Bantuan:Ruang nama
Berkenaan ruang nama
suntingLaman-laman pada domain wiki yang dijana oleh MediaWiki terbahagi ke dalam kumpulan demi kumpulan "ruang nama" (kadangkala disingkatkan kepada "ns"), yang membezakan fungis-fungsi laman pada peringkat teratas. Laman pada ruang nama tertentu juga mungkin mempunyai ciri-ciri khas atau berkelakuan berbeza apabila ia berinteraksi dengan laman lain. Ruang nama membentuk bahagian terawal pada nama sesuatu laman wiki, dan dipisahkan daripada nama laman lain dengan ruang nama yang sama melalui penggunaan tanda noktah bertindih. Contohnya, laman ini ("Bantuan:Ruang nama") berada dalam ruang nama "Bantuan", digunakan untuk laman untuk menerangkan cara Wikisumber berfungsi.
Setiap ruang nama utama mempunyai padanan ruang nama "perbincangan", yang merupakan sejenis ruang nama untuk membincangkan tentang kandungan pada laman dengan ruang nama utama itu boleh diadakan.
Setiap ruang nama juga mempunyai nombor yang mana ia diwakili dalam pangkalan data yang menyimpan kandungan Wikisumber. Senarai semasa boleh didapati pada di sini .
Senarai ruang nama di Wikisumber
suntingRuang nama | Bil. | Ruang nama perbincangan | Bil. | Sublaman? | Kegunaan |
---|---|---|---|---|---|
Utama | 0 | Perbincangan | 1 | ada | Ruang nama ini mengandungi "laman kandungan" Wikisumber. Ruang nama ini merupakan tempat karya dipersembahkan kepada pembaca. Imbuhan awal Utama: tidak diperlukan. |
Pengarang | 102 | Perbincangan pengarang | 103 | ada | Ruang nama ini adalah untuk penyenaraian semua karya yang sama ada dikarang oleh pengarang atau berkenaan dengan pengarang, dengan pautan ke karya yang ditujukan, serta pautan ke projek-projek kembar (seperti Commons atau Wikipedia). Sila baca lebih lanjut berkenaan laman pengarang di Bantuan:Laman pengarang. |
Kategori | 14 | Perbincangan kategori | 15 | ada | Ruang nama kategori digunakan untuk mengumpul jenis-jenis karya yang serupa dalam satu tempat. Laman-laman dari pelbagai ruang nama ditambahkan pada kategori dengan menambahkan [[Kategori:Nama kategori yang berpadanan]] pada laman tersebut. Sila baca dengan lebih lanjut mengenai pengkategorian di Bantuan:Pengkategorian. |
Fail | 6 | Perbincangan fail | 7 | tiada | Setiap fail yang dimuat naik ke Wikisumber mempunyai padanan laman Fail yang tersendiri. Laman ini menyenaraikan {{maklumat}} tentang fail seperti saiznya, serta menyediakan pratayang dan pautan ke semua laman di Wikisumber yang menggunakan fail tersebut. Jika fail dimuat naik di Wikimedia Commons (boleh katakan semua fail untuk keadaan di Wikisumber Bahasa Melayu), laman fail akan wujud di sini juga, bersama-sama dengan pautan ke laman Commons. Maklumat lanjut boleh melayari Bantuan:Menambah imej, Bantuan:Audio dan Bantuan:Djvu. |
Bantuan | 12 | Perbincangan bantuan | 13 | ada | Laman-laman dengan ruang nama ini akan membantu pengguna bagaimana untuk menyunting di Wikisumber, serta menerangkan proses dan protokol yang Wikisumber Bahasa Melayu gunakan. Sila lihat isi kandungan laman bantuan. |
Indeks | 106 | Perbincangan indeks | 107 | tiada | Laman indeks digunakan untuk menerangkan imbasan karya (sama ada dalam bentuk fail berformat DJVU atau PDF, mahupun dalam bentuk koleksi media lain). Ia mengandungi pautan ke setiap laman karya, serta maklumat bibliografi tentang imbasan tertentu itu, seperti tarikh, penerbit, lokasi, dsb. |
Mediawiki | 8 | Perbincangan Mediawiki | 9 | tiada | Laman-laman tersebut digunakan untuk aspek teknikal di laman Wikisumber seperti gaya CSS. |
Laman | 104 | Perbincangan laman | 105 | tiada | Ruang nama laman digunakan untuk menyimpan secara serentak laman transkripsi karya berserta laman imbasan "asal" karya yang bersebelahan dengan transkripsi karya tersebut. Kandungan ruang nama ini tidak bertujuan untuk dilihat secara langsung oleh pembaca akhir—sebaliknya ia "disertakan" pada ruang nama Utama. Baca lebih lanjut mengenai proses penyuntingan laman demi laman di Bantuan:Membaca pruf. |
Portal | 100 | Perbincangan portal | 101 | ada | Laman portal mengumpulkan semua karya berkaitan sesuatu topik dalam satu bahagian. Sebarang huraian tentang pengarang boleh dipaparkan di sini, termasuklah penjelasan dan pengembangan kandungan yang tidak sesuai untuk penyenaraian di laman Pengarang. Pautan ke projek kembar lain juga melalui laman ini. Sila baca lebih lanjut mengenai laman portal di Bantuan:Portal. |
Templat | 10 | Perbincangan templat | 11 | ada | Templat ialah gubahan teks guna semula yang boleh ditransklusi ke laman lain untuk memudahkan pemformatan atau penyusunan. |
Pengguna | 2 | Perbincangan pengguna | 3 | ada | Setiap pengguna akan mempunyai satu laman pengguna. Laman ini digunakan untuk penerangan ringkas tentang pengguna, serta untuk sublaman peribadi yang mengandungi kandungan kurang lengkap atau kandungan percubaan. Laman perbincangan digunakan untuk menghubungkan sesama pengguna dan mengadakan perbincangan antara satu sama lain. Anda juga boleh mengakses statistik pengguna di laman ini. |
Wikisumber | 4 | Perbincangan Wikisumber | 5 | ada | Ruang nama Wikisumber mengandungi segala laman yang berkaitan dengan projek Wikisumber secara langsung, contohnya seperti Kedai Kopi, serta laman pemprosesan yang berkaitan dengan pelanggaran hak cipta yang disyaki, cadangan pemadaman atau penyahpadaman, dsb. |
Terjemahan | 114 | Perbincangan terjemahan | 115 | ada | Laman-laman tersebut mengandungi segala karya terjemahan yang dibuat oleh pengguna Wikisumber. |
Modul | 828 | Perbincangan modul | 829 | tiada | Pengekodan termaju boleh dibuat melalui Lua yang menggunakan terapan Sambungan:Scribunto. |
Khas | -1 | N/A | Ruang nama ini digunakan untuk mengumpulkan semua laman khas, laporan dan antara muka yang dijana 'atas permintaan' oleh MediaWiki dan yang tidak boleh disunting secara langsung. Agak mustahil untuk mencipta laman menggunakan ruang nama ini kecuali melalui pengubahsuaian atau penjangkauan perisian MediaWiki. | ||
Media | -2 | N/A | Ruang nama ini ialah alias yang digunakan untuk memaut terus ke fail media: pautan [[Media:Wiki.png]] memaut kepada imej sahaja dan bukannya laman penerangan imej, yang akan menjadi [[Fail:Wiki.png]]. Ruang nama ini biasanya tidak digunakan di Wikisumber. |