Akta Penyelarasan Pencen 1980
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS
CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI
Akta 238
AKTA PENYELARASAN PENCEN
1980
Sebagaimana pada 1 Februari 2013
AKTA PENYELARASAN PENCEN 1980
Tarikh Perkenan Diraja
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
|
31 Julai 1980 |
Tarikh penyiaran dalam Warta
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
|
7 Ogos 1980 |
Kali terakhir dipinda melalui Akta A1447 yang mula berkuat kuasa pada
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
|
1 Januari 2013 |
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 238
AKTA PENYELARASAN PENCEN 1980
SUSUNAN SEKSYEN
Seksyen | |
1. | Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian |
2. | Tafsiran |
3. | Penyelarasan pencen dan faedah lain bagi pegawai dan orang tanggungan |
3A. | Penyelarasan pencen, pencen hilang upaya, elaun persaraan atau elaun bencana |
3B. | Penyelarasan pencen dan faedah lain terendah sekali |
4. | Penyelarasan pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain |
5. | Pemberian dan penyelarasan pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan bagi orang tanggungan tertentu di bawah skim lama |
6. | (Dipotong) |
7. | (Dipotong) |
8. | Pencen, dsb., terendah sekali bagi perkhidmatan penuh |
9. | (Dipotong) |
10. | Penyelarasan pencen orang tanggungan |
10A. | Pindaan tempoh maksimum perkhidmatan yang boleh dimasuk kira |
11. | Pencen hilang upaya, dsb. adalah tambahan kepada pencen dan faedah lain |
12. | (Dipotong) |
13. | Jika maklumat tidak mencukupi untuk menentukan amaun pencen, dsb. |
13A. | Ketua Pengarah boleh menetukan semula amaun pencen atau faedah lain yang sepatutnya |
14. | Elaun yang kena dibayar mengikut perkiraan tadbiran hendaklah terhenti
|
15. | Pemulihan pencen |
16. | Kuasa yang akan dijalankan oleh Ketua Pengarah |
17. | Peraturan-Peraturan |
JADUAL PERTAMA (Dipotong) | |
JADUAL KEDUA (Dipotong) | |
JADUAL KETIGA (Dipotong) |
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 238
AKTA PENYELARASAN PENCEN 1980
Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai penyelarasan pencen dan faedah lain bagi pegawai dalam perkhidmatan awam dan dalam pihak berkuasa berkanun dan tempatan dan bagi orang tanggungan pegawai itu, mengenai pemberian dan penyelarasan pencen dan faedah lain bagi orang tanggungan dari kategori tertentu pegawai itu, dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya.
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penyelarasan Pencen 1980 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1980.
(2) Tertakluk kepada seksyen ini, Akta ini terpakai di seluruh Malaysia berkenaan dengan—
- (a) pegawai yang, apabila bersara, menerima atau adalah berhak menerima pencen atau faedah lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
- (b) orang tanggungan bagi pegawai yang tersebut dalam perenggan (a) yang, apabila pegawai yang berkenaan itu mati semasa dalam perkhidmatan atau semasa bersara, menerima pencen atau faedah lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
- (c) orang tanggungan bagi pegawai yang tersebut dalam perenggan (a) yang menjadi orang tanggungan yang, sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, tidak berhak menerima pencen dan faedah lain di bawah mana mana undang-undang bertulis; dan
- (d) orang tanggungan bagi pegawai yang telah mati atau mati dalam perkhidmatan di bawah skim lama di mana pegawai itu telah pernah atau telah disahkan dalam jawatan mereka dan, berkenaan dengan pegawai berpencen, diletakkan dalam perjawatan berpencen mengikut undang-undang bertulis atau terma dan syarat perkhidmatan yang terpakai bagi hal mereka, sebagai orang tanggungan yang, sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, tidak berhak menerima pencen atau faedah lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
(3) (Dipotong oleh Akta A1345).
(4) (Dipotong oleh Akta A1345).
Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain —
“anak” ertinya anak seorang pegawai yang mati —
- (a) iaitu anak yang di bawah umur dua puluh satu tahun dan termasuk —
- (i) anak yang lahir selepas kematian pegawai itu, anak tiri tanggungan dan anak tidak sah taraf pegawai itu; dan
- (ii) anak yang diambil sebagai anak angkat oleh pegawai itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan
- (b) iaitu seorang anak yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri;
“elaun persaraan” termasuklah elaun tahunan yang dibayar atau kena dibayar kepada seseorang pegawai, dalam persaraan dalam jawatan tidak berpencen;
“gaji yang akhir diterima” ertinya —
- (a) gaji hakiki bulanan yang akhir diterima sebenarnya oleh pegawai sebelum kematian atau persaraannya; atau
- (b) jika adalah bagi faedahnya dalam hal seorang pegawai yang mati atau bersara sebelum disahkan dalam lantikan kedua atau kemudiannya yang dipegangnya pada masa kematian atau persaraan itu, gaji hakiki bulanan yang akhir diterima bagi jawatan terakhir dalam mana dia telah disahkan sebelum kematian atau persaraannya, termasuk apa-apa kenaikan gaji isyarat yang dia tetap berhak dapat, mengikut prinsip perkhidmatan yang terpakai bagi kesnya, kiranya dia telah kembali ke lantikan yang terakhir itu; atau
- (c) dalam hal seorang yang mana sebahagian dari perkhidmatannya di mana-mana wilayah yang menjadikan Malaysia yang Kerajaan Persekutuan adalah bertanggungjawab atas pembayaran pencen atau faedah lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis, gaji hakiki bulanan yang akhir diterima sebenarnya oleh orang itu semasa beliau berada akhir sekali dalam perkhidmatan Persekutuan di wilayah itu; atau
- (d) dalam hal seorang pegawai yang disebut dalam peraturan 2 Peraturan-Peraturan Pencen 1957 [L.N. 233/1957], gaji hakiki bulanan yang akhir diterima bagi jawatan yang dipilih atau mungkin telah dipilihnya bagi maksud menghitung perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira di bawah peraturan itu;
dan jika pegawai atau orang itu ada menerima atau telah menerima atau berhak menerima apa-apa elaun berpencen dalam perkhidmatan awam atau dalam perkhidmatan suatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan atau, dalam hal seorang yang tersebut dalam perenggan (c), dalam perkhidmatan mana-mana wilayah yang menjadikan Malaysia, elaun berpencen hendaklah menjadi sebahagian daripada gaji yang akhir diterimanya;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;
“orang tanggungan” ertinya balu, duda, anak, emak atau bapa seseorang pegawai yang mati;
“pegawai” ertinya seseorang pegawai perkhidmatan awam atau seseorang pekerja pihak berkuasa berkanun atau tempatan yang, sebelum ia bersara atau mati, telah berkhidmat di Malaysia atau dalam mana-mana wilayah yang sekarang ini menjadi sebahagian dari Malaysia;
“pegawai berpencen” ertinya seseorang pegawai yang telah dimasukkan dalam perjawatan berpencen atau yang telah diberi taraf berpencen atau yang apabila bersara atau mati adalah disifatkan sebagai berpencen di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
“pencen atau faedah lain” termasuk pencen, elaun persaraan, elaun tahunan, pencen hilang upaya, elaun bencana, pencen terbitan, elaun persaraan terbitan dan pencen orang tanggungan yang diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain dan diselaraskan di bawah Akta ini, atau yang diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“perkhidmatan awam” ertinya—
- (a) perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
- (b) perkhidmatan awam am bagi Persekutuan;
- (c) pasukan polis;
- (d) perkhidmatan keretapi;
- (e) perkhidmatan pelajaran;
- (f) perkhidmatan awam bersama yang tersebut dalam Perkara 133 Perlembagaan Persekutuan;
- (g) perkhidmatan awam bagi tiap-tiap satu Negeri;
- (h) Perkhidmatan Parlimen yang tersebut dalam [1]Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 [Akta 394]; dan
- (i) mana-mana perkhidmatan lain yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah dalam Warta sebagai perkhidmatan awam bagi maksud Akta ini;
“perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ertinya apa-apa perkhidmatan seseorang pegawai di Malaysia atau dalam mana-mana wilayah yang sekarang ini menjadi sebahagian dari Malaysia yang telah digunakan dalam menghitung pencen atau faedah lain bagi pegawai itu apabila ia bersara atau bagi tanggungannya apabila ia mati; “pihak berkuasa berkanun atau tempatan” ertinya suatu pihak berkuasa berkanun atau pihak berkuasa tempatan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan suatu pihak berkuasa berkanun atau pihak berkuasa tempatan;
“skim lama” ertinya skim yang berkenaan mengenai gaji dan terma serta syarat perkhidmatan yang terpakai bagi pegawai dalam perkhidmatan awam dan pekerja dalam pihak berkuasa berkanun dan tempatan yang mana penyemakan gaji dan terma serta syarat perkhidmatan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mulai dari 1 Januari 1976, atau apa-apa penyemakan lain yang kemudiannya tentang gaji, atau terma dan syarat perkhidmatan, atau kedua-duanya yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, dari semasa ke semasa, adalah tidak terpakai bagi mereka;
“tangga gaji semasa” ertinya tangga gaji terakhir yang terpakai, pada atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, bagi pegawai dalam perkhidmatan awam dan pekerja dalam pihak berkuasa berkanun dan tempatan yang mana penyemakan gaji yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mulai dari l Januari 1976, atau apa-apa penyemakan lain yang kemudiannya yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, dari semasa ke semasa, adalah terpakai bagi mereka;
“undang-undang bertulis” ertinya mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pencen dan faedah lain bagi pegawai dalam perkhidmatan awam atau pekerja dalam pihak berkuasa berkanun dan tempatan, dan bagi orang tanggungan mereka, dan termasuk Akta ini.
Penyelarasan pencen dan faedah lain bagi pegawai dan orang tanggungan
3. (1) Pencen dan faedah lain yang diberikan kepada pegawai dan orang tanggungannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis hendaklah diselaraskan setiap tahun dengan kenaikan sebanyak dua peratus mengikut peruntukan Akta ini dan hendaklah dibayar atau adalah kena dibayar mulai Januari setiap tahun. (2) Walau apa pun subseksyen (1), jika pemakaian kadar kenaikan yang ditetapkan akan mengakibatkan suatu keadaan yang kurang baik bagi seseorang pegawai yang dilantik sebelum mula berkuatkuasanya seksyen ini, Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah dalam Warta menetapkan peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang sesuai untuk dipakai dalam hal sedemikian.
(3) Bagi maksud suatu perintah di bawah subseksyen (2), Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan—
- (a) peratusan kenaikan yang berlainan bagi kategori penerima yang berlainan;
- (b) bahawa peratusan kenaikan yang lebih tinggi itu hendaklah hanya terpakai bagi sesuatu tahun yang ditetapkan atau mana-mana bahagian daripadanya, dan dalam hal sedemikian, tarikh yang padanya penyelarasan itu hendaklah kena dibayar.
Penyelarasan pencen, pencen hilang upaya, elaun persaraan atau elaun bencana
3A. (1) Pencen, pencen hilang upaya, elaun persaraan atau elaun bencana yang diterima oleh seseorang pegawai di bawah mengikut subseksyen 3(1).
(2) Amaun pencen, pencen hilang upaya, elaun persaraan atau elaun bencana yang hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan yang pertama sekali di bawah subseksyen 3(1)—
- (a) dalam hal pegawai yang bersara sebelum atau pada 1 Januari 2012, ialah amaun pencen, pencen hilang upaya, elaun persaraan atau elaun bencana yang telah diselaraskan pada tarikh itu;
- (b) dalam hal pegawai yang bersara pada atau selepas 2 Januari 2012, ialah amaun pencen, pencen hilang upaya, elaun persaraan atau elaun bencana yang diberikan kepada pegawai itu.
(3) Penyelarasan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang dibuat di bawah subseksyen 3(2).
Penyelarasan pencen dan faedah lain terendah sekali
3B. Jika seseorang pegawai menerima amaun pencen atau faedah lain terendah sekali yang kena dibayar menurut seksyen 8, amaun terendah sekali tersebut hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan yang pertama sekali di bawah subseksyen 3(1).
Penyelarasan pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain
4. (1) Apa-apa pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diterima di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain hendaklah diselaraskan mengikut subseksyen 3(1).
(1A) Amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan yang pertama sekali di bawah subseksyen 3(1)—
- (a) dalam hal penerima yang menerima pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan sebelum atau pada 1 Januari 2012, ialah amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang telah diselaraskan pada tarikh itu;
- (b) dalam hal penerima yang menerima pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan pada atau selepas 2 Januari 2012, ialah amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberikan kepada penerima.
(1B) Penyelarasan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang dibuat di bawah subseksyen 3(2). (2) Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain dan diselaraskan di bawah subseksyen 3(1) hendaklah dibayar seumur hidup jika penerimanya ―
- (a) seorang balu kepada seorang pegawai atau, dalam hal seorang pegawai yang Akta Pencen 1980 [Akta 227] atau Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239] terpakai baginya, balu atau dudanya;
- (b) seorang anak yang tersebut dalam perenggan (b) bagi pentafsiran "anak" dalam seksyen 2.
(3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (2) dan subseksyen 3(1), pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu selepas habisnya tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraan seseorang pegawai atau tarikh sebaik selepas tarikh kematian pegawai dalam perkhidmatan hanyalah boleh dibuat jika penerima ―
- (a) jika seorang balu kepada seorang pegawai atau, dalam hal seorang pegawai yang Akta Pencen 1980 atau Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 terpakai baginya, balu atau dudanya, telah berkahwin dengan pegawai itu semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
- (b) jika seorang anak atau anak angkat tanggungan, ialah anak atau anak angkat tanggungan dari perkahwinan yang telah semasa pegawai itu masih dalam berlangsung perkhidmatan;
- (c) jika seorang anak angkat, telah diangkat semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
- (d) jika seorang anak tidak sah taraf, telah dikandungkan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan.
(4) Untuk mengelakkan keraguan, maka adalah ditetapkan bahawa jika perkahwinan dengan pegawai yang berkenaan itu telah dilangsungkan selepas persaraannya dan kematiannya berlaku dalam tempoh dua puluh tahun dari persaraannya, balunya atau anak dari perkahwinan itu, atau kedua-duanya balu dan anak itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau, dalam hal seorang pegawai yang Akta Pencen 1980 atau Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 terpakai baginya, balunya, dudanya, atau anak dari perkahwinan itu, atau kedua-dua duda dan anak itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah berhak mendapat pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan mengikut hak pegawai itu tetapi hanya selama tempoh perbezaannya antara tempoh dua puluh tahun dan tempoh selama mana pegawai itu berada dalam persaraan; dan jika kematian pegawai itu berlaku selepas tempoh dua puluh tahun dari persaraannya, tiada apa-apa pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan adalah kena dibayar.
(5) Walau apa pun peruntukan seksyen ini dan subseksyen 3(1), tiada apa-apa pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu boleh dibuat atau, jika dibuat, pembayaran itu hendaklah terhenti, jika penerimanya —
- (a) (Dipotong oleh Akta A1169).
- (b) seorang anak, lain daripada seorang anak yang tersebut dalam perenggan (b) bagi pentafsiran “anak” dalam seksyen 2 atau dalam perenggan (c), apabila berkahwin atau mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu;
- (c) seorang anak yang mendapat didikan di suatu institusi pelajaran tinggi tetapi tidak melampaui didikan yang menuju ke arah ijazah pertama, apabila tamat atau terhenti mendapat didikan itu atau apabila berkahwin, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu.
Pemberian dan penyelarasan pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan bagi orang tanggungan tertentu di bawah skim lama
5. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan tetapi tertakluk kepada Akta ini, jika seseorang pegawai telah mati atau mati semasa —
- (a) dalam perkhidmatan di bawah skim lama dan —
- (i) dia telah atau telah pernah disahkan dalam jawatannya dan diletakkan dalam perjawatan berpencen; atau
- (ii) dia tetap akan berhak apabila bersara mendapat elaun tahunan yang juga dipanggil elaun persaraan; atau
- (b) dalam persaraan di bawah skim lama dan dia telah mendapat atau tetap berhak mendapat pencen atau elaun tahunan yang juga dipanggil elaun persaraan,
mengikut undang-undang bertulis atau terma dan syarat perkhidmatan yang terpakai bagi kesnya, balu atau anaknya, atau kedua-dua balu dan anaknya, jika tidak mendapat atau tidak berhak mendapat apa-apa pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, diberi pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan mengikut layak atau hak pegawai itu mendapat pencen atau elaun tahunan yang juga dipanggil elaun persaraan.
(2) Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah diselaraskan mengikut subseksyen 3(1).
(2A) Amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan yang pertama sekali di bawah subseksyen 3(1) iailah amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang telah diselaraskan sehingga 31 Disember 2012. (2B) Walau apa pun subseksyen (2A), jika seseorang orang tanggungan layak untuk diberi pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan di bawah subseksyen (1) tetapi tidak dibayar pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu pada 1 Januari 2013, penyelarasan pencen terbitan atau faedah lain itu hendaklah terlebih dahulu dibuat sehingga 31 Disember 2012 mengikut seksyen ini dan peruntukan berkaitan yang lain yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2013 sebelum pencen terbitan atau faedah lain itu diselaraskan mengikut subseksyen 3(1).
(2C) Penyelarasan yang disebut dalam subseksyen (2) adalah tertakluk kepada apa-apa peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang dibuat di bawah subseksyen 3(2).
(3) Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberi di bawah subseksyen (1) dan diselaraskan di bawah Akta ini hendaklah dibayar seumur hidup jika penerimanya —
- (a) seorang balu kepada seorang pegawai yang tersebut dalam perenggan (a) atau (b) subseksyen (1);
- (b) seorang anak yang tersebut dalam perenggan (b) bagi pentafsiran “anak” dalam seksyen 2.
(4) Walau apa pun peruntukan subseksyen (3) dan subseksyen 3(1), pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu selepas habisnya tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraan pegawai atau tarikh sebaik selepas tarikh kematian pegawai dalam perkhidmatan hanyalah boleh dibuat jika penerimanya —
- (a) jika seorang balu kepada seorang pegawai, telah berkahwin dengan pegawai itu semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
- (b) jika seorang anak atau anak angkat tanggungan, ialah anak atau anak angkat tanggungan dari perkahwinan yang telah berlangsung semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
- (c) jika seseorang anak angkat, telah diangkat semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
- (d) jika seorang anak tidak sah taraf, telah dikandungkan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan.
(5) Untuk mengelakkan keraguan, maka adalah ditetapkan bahawa jika perkahwinan dengan pegawai berkenaan itu telah dilangsungkan selepas persaraannya dan kematiannya berlaku dalam tempoh dua puluh tahun dari persaraannya, balunya, atau anak dari perkahwinan itu, atau kedua-duanya balu dan anak itu, mengikut mana yang berkenaan, adalah berhak mendapat pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan mengikut hak pegawai itu tetapi hanya selama tempoh perbezaannya antara tempoh dua puluh tahun dan tempoh selama mana pegawai itu berada dalam persaraannya; dan jika kematian pegawai itu berlaku selepas tempoh dua puluh tahun dari persaraannya, tiada apa-apa pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan adalah kena dibayar.
(6) Walau apa pun peruntukan seksyen ini dan subseksyen 3(1), tiada apa-apa pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu boleh dibuat atau, jika dibuat, pembayaran itu hendaklah terhenti, jika penerimanya —
- (a) (Dipotong oleh Akta A1169);
- (b) seorang anak, selain daripada seorang anak yang tersebut dalam perenggan (b) bagi pentafsiran “anak” dalam seksyen 2 atau dalam perenggan (c), apabila berkahwin atau mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana yang berlaku dahulu;
- (c) seorang anak yang mendapat didikan di suatu institusi pelajaran tinggi tetapi tidak melampaui didikan yang menuju ke arah ijazah pertama, apabila tamat atau terhenti mendapat didikan itu atau apabila berkahwin, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu.
(7) Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini hendaklah dibayar atau adalah kena dibayar mengikut apa-apa kadar sebagaimana difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong dan pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu boleh diumpukkan semula di kalangan penerima lain yang berhak bila-bila masa sahaja seorang penerima mati atau tidak lagi berhak mendapat pembayaran itu.
6. (Dipotong oleh Akta A1447).
7. (Dipotong oleh Akta A568).
Pencen, dsb., terendah sekali bagi perkhidmatan penuh
8. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, tetapi tertakluk kepada subseksyen 3(1), jika apa-apa pencen atau faedah lain yang diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini atau yang diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain dan diselaraskan di bawah Akta ini adalah dihitung berdasarkan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira selama tidak kurang daripada dua puluh lima tahun —
- (a) amaun pencen atau pencen terbitan terendah sekali yang kena dibayar selepas penyelarasan tidaklah boleh kurang daripada seratus lapan puluh ringgit sebulan;
- (b) amaun elaun persaraan atau elaun persaraan terbitan terendah sekali yang kena dibayar selepas penyelarasan tidaklah boleh kurang daripada tiga perempat daripada seratus lapan puluh ringgit sebulan.
(2) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah dalam Warta menambah amaun pencen atau faedah lain yang terendah sekali yang kena dibayar menurut seksyen ini.
9. (Dipotong oleh Akta A1447).
Penyelarasan pencen orang tanggungan
10. (1) Jika pencen orang tanggungan diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, maka pencen orang tanggungan itu hendaklah diselaraskan mengikut subseksyen 3(1) tetapi faktor yang terpakai hendaklah faktor yang terpakai di bawah undang-undang bertulis itu.
(2) Jika faktor yang disebut dalam subseksyen (1) berubah mengikut kelayakan orang tanggungan itu sebagaimana yang ditetapkan di bawah undang-undang bertulis itu, pencen orang tanggungan hendaklah diselaraskan berdasarkan gaji isyarat sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (3) dengan menggunakan faktor baru yang terpakai di bawah undang-undang bertulis itu.
(3) Gaji isyarat—
- (a) dalam hal orang tanggungan yang menerima pencen orang tanggungan sebelum atau pada 1 Januari 2012, ialah amaun gaji bersamaan yang akhir diterima yang diterima oleh pegawai pada 1 Januari 2012 yang telah dihitung dengan kenaikan sebanyak dua peratus setiap tahun sehingga tahun apabila faktor itu berubah;
- (b) dalam hal orang tanggungan yang menerima pencen orang tanggungan pada atau selepas 2 Januari 2012, ialah amaun gaji yang akhir diterima yang diterima oleh pegawai pada tarikh kematiannya yang telah dihitung dengan kenaikan sebanyak dua peratus setiap tahun sehingga tahun apabila faktor itu berubah.
(4) Jika peratusan kenaikan yang lebih tinggi telah ditetapkan di bawah subseksyen 3(2), kenaikan yang ditetapkan di bawah subseksyen (3) hendaklah dihitung dengan menggunakan peratusan lebih tinggi yang ditetapkan itu.
(5) Amaun pencen orang tanggungan yang diselaraskan di bawah subseksyen (2) hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan di bawah subseksyen (1) dalam tahun-tahun berikutnya. (6) Penyelarasan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang dibuat di bawah subseksyen 3(2).
(7) Bagi maksud seksyen ini, “gaji bersamaan yang akhir diterima” ertinya gaji bersamaan yang akhir diterima yang telah diselaraskan pada 1 Januari 2012 menurut Akta ini sebelum mula berkuatkuasanya seksyen ini.
Pindaan tempoh maksimum perkhidmatan yang boleh dimasuk kira
10A. (1) Jika tempoh maksimum perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah mana-mana undang-undang bertulis dipinda, penyelarasan mengikut subseksyen 3(1) kepada pencen atau faedah lain hendaklah diubah suai dengan sewajarnya dan hendaklah berasaskan amaun pencen atau faedah lain itu yang dihitung berdasarkan gaji isyarat yang ditentukan oleh Ketua Pengarah melalui formula yang ditetapkan di bawah undang-undang bertulis itu.
(2) Dalam menentukan penghitungan gaji isyarat bagi maksud subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh menggunakan penghitungan gaji isyarat sebagaimana yang ditetapkan dalam subseksyen 10(3) dengan ubahsuaian yang perlu.
Pencen hilang upaya, dsb. adalah tambahan kepada pencen dan faedah lain
11. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, pencen hilang upaya atau elaun bencana dan pencen orang tanggungan yang tersebut dalam seksyen seksyen 3A dan 10 hendaklah dibayar atau adalah kena dibayar sebagai tambahan kepada apa-apa pencen atau faedah lain yang diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain dan diselaraskan di bawah Akta ini atau yang diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini, mengikut mana yang berkenaan.
12. (Dipotong oleh Akta A568).
Jika maklumat tidak mencukupi untuk menentukan amaun pencen, dsb.
13. Jika, bagi maksud memberi dan menyelaraskan atau menyelaraskan apa-apa pencen atau faedah lain di bawah Akta ini, Ketua Pengarah tidak memiliki maklumat yang mencukupi untuk membolehkannya menentukan amaun pencen atau faedah lain yang kena dibayar, maka amaun yang kena dibayar itu, dalam hal —
- (a) pencen atau elaun persaraan, ialah lima puluh peratus daripada pencen atau elaun persaraan tertinggi sekali yang kena dibayar kepada seorang pegawai yang setara tingkatannya atas tangga gaji semasa dengan pegawai yang pencen atau elaun persaraannya hendak diselaraskan di bawah Akta ini;
- (b) pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan, hendaklah sama amaunnya dengan pencen atau elaun persaraan yang kena dibayar di bawah perenggan (a);
- (c) pencen hilang upaya atau elaun bencana, ialah lima puluh peratus daripada pencen hilang upaya atau elaun bencana maksimum yang kena dibayar, dihitung berdasarkan faktor tertinggi sekali yang diperuntukkan di bawah undang-undang bertulis yang menurutnya pegawai itu bersara dan gaji tertinggi sekali yang kena dibayar kepada seseorang pegawai yang setara tingkatannya atas tangga gaji semasa dengan pegawai yang pencen hilang upaya atau elaun bencananya hendak diselaraskan di bawah Akta ini;
- (d) pencen orang tanggungan, ialah lima puluh peratus daripada pencen orang tanggungan yang maksimum yang kena dibayar, dihitung berdasarkan faktor tertinggi sekali yang diperuntukkan di bawah undang-undang bertulis yang menurutnya pegawai itu mati semasa dalam perkhidmatan atau dalam persaraan dan gaji tertinggi sekali yang kena dibayar kepada seorang pegawai yang setara tingkatannya atas tangga gaji semasa dengan pegawai yang berkenaan dengan orang tanggungannya pencen orang tanggungan itu hendak diselaraskan di bawah Akta ini.
Ketua Pengarah boleh menentukan semula amaun pencen atau faedah lain yang sepatutnya
13A. (1) Jika apa-apa pencen atau faedah lain diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain dan diselaraskan di bawah Akta ini atau diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini mengikut hal-hal keadaan yang tersebut dalam seksyen 13 dan berikutan dengannya itu Ketua Pengarah menerima apa-apa maklumat sebagaimana yang mencukupi untuk membolehkannya menentukan semula amaun pencen atau faedah lain yang sepatutnya yang kena dibayar, maka dia hendaklah menentukan semula pencen atau faedah itu.
(2) Jika, setelah dibuat penentuan semula di bawah subseksyen (1), amaun pencen atau faedah lain yang sepatutnya yang kena dibayar adalah didapati —
- (a) kurang daripada amaun yang dibayar di bawah seksyen 13, amaun yang sepatutnya itu hendaklah dibayar sebagai gantinya mulai dari tarikh penentuan semula dan amaun yang terlebih bayar itu hendaklah disifatkan telah terlebih bayar oleh kerana kesilapan fakta tetapi bagaimanapun tidak boleh didapati kembali dari orang yang berkenaan itu; atau
- (b) lebih daripada amaun yang dibayar di bawah seksyen 13, amaun yang sepatutnya itu hendaklah dibayar sebagai gantinya bersama-sama dengan tunggakan, jika ada.
Elaun yang kena dibayar mengikut perkiraan tadbiran hendaklah terhenti
14. (1) Walau apa pun peruntukan yang berlawanan tetapi tertakluk kepada Akta ini, semua elaun yang kena dibayar di bawah apa-apa perkiraan tadbiran (selain dari pencen dan faedah lain yang diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain dan diselaraskan di bawah Akta ini atau diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini) hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, terhenti dari kena dibayar.
(2) Apa-apa elaun yang kena dibayar kepada pemegang sesuatu pingat di bawah Perintah Angkatan Tentera No. 627/56 adalah terhenti dari kena dibayar hanya atas kematian pegawai yang berkenaan itu.
(3) Jika jumlah amaun apa-apa pencen atau faedah lain yang diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain dan diselaraskan di bawah Akta ini atau diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini adalah kurang daripada jumlah amaun pencen atau faedah lain yang sedang diterima, maka jumlah amaun pencen atau faedah lain yang kena dibayar di bawah Akta ini hendaklah sama dengan jumlah amaun yang sedang diterima.
(4) Dalam subseksyen (3), perbahasaan “jumlah amaun yang sedang diterima” ertinya pencen atau faedah lain, berserta dengan apa-apa bayaran berkaitan yang lain, yang sebenarnya diterima oleh orang yang berkenaan itu sebelum penyelarasan yang hendak dibuat di bawah Akta ini apabila sahaja dilaksanakan tangga gaji semasa itu.
Pemulihan pencen
15. (1) Jika, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, seseorang pegawai telah diberikan pencen susutan menurut pilihannya bagi pencen gantian tetap, pegawai itu, setelah tamat tempoh dua belas tahun setengah dari tarikh dia bersara, adalah layak dipulihkan pencennya; dengan syarat bahawa pemulihan itu —
- (a) tidak boleh dibuat lebih awal daripada 1 Januari 1973; dan
- (b) tidak boleh terpakai berkenaan dengan sesuatu pencen yang telah dibayar selepas penyelarasan yang dibuat di bawah Akta ini.
(2) Jika pencen seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (1) telah dipulihkan selepas tamat tempoh dua belas tahun setengah dari tarikh dia bersara tetapi sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, pemulihan tersebut hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat dengan sempurna dan sahnya.
Kuasa yang akan dijalankan oleh Ketua Pengarah
16. Segala kuasa di bawah Akta ini hendaklah dijalankan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya secara bertulis.
Peraturan-peraturan
17. Yang di-Pertuan Agong boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud menjalankan dan menguatkuasakan Akta ini.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 238
AKTA PENYELARASAN PENCEN 1980
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda | Tajuk ringkas | Berkuat kuasa dari |
Akta A568 | Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 1983 | 01-07-1980;
Kecuali ss. 4, 13 dan 14: |
Akta A1169 | Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2002 | 01-01-2002 |
Akta A1345 | Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2009 | 01-01-2009;
Kecuali s. 2, 3 dan ss. 9(4): |
Akta A1411 | Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011 | 01-01-2012 |
Akta A1447 | Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 | 01-01-2013 |
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 238
AKTA PENYELARASAN PENCEN 1980
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen | Kuasa meminda | Berkuat kuasa dari |
Tajuk Panjang | Akta A568 | 01-07-1980 |
1 | Akta A568
Akta A1345 |
01-07-1980
01-01-2008 |
2 | Akta A568
Akta A1345 |
01-07-1980
01-01-2008 |
3 | Akta A568
Akta A1447 |
01-07-1980
01-01-2013 |
3A | Akta A1447 | 01-01-2013 |
3B | Akta A1447 | 01-01-2013 |
4 | Akta A568
Akta A1169 |
01-07-1980
01-01-2002 |
5 | Akta A568
Akta A1169 |
01-07-1980
01-01-2002 |
6 | Akta A568
Akta A1447 |
01-07-1980
01-01-2013 |
7 | Akta A568 | 01-07-1980 |
8 | Akta A568 | 01-07-1980
|
Akta A1447 | 01-01-2013 | |
9 | Akta A568
Akta A1447 |
01-07-1980
01-01-2013 |
10 | Akta A568
Akta A1447 |
01-07-1980
01-01-2013 |
10A | Akta A1447 | 01-01-2013 |
11 | Akta A568
Akta A1447 |
01-07-1980
01-01-2013 |
12 | Akta A568 | 01-07-1980 |
13 | Akta A568 | 01-07-1980 |
13A | Akta A568 | 01-07-1980 |
14 | Akta A568 | 01-07-1980 |
JADUAL PERTAMA | Akta A568
Akta A1345 |
01-07-1980
01-01-2009 |
JADUAL KEDUA | Akta A568
Akta A1345 |
01-07-1980
01-01-2009 |
JADUAL KETIGA | Akta A568
Akta A1345 |
01-07-1980
01-01-2009 |
- ↑ CATATAN—Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 [Akta 394] telah dimansuhkan oleh perenggan 7(d) Akta A837— lihat juga seksyen 7 untuk kedudukan ahli Pekhidmat Parlimen.