Bantuan:Membaca pruf

Jalan pintas:
H:Side
H:PR

Membaca pruf di Wikisumber merupakan sesuatu aktiviti yang semua orang boleh ambil bahagian, dan aktiviti tersebut melibatkan mentranskripsi teks pada alat sunting yang berkedudukan sebelah dengan imej imbasan dokumen asal. Jika anda baru menggunakan Wikisumber, sila lihat panduan untuk memulakan proses baca pruf. Laman ini mempunyai butiran yang anda boleh rujuk apabila anda perlukan.

Menyunting sebuah fail pada Wikisumber, dan memaparkan teks transkripsi bersebelahan dengan muka teks asal

Proses baca pruf menghasilkan hasil kerja transkripsi di Wikisumber yang berdasarkan imbasan laman. Imbasan laman biasanya wujud dalam format DjVu atau PDF yang dimuat naik ke Wikimedia Commons. Proses baca pruf berlangsung di laman-laman dengan ruang nama Indeks dan Laman sebelum ditransklusikan ke ruang nama utama. Proses baca pruf terbahagi kepada beberapa fasa berbeza seperti yang ditunjukkan oleh status laman. Wikisumber mempunyai panduan gaya dan konvensyen pemformatan tertentu yang harus digunakan apabila membaca pruf untuk memastikan teks yang sedang ditranskripsi kelihatan betul dan berfungsi dengan betul. Fungsi membaca pruf ini disediakan oleh sambungan ProofreadPage.

Imbasan laman digunakan untuk proses baca pruf di Wikisumber. Laman ini menerangkan cara mengguna, menyemak imbas, menavigasi dan menyunting laman-laman yang diimbas serta fungsi-fungsi ruang nama Indeks dan Laman yang berbeza.

Memulakan sebuah laman indeks merupakan langkah pertama untuk membaca pruf sesuatu karya yang belum ditranskripsi di Wikisumber. Laman ini menerangkan cara untuk menyedia dan mengurus laman-laman yang berada pada ruang nama Indeks.

Laman-laman dalam dokumen fizikal selalunya ditanda dengan angka muka surat. Angka-angka tersebut digunakan pada medan "Muka surat" pada laman Indeks dan di pengepala atau of the Index page and in the headers or footers of the individual pages. They will be automatically visible in the main namespace alongside the text, too.

Dalam proses baca pruf, laman transkripsi akan melalui tiga fasa, dengan dua keadaan tambahan untuk syarat lain. Status pada sebuah muka surat laman ditunjukkan dengan warna bloknya pada laman indeks, serta oleh sepanduk pada laman padanannya pada ruang nama utama. Laman ini menerangkan status-status berkaitan hal ini.

Laman ini menerangkan amalan terbaik untuk memformat laman-laman dengan ruang nama Lalaman..

Selepas teks karya dibaca pruf daripada imej laman yang berkedudukan di sebelah kanannya, "transklusi" akan digunakan untuk memaparkan teks daripada ruang nama Laman ke dalam laman pada ruang nama Utama. Transklusi memaparkan laman teks daripada ruang nama Indeks secara menyeluruh tanpa perlu menyalin atau mengemas kini secara manual pada kemudian hari. Tujuan transklusi teks adalah untuk mengumpulkannya ke dalam bongkah yang bersaiz munasabah dan masuk akal— yakni dalam bentuk bab atau bahagian. Laman ini menerangkan proses transklusi.

Lanjutan

sunting

Wikisumber menggunakan sambungan ProofreadPage untuk menjalani fungsi baca pruf. Laman ini membekalkan maklumat teknikal berkaitan perisian ini.