendapat faedah kemalangan yang serupa dengan faedah yang diperuntukkan dalam Jadual ini di bawah mana-mana skim yang dikendalikan oleh Kerajaan sesuatu Negeri atau di bawah mana-mana undang-undang Negeri, Ahli atau Anggota itu atau orang tanggungannya atau waris kadim adalah berhak mengikut pilihan mereka faedah di bawah Jadual ini atau di bawah skim itu.


RUANG I RUANG II

FAEDAH KENA DIBAYAR

Akibat Bencana Ahli Parlimen, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Timbalan Menteri Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Menteri Setiausaha Parlimen

RM

RM

RM

RM

RM

A. Jika kematian disebabkan oleh bencana yang ditanggung dalam kemalangan … … … … … 60,000 250,000 750,000 500,000 150,000
B. Jika hilang upaya kekal disebabkan oleh bencana yang ditanggung dalam kemalangan dan hilang upaya itu berlaku dalam tempoh dua belas bulan kalendar dari kemalangan tersebut, maka hendaklah dibayar kepada Ahli atau Anggota itu salah satu daripada faedah yang berikut:

(i) jika bencana itu mengakibatkan kehilangan dua anggota atau lebih dengan cara sebenarnya terpisah di pergelangan atau di sebelah atas pergelangan tangan atau kaki atau kehilangan semuanya penglihatan kedua-dua mata tanpa boleh dipulihkan atau kehilangan satu anggota disertai dengan kehilangan satu mata … …

120,000 500,000 1,500,000 1,000,000 300,000

(ii) jika bencana itu mengakibatkan kehilangan satu anggota dengan cara sebenarnya terpisah di pergelangan atau sebelah atas pergelangan tangan atau kaki atau kehilangan semuanya penglihatan satu mata tanpa boleh dipulihkan … … … … … … …

C. Jika bencana mengakibatkan hilang upaya kekal selain hilang upaya yang dinyatakan dalam perenggan B di atas―

(i) dalam hal kehilangan upayaan yang sama sekali menghalang Ahli atau Anggota itu daripada melibatkan diri atau memberi perhatian terhadap apa-apa profesion atau pekerjaan … …

60,000 250,000 750,000 500,000 150,000

(ii) dalam hal kehilangupayaan yang sebahagian sahaja yang menghalang Ahli atau Anggota itu daripada melibatkan diri atau memberi perhatian terhadap apa-apa profesion atau pekerjaan, sejumlah wang yang didapati dengan mendarabkan jumlah wang tersebut yang dinyatakan dalam subperenggan (i), mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan peratusan darjah hilang upaya yang akan ditentukan oleh Lembaga Perubatan yang dilantik oleh Kerajaan … … … mengikut hitungan mengikut hitungan mengikut hitungan mengikut hitungan mengikut hitungan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 237

AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN)
AKTA 1980

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari
Akta A504 Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) Akta 1981 01-07-1980
P.U. (A) 188/1981 Perintah Ahli Parlimen (Pengubahsuaian Pencen dan Ganjaran) 1981 01-07-1980
P.U. (A) 216/1981 Perintah Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan bagi Jadual Pertama) 1981 09-06-1981
Akta A594 Perintah Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) Akta 1981 29-06-1984
P.U. (A) 342/1984 Perintah Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan Jadual Pertama) 1984 29-06-1984
P.U. (A) 159/1990 Perintah Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan Jadual Pertama) 1990 29-06-1990
Akta A819 Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) Akta 1992 s.2(1): 01-01-1989

s.3(1): 01-01-1992

Akta A821 Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) (No. 2) Akta 1992 01-01-1992

P.U. (A) 128/1996 Perintah Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan Jadual Pertama) 1996 05-04-1995
Akta A984 Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 1997 01-01-1995
Akta A1003 Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 1997 01-11-1996
P.U. (A) 410/2000 Perintah Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan Jadual Pertama) 2000 05-04-1995
Akta A1097 Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2001 01-01-2000
Akta A1133 Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) (No. 2) 2001 01-01-2001
Akta A1173 Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2002 01-01-2002
P.U. (A) 150/2003 Perintah Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan Jadual Pertama) 2003 05-04-1995
P.U. (A) 159/2003 Perintah Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan Jadual Pertama) (No. 2) 2003 01-01-2002
P.U. (A) 236/2003 Perintah Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan Jadual Pertama) (No. 3) 2003 09-04-2003
Akta A1244 Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005 01-01-2004
Akta A1325 Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2007 01-01-2007

P.U. (A) 381/2010 Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 Pembetulan 27-08-2010
[1]P.U. (A) 38/2015 Perintah Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan Jadual Pertama) 2015 28-09-2001 subperenggan 2(a) and (j);

01-01-2009; subperenggan 2(b), (c), (d) dan (e);
01-01-2013 subperenggan 2(f) and (g);
01-01-2014 subperenggan 2(i)

Akta A1491 Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2015 01-01-2015

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 237

AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN)
AKTA 1980

SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
2 Akta A594

Akta A1133

29-06-1984

01-01-2001

3 Akta A819


Akta A821
Akta A984
Akta A1097
Akta A1173
Akta A1244
Akta A1491

01-01-1989

01-01-1992
01-01-1992
01-01-1995
01-01-2000
01-01-2002
01-01-2004
01-01-2015

4 Akta A504

Akta A594
Akat A819

Akta A984
Akta A1003
Akta A1097
Akta A1133
Akta A1173
Akta A1244
Akta A1325
Akta A1491

01-07-1980

29-06-1984
01-01-1989
01-01-1992
01-01-1995
01-11-1996
01-01-2000
01-01-2001
01-01-2002
01-01-2004
01-01-2007
01-01-2015

6 Akta A819


Akta A984
Akta A1097
Akta A1173
Akta A1244
P.U.(B) 381/2010

01-01-1989

01-01-1992
01-01-1995
01-01-2000
01-01-2002
01-01-2004
27-08-2010

Jadual Pertama Akta A504

P.U. (A) 188/1981
P.U. (A) 216/1981
P.U. (A) 342/1984
P.U. (A) 159/1990
P.U. (A) 128/1996
P.U. (A) 410/2000
P.U. (A) 150/2003
P.U. (A) 159/2003
P.U. (A) 236/2003
P.U. (A) 38/2015

01-07-1980

01-07-1980
09-06-1981
29-06-1984
29-06-1990
05-04-1995
05-04-1995
05-04-1995
01-01-2002
09-04-2003
28-09-2001
01-01-2009
01-01-2012
01-01-2014

Jadual Kedua Akta A594

Akta A1133

29-06-1984

01-01-2001

  1. CATATAN— bagi pemberian dan pengiraan pencen atau pencen terbitan lihat – Perintah 3 P.U. (A) 38/2015.