ابا aba, (Ar. ابى) ayah, bapa = ابه
ابتداء ibtida’, Ar. pěrmulaan; lil’ibtida’ sa-běrmula.
ابجد abjad, Ar. angka bilangan huruf, sěperti; ا = 1, ب = 2, ج = 3, د = 4; di-pakai dalam firashat.
ابد abad, Ar. (1) masa yang akan datang, tiada těrhingga lama-nya, (2) kurun, tempoh sa-ratus tahun. Abadi, yang tiada těrhingga lama-nya, kěkal.
ابدال abdal, Ar. nama bagi tujoh puloh orang aulia Allah.
ابعد ab‘ad, Ar. lěbeh jauh.
ابلور abělor, Far. (1) puteh, sapěrti puteh mata; (2) K. belang, ia-lah kuda abělor.
ابليس Iblis, Ar. Shaitan.
ابن ibn, Ar. bin, anak dari-pada.
ابو abau, K. suatu jěnis kura-kura.
ابي abi, Sk. ta’ bena, tiada endah, ta’ herau, ta’ fěduli; měngabi, měmbantahi.
ابيد abid, Ar. = abadi.
ابيمان abaimana, Hind., dubor.
اتام utama, I. Sk. těrlalu baik, těrlalu tinggi pangkat-nya. II = atma, Sk. nyawa; utama jiwa.
اتر atar, (Ar. عطر) bau-bauan.
اتفاق itfak, Ar. sa-fakat, běrsatujuan.
اتو atau, atawa, Sk. salah suatu.
اثبات ithbat, Ar. měngithbatkan (1) měngaku, (2) tětapkan.
اثر athar, Ar. běkas, kěsan, jijak.
اجاب ijab, Ar. sěmpurnakan (hajat).
اجازه ijazah, Ar. (1) 'certificate' (2) izin, kěběnaran.
اجتهد ijtihad, Ar. usaha; pileh = اجتهاد.
اجار٢ ajar-ajar, Sk. orang pěrtapa dari-pada ugama Hindu.
اجرة ujrat, Ar. gaji.
اجوق ajok, měngajok. měngejek, giat.
اجل ajal, Ar. (1) gěnap pěrtanggohan umor; (2) waktu akan mati.
اجماع ijma‘, Ar. běrhimpun; pěrhimpunan orang.
اجمال ijmal, Ar. kětěntuan, kětěrangan; ijmalkan, těntukan maana.
اجناس ajnas, Ar. běrjěnis-jěnis.
اجي aji, J. raja; Rama Aji, ayahanda baginda; Sang Aji, yang dipěrtuan.
اچارا achara, Sk. sharat, jalan ugama.
اچيتا achita, Sk. běras.
اچر achar, I. Hind; jěrok. II. K. lembah, lěchah.
اچڤ achap, (1) pěnoh těpu. (2) Achap-achap (a) lěkas; (b) sělalu.
اچن achan, ajok, giat.
اچو achu, I. měnchoba, měngugut. II. Achuan, Tam. tuladan, chontoh, těmpat tuangan.
اچوم achum, asut, adu běrkělahi antara dua orang.
اچي achi, I. jadi; ta’ achi ta’ jadi. II. achi-achi, kayu panjang guna-nya měnggulong layar. III. Tam. kakak.
احترام ihtiram, Ar. hormat; muhtaram, yang běrhormat.
احتمال ihtimal, Ar. tanggong děrita; agak andai-nya.
احد ahad, Ar. satu; ahadkan, satukan, kahwinkan.
احرام ihram, haram, pantang.
احسان ihsan, Ar. kěbajikan, kěbaikan.
احكام ahkam, Ar. hukum-hukum.
احمد ahmad, Ar. yang patut di-puji.
احمر ahmar, Ar. merah.
احمق ahmak, Ar. těrlalu bodoh.
اخبار akhbar, Ar. (1) pěrkhabaran; (2) warta, kěrtas khabar.
اختلاف ikhtilaf, Ar. běrsalah-salahan.
اختبار ikhtibar, Ar. pilehan, muslihat.
اخر akhir, Ar. pěnghabisan, kěsudahan; akhir zaman, hampir hari kiamat.
اخلاص ikhlas, Ar. tulus, suchi.
اخوان ikhwan, Ar. saudara.
ادب adab, Ar. pěrangai yang baik; bahasa; santun.
ادو adu, I. Hind. lawan. II. Běradu, tidor (bahasa dalam); pěraduan, těmpat tidor. III. Měngadu, měndaawa.
ادوق adok, champor, gaulkan.
ادون adun, I. chěrmat, běrhias. II. Měngadun, měnguli.
ادي adi, Sk. těrtinggi, těrutama, těrlalu. Adiraja, ’diraja, gahara, yang těrlalu tinggi kěrajaan-nya. Angkatan raja ’diraja, jěnazah. Adiwarna, yang terlalu baik warna-nya.
اديب adib, Ar. běrbahasa.
اذان azan, Ar. bang.
اذرڠ azarang, Fars. merah bagai api, běrcahaya.
اذکار izkar, Ar. pěringatan; těrsěbut pada orang yang kěrap měnguchap nama Allah (běrzikir).
اذن izin, Ar. kěběnaran.
ارادة iradat, Ar. hukum Allah, kěhěndak Allah.
ارباب arbab, Ar. rabbi-rabbi, tuan-tuan.
اربعا arba‘a, Ar. (1) ěmpat; (2) hari ěmpat, hari Rabu.
ارچا archa, Sk. patong, gambar timbul.
ارحم arham, Ar. rahim, yang měngasehani.
اردي ordi, pěrentah, hukum.
ارس aras, měngaras, timbul sama tinggi děngan, takat, had.
ارشاد arshad, Ar. pěmimpin Tuhan.
ارڤوس arpus, suatu jěnis damar guna-nya bagi měmbaiki tali biola.
ارق arak, I. Ar. minuman yang haram. II. Usongkan děngan běramai-ramaian, hantarkan; binatang timor pěngarak siang.
ارکين arakian, dan lagi.
ارل aral, Ar. gěndala. = عرض
ارم aram, I. běrděndaman. II. Aram-těmaram, těrang-těmarang, kabor. III Aram-aram, rangka pulang hari di-pěrbuat di-kěliling sa-suatu yang hěndak di-bangunkan.
ارماد armada, Port. angkatan kapal pěrang.
ارنب arnab, Ar. tikus Bělanda.
ارنڠسن ariningsun, J. adinda.
ارواح arwah, Ar. ( - roh=toh) (1) sěmangat ; (2) al-marhum, yang di-kasehi Tuhan (si-mati).
اره arah, Ar. hala, tentang
اري ari, I. kulit ari lapis kulit yang di-luar. Ari-ari, bawah perut. II Ari Ar. tali bagi kěpala kuda; měngari, měmasang tali itu.
اريا aria, I. Sk, gělaran raja-raja Jawa. II. Hind tarek naik tali.
اريت arit, J. (1) bengkok ; (2) pisau pěnyadap.
اريس aris, rias batang pisang.
ازالة izalat, Ar. pěnghabisan, tammat.
ازل azal, Ar. masa yang tiada běrpěrmulaan ; dari-pada azal datang-ku pada abad
ازهر izhar, Ar. chěměrlang.
اس asa, Sk. harap. II ěsa suatu; mengěsakan―hěrti-nya tauhid měngěsakan Tuhan. III Asakan, lamun, jika, asalkan.
اساهن asahan, I. pinggan běsar. II nama něgěri
استاذ ustadz, Fars. tuan, guru
استاک astaka, angkat-angkatan sa-rupa astana kěchil.
استان astana, Sk. těmpat raja běrsěmayam, rumah raja.
استبراء istibra’, Ar. běrsuchi.
استبرق isitibrak, Ar. kain sitin, kain sutěra.
استثنأ istithna’, Ar. kěchuali, pěrbezaan ; měngistithnakan bezakan, kěchualikan.
استخارة istikharat, Ar. pilehan; sěmbhayang istikharah, kěrana měmohonkan yang baik di-antara dua pěkěrjaan.
استسلام istislam, Ar. masok ugama Islam.
استظهار istidzhar, kěnyataan.
استعادة isti‘adat, Ar. ‘adat, rěsam.
استعارة isti‘arat, Ar. ‘ibarat
استعمال isti‘mal, Ar. pěkěerjaan.
استغفار istighfar, Ar. minta ampun. Istighfaru’llah! moga-moga di-ampuni Allah!
استڠݢار istinggar, Port. sěnapang.
استڠݢي istanggi, Sk. abok kayu yang di-wangikan; asapan.
استفهام istifham, Ar. faham, měngěrti.
استقامه istikamah, Ar. kěadilan, běnar
استکون astakona, Sk. pěchah dělapan ; nasih běrastakona, nasi těrhidang dalam těmpat yang pěchah dělapan rupa-nya
استميوا istimewa, těrlěbeh lagi, tambahan pula.
استنجأ istinja’, bersuchi ayer běsar atay ayěr kechil.
استوأ istiwa’, Ar. sama těngah, běrsamaaan dua pehak. Khattu’l-istiwa’, gaarisan yaang di-těngah-těngah pěta duniaa, jalan matahari.
استهلال istihlal, Ar. pěrmulaan
اسد asad, Ar. singa.
اسراڤيل Israfil, Ar. Malaikat yang akan měniup sangkakala pada hari kiamat.
اسفل asfal, Ar. hina, kěji.
اسکندريه Iskandariah, Ar. Alexandria.
اسلام Islam, Ar. měnjunjong titah Allah. اسلامي Islami, yang běrugama Islam; sělamat.
Laman:Kitab Loghat Melayu.pdf/8 Laman:Kitab Loghat Melayu.pdf/9 Laman:Kitab Loghat Melayu.pdf/10 Laman:Kitab Loghat Melayu.pdf/11 Laman:Kitab Loghat Melayu.pdf/12 Laman:Kitab Loghat Melayu.pdf/13 Laman:Kitab Loghat Melayu.pdf/14 Laman:Kitab Loghat Melayu.pdf/15 Laman:Kitab Loghat Melayu.pdf/16
ايو ayu’, J. pěrmai, molek.
ايوان aiwan, Fars. ( = diwan) astana, balai.
ايه ayah, ايهند ayahanda, bapa.
ايه ayah, Port. pěngasoh, pělayan kanak-kanak.