Pelita Brunei/1956/2/15
PELITA BRUNEI
KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
TITAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN BRUNEI
KAPADA "PELITA BRUNEI"
Saya sangat sukachita mengetahui yang Pejabat Penerangan kita telah mengeluarkan berita Keraja'an "PELITA BRUNEI" yang akan dapat dibacha oleh pendudok2 Negeri, terutama oleh pendudok2 yang jauh dari pekan2, yang diam didarat2 dan diulu2. Saya perchaya berita yang dapat mencheritakan perjalanan dan usaha2 Keraja'an dari satu masa kasatu masa akan memberi peluang kapada pendudok2 semua mengikuti aras keadaan kemajuan Negeri, dan perkhidmatan2 yang dijalankan bagi kebajikan mereka.
Saya sangat sukachita dapat peluang menyampaikan amanah kapada sekalian pendudok2 negeri yang dikasehi menerusi keluaran "PELITA BRUNEI" ini. Ini adalah lagi satu daripada usaha2 perkhidmatan Keraja'an dalam perkara memberi penerangan kapada ramai dan saya berharap mudah2an maju dan jaya "PELITA BRUNEI" dalam usaha2nya.
Kita seharuslah mengetahui bahawa Keraja'an sentiasa berusaha kuat untok berkhidmat kapada ramai dalam berbagai2 ranchangannya menuju kebaikan dan kemajuan Negeri. Pertimbangan2 dan pertadbiran2 yang sebaik2nya sangat mustahak untok mengusahakan ranchangan2 perkhidmatan itu. Banyak kesukaran2 dan halangan2 yang dihadapi oleh Pegawai2 yang diberi tugas melaksanakannya, yang tidak chukop difaham atau diketahui oleh separoh daripada orang2 kebanyakan, yang terpaksa mengambil masa dan tenaga yang lebeh.
Dalam keadaan yang demikian sudah tentu kadang2 ra'ayat terduga dengan perasaan yang kurang puas hati. Suasana yang sarupa ini bukan sahaja akan didapati dalam Negeri kita Brunei ini, yang maseh muda lagi dalam usaha perkembangannya, tetapi juga dialamai oleh semua negeri2 yang besar di dunia luar yang luas ini. Keraja'an tidaklah akan berjaya dengan usaha2nya sendiri sahaja untok kemajuan Negeri. Kerjasama yang sapenohnya dari ra'ayat serta timbangrasa dan sama faham akan segala kesukaran2 dan kepayahan2 yang dihadapi oleh Keraja'an adalah sangat2 dikehandaki supaya menjayakan ranchangan2 kemajuan dan perkembangan Negeri kita. Kita tentu sama mengatahui bahawa banyak ranchangan2 perkhidmatan ini sedang dijalankan, saperti: Ranchangan Pelajaran, yang berusaha memberi pelajaran2 dan didekan2 sekolah kapada anak2 Negeri dengan membangunkan beberapa banyak sekolah diseluroh Negeri; Ranchangan Pension Umur Tua, yang berusaha memberi pertolongan kapada pendudok2 Negeri yang tua yang tidak larat lagi menchari nafkahnya; Ranchangan Kesehatan, yang berusaha memelihara dan memperbaiki kesehatan ra'ayat dalam Negeri dengan mengadakan rumah2 sakit, clinic2, tabib2 dan lain2 pegawai yang mustahak; Ranchangan Bantuan Menanam Getah Semula dan Getah Baharu, dengan tujuan menguatkan perdirian iktisad anak negeri diantara pekebun2 getah kechil dalam Negeri ini, dan lain2 lagi.
Ini adalah sebahagian kechil daripada ranchangan2 yang sedang dan akan diusahakan oleh Keraja'an. Tetapi jika tidak dengan bantuan, faham dan kerjasama dari pendudok2 sekalian kesemuanya harus tidak akan berjaya dengan chukop sempornanya.
Oleh itu saya berharap benar supaya semua ra'ayat Saya yang dikasehi dalam Negeri Brunei Darul Salam ini bersama2 berusaha dengan bersunggoh2nya menuju perkembangan Negeri kita yang kemajuannya kita semua chita2kan itu, serta untok meninggikan bersama taraf pendudok2 supaya dapatlah kita sekaliannya dudok dalam aman dan sentosa.
Saya uchapkan selamat diatas kadzahiran PELITA BRUNEI dan harap ia berkekalan maju, serta menjadi suatu kaguna'an besar kapada, dan diperhargakan oleh, sekalian para pembachanya.
------------------------------------------------------
UCHAP SELAMAT BRITISH RESIDENT BRUNEI
KAPADA "PELITA BRUNEI"
Saya sangat sedar kekurangan sebarang naskhah2 untok memberikan berita2 Keraja'an kapada orang ramai yang tinggal di daerah2 pedalaman luar bandar Negeri ini. Saya sangat2 berharap dengan lahirnya naskhah berita "PELITA BRUNEI" ini maka akan dapat di isi kekurangan itu.
Saya uchapkan selamat kapada "PELITA BRUNEI" dan Pegawai Penerangan Negeri serta kapada kesemua anggota Pejabat Penerangan Keraja'an Brunei, semoga maju jaya dalam usahanya yang baharu ini.
SUASANA POLITIK DI BRUNEI
SUASANA politik di Persekutuan Tanah Melayu dan di Singapura adalah sedang diperbinchangkan dengan hebat dan hangat oleh ra'ayat jelata sahingga perkara itu sudah pun merebak ka Brunei.
Bertambah2 pula dalam masa yang singkat ini, sudahlah monchol sabuah pertubohan politik yang baharu di Ibu Kota Persekutuan Tanah Melayu yang dinamakan "PARTY RA'AYAT".
Di Brunei juga perkara itu tidak pun ketinggalan, kerana sedikit masa yang lalu kira2 150 orang Melayu disini telah mengadakan satu perjumpaan yang besar hendak menubohkan Party Ra'ayat Malaya, Chabang Brunei.
Para hadzirin di Majlis tersebut juga telah menerima Rang Undang2 Party Ra'ayat, Chabang Brunei dan melantek sabuah Jawatan Kuasa Tadbir bagi menjalankan pertadbiran Party itu.
Mengikut "Manifesto" atau Dasar yang dikeluarkan oleh Party Ra'ayat, Chabang Brunei itu, diantaranya ialah :-
Mempertahankan kedudokan Duli Yang Maha Mulia Maulana Sultan Brunei dengan segala keturunan2 Duli Yang Maha Mulia mendudoki Takhta Kerajaan Brunei dengan Dasar Perlembagaan;
Mengakui sechara mutlak atas hak kerabat Diraja, baik ekonomi mahu pun politik;
Memperjuangkan kemerdekaan bagi seluroh kepulauan Melayu yang berdaulat dengan sechara Perlembagaan;
Menentang segala bentok rupa penjajahan dalam lapangan politik, ekonomi dan sosial;
Mewujudkan negara Melayu Merdeka yang berdaulat kedalam dan keluar, demokratik dan menjamin keselamatan ra'ayat selurohnya.
Melihat kapada Dasar2 Party Ra'ayat Malaya, Chabang Brunei itu berkenaan dengan perkara mempertahankan kedudokan Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei dengan segala Keturunan Baginda mendudoki Takhta Kerajaan Brunei, dapatlah kita tegaskan sahingga kahari ini Negeri Brunei yang berdaulat ini telah mempunyai Sultan yang mendudoki Takhta Kerajaan ini samenjak zaman perbakala, iaitu daripada Sultan Brunei Yang Pertama, yang digelarkan Paduka Sri Sultan Mohamed, dan terus Negeri ini diperintahkan oleh Keturunan2 Merhum sahingga kamasa ini. Jadinya, tidaklah wajib sasabuah Party Politik membuat ranchangan bagi mempertahankan kedudokan Sultan2 Brunei dengan segala Keturunan2 Sultan Brunei, kerana Negeri Brunei yang berdaulat ini akan TETAP dikuasai oleh Yang Dipertuan Negeri ini sendiri selagi bersinar peridaran chekerwala mata hari dan bulan.
So'al menentang segala bentok rupa penjajahan dalam lapangan ekonomi, sosial dan seterusnya di Brunei sebagaimana yang terkandong dalam Dasar Party Ra'ayat itu, dapat juga kita tegaskan bahawa mata-dunia sudah pun ketahui bahawa Kerajaan Brunei telah mengeluarkan berjuta2 ringgit bagi membantu anak2 Negeri ini dan masharakat saumomnya dalam berbagai lapangan saperti memberi pelajaran perchuma, menghantarkan penuntut2 sekolah dan Pegawai2 Kerajaan bagi mempelajari ilmu yang tinggi diluar negeri saperti di England dan di Australia dalam hal ehwal Pertadbiran Awam dan Kemasharakatan, Ilmu Undang2, Pertanian, Police, Jerutera dan sebagainya.
Sebagai membuktikan tentang kata2 kita tersebut, dapatlah kita terangkan bahawa pada tahun 1953, Majlis Mashuarat Negeri Brunei dalam persidangannya, telah pun mengeluarkan perbelanjaan sebanyak $ 100,000,000 untok perkembangan Negeri ini selama 5 tahun, iaitu antara tahun 1953 dan 1958.
Ranchangan Perkembangan Negeri Brunei itu adalah mengenai hal ehwal Pelajaran, Pertulongan2 Awam, Pertanian, Perubatan, Perhubongan Jalan Raya, Membesarkan Pelabohan, Mengadakan Lapangan Terbang, Membangunkan Rumah Sakit yang besar di Kuala Belait, memberi latehan kapada Jerurawat, Memperelokan bentok bandaran dan sebagainya.
Seterusnya dapatlah kita tegaskan juga bahawa dengan perjanjian2 yang diselenggarakan dengan pehak Kerajaan Borneo Utara, maka beberapa orang Guru2 Perempuan dari Brunei sudah pun dihantarkan oleh Kerajaan Brunei untok mempelajari Ilmu Perguruan di Maktab Perguruan Kent, Tuaran, Jesselton.
Selain daripada itu, pehak Kerajaan Brunei juga tidak lupa memberi pertulongan kapada Pegawai2 Kerajaan yang bersara dari jawatan masing2 dengan mengadakan Pension.
Sekarang kita kembalikan pula kapada so'al Politik. Sebagaimana yang diketahui oleh masharakat, mendirikan sasabuah Party Politik adalah memang elok dan juga perkara itu memanglah kewajipan ra'ayat jelata bagi membantu dan memperbaiki kesenangan dan keselamatan negeri yang sesuai dengan Dasar Perlembagaan sasabuah negeri itu.
PENDAFTARAN PARTY RA'AYAT CHAWANGAN BRUNEI
Samenjak tersiarnya berita sabuah party politik akan ditubohkan di Brunei pada bulan January yang lalu, maka didapati banyak diantara orang2 ramai di Brunei menyangka bahawa Kerajaan Brunei telah merasmikan pendaftaran pertubohan politik itu an mereka terus menanda tangani menjadi ahli serta membayar yuran kapada pertubohan itu.
Oleh kerana memandang akan hal tersebut maka Kerajaan Brunei telah mengeluarkan satu Ma'lumat untok menerangkan hal yang sabenarnya kapada orang2 ramai mengenai pendaftaran Party Ra'ayat Chawangan Brunei.
Untok pengetahuan orang2 ramai maka kita siarkan dengan sapenohnya kesemua kandongannya itu saperti berikut:-
"Kerajaan perchaya bahawa sabilangan orang2 ramai menyangka iaitu PARTY RA'AYAT CHAWANGAN BRUNEI telah didaftarkan oleh Kerajaan Brunei; dengan sebab itu mereka sedang mengisi borang2 menjadi ahli, dan juga membayar yuran kapada PARTY itu.
"Perkara yang sabenarnya ialah permintaan untok mendaftarkan pertubohan itu telah dibuat kapada Kerajaan pada 31 January, 1956. Penaja pertubohan itu telah diberi tahu bahawa tujuan2 dan dasar2 pertubohannya itu hendaklah dihantarkan kapada Kerajaan Brunei dengan bertulis dalam masa satu bulan dari tarikh itu. Tujuan2 dan dasar2 itu baharu sahaja diterima dan akan ditimbangkan terlebeh dahulu sabelum meluluskan pendaftarannya. Pada masa ini Party itu belum lagi rasmi didaftarkan.
"Ma'lumat ini adalah diberi kapada orang2 ramai hanya untok memberi tahu kapada mereka bahawa jikalau mereka dengan sabetulnya memba- yar yuran kapada pertubohan ini, mereka adalah membayar yuran kapada sabuah pertubohan yang belum didaftarkan oleh Kerajaan dan dengan itu tidaklah diakui oleh undang2".
Selain daripada itu dinyatakan bahawa mengikut Undang2 Negeri Brunei, saorang Pegawai Kerajaan Negeri ini dilarang menjadi ahli jawatan kuasa sebarang pertubohan politik atau memegang jawatan pertadbirannya, atau menjalankan dengan terang atau sebaleknya sebagai saorang wakil politik pertubohan itu atau kerana sebarang ahlinya.
Selanjutnya undang2 tersebut menyatakan bahawa sasaorang Pegawai Kerajaan adalah dilarang juga memberi sharahan di sebarang perjumpaan umom yang mengenai dengan pertubohan itu dan juga daripada mengambil sebarang bahagiam umom untok mengembangkan dasar pertubohan itu.
------------- PENDAFTARAN PERTUBOHAN2 DI BRUNEI
Tiap2 pertubohan yang ditubohkan didalam Negeri Brunei hendaklah didaftarkan dalam tempoh satu bulan samenjak tarikh penubohan pertubohan itu, dan tidaklah boleh sebarang pertubohan mengubahkan Dasarnya atau menjadi Chawangan dari mana2 pertubohan luar negeri dengan tidak mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pendaftar Pertubohan2 Negeri Brunei.
Pertubohan2 yang dikahendaki mendaftar termasoklah club2, sharikat2, pakatan2 atau persatuan2 yang mempunyai ahlinya sabanyak 10 orang atau lebeh, kechuali sebarang badan yang didaftarkan dibawah Undang2 Pendaftaran pada masa itu bersangkut paut dengan badan yang ditubohkan dan dijalankan samata2 untok sebarang chara yang halal; sebarang sharikat atau persatuan (termasok sharikat bekerja sama) yang ditubohkan dibawah sebarang Undang2 yang tertulis atau dibawah "Royal Charter" atau Surat2 Akuan dari Baginda Queen atau dibawah mana2 Undang2 "Parliament" United Kingdom atau daripada mana2 Peraturan dari Jajahan British; sebarang badan dari "Freemason" yang dituboh dibawah mana2 pertubohan "Freemason" yang diakui di United Kingdom dan Ireland Utara; mana2 persatuan buroh yang didaftarkan dibawah sebarang Undang2 yang tertulis pada masa itu mengawali persatuan buroh atau mana2 Sekolah Kerajaan atau Sekolah, atau Jawatan Kuasa Tadbir dari satu2 Sekolah yang didaftarkan dibawah Undang2 yang pada masa itu mengawali Sekolah2.
AMARAN
Pendaftar Pertubohan2 Negeri Brunei memberi AMARAN bahawa jika mana2 pertubohan yang di kahendaki mendaftar dibawah Undang2 Pertubohan tidak mengambil langkah mendaftar sahingga 29 February, 1956, maka beliau terpaksa akan menjalankan penda'waan jenayah keatas Pegawai2 dan Ahli2 dari pertubohan itu.
Pegawai2 dan Ahli2 dari semua pertubohan di Brunei adalah diberi AMARAN juga, iaitu mereka hendaklah faham berkenaan dengan butir2 yang terkandong dalam Undang2 Pertubohan dan semua Peraturan2 yang dibuat dibawahnya itu.
Barang siapa yang tidak faham berkenaan dengan perkara tersebut, hendaklah berhubong dengan Pendaftar Pertubohan 2 di Brunei, di Ibu Pejabat Police, Pekan Brunei atau daripada Pejabat Timbalan Pendaftar Pertubohan2 di Ibu Pejabat Police, Kuala Belait, supaya dapatlah diberi keterangan2 yang lebeh lanjut.
******************************************************************************************
BELON2 CHUACHA DI BRUNEI
Kerajaan Amerika Sharikat telah melepaskan beberapa banyak belon2 chuacha ("meteorological baloons") yang besar dengan membawa perkakas2 radio dan lain2 alat ka angkasa yang amat tinggi dari bumi ini; belon2 itu melambong hingga lebeh daripada 30,000 kaki.
Adalah difahamkan bahawa sabilangan dari belon2 chuacha itu akan jatoh di Brunei.
Barang siapa yang menjumpai belon2 itu hendaklah mengutipnya dengan chermat bersama2 dengan alat2nya itu dan serahkan kapada Penulong Resident atau kapada Pegawai Daerah yang berdekatan.
Ponulong Resident atau Pegawai Daerah pula akan mengambil nana dan alamat orang yang membawa belon2 itu, dan ia akan menulis masa dan tempat dimana belon2 chuacha itu telah dijumpai.
Belon2 itu kemudiannya akan dihantarkan kapada Konsol Amerika Sharikat di Singapura dan Kerajaan Amerika Sharikat akan membayar kembali perbelanjaan orang2 yang membawa belon2 itu dan juga memberi hadiah kapada orang2 itu atas usaha mereka.
Penulong Resident atau Pegawai Daerah yang menerima belon2 dan alat2 belon itu hendaklah membungkusnya dengan baik dan menghantarnya dengan saberapa segera kapada Controller of Civil Aviation, Brunei dengan keterangan2 yang dibawah ini :-
Nama orang yang membawa belon itu; alamatnya yang lazim; dimana belon itu dijumpai; masa dan tarikh belon itu dijumpai; tanda keterangan diatas belon atau lain2 alat dan taksiran perbelanjaan yang digunakan pada masa membawa belon itu dan kembali ka alamatnya yang lazim.
Kesemua anggota Police, Pertanian dan anggota Jabatan Perhutanan hendaklah berjaga2 menchari belon2 itu dan hendaklah menyiasat dalan Kampong2 serta dari peladang2, kalau2 belon2 chuacha itu dilihat
******************************************************************************************
PESUROH JAYA GAJI MELAWAT BRUNEI
Mr. L. Bain, Pesuroh Jaya Gaji dari Pejabat Jajahan Ta'lok British di London, telah melawat Brunei pada hari Khamis 19 January, 1956 untok mengkaji tangga gaji Pegawai2 Kerajaan Brunei dari semua peringkat.
Beliau telah mengadakan satu pertemuan dengan Wakil2 dari semua Bahagian Pegawai Kerajaan di Pejabat Kerajaan, Pekan Brunei pada hari tersebut dalan mana beliau telah menerina shor2 berkenaan dengan tangga gaji baharu yang dikemukakan kapadanya oleh Wakil2 itu.
Adalah difahamkan bahawa hasil dari penyiasatannya itu yang akan disampaikan kapada Kerajaan Brunei, dijangka akan diselesaikan pada penghujong bulan March, 1956.
Sesudah mengadakan pertemuan tersebut, Pesuroh Jaya Gaji itu telah berangkat ka Seria untok menyiasat tangga gaji anggota2 British Malayan Petroleum Company Limited.
***************** PESUROH JAYA AGONG TENGGARA ASIA MELAWAT BRUNEI
Pesuroh Jaya Agong Tenggara Asia, Yang Amat Berhormat Sir Robert Heatlie Scott, serta Lady Scott, telah melawat Negeri Brunei pada julong2 kali samenjak Yang Amat Berhormat itu memegangkan jawatan yang tinggi itu baharu2 ini.
Kedua2 beliau tersebut telah tiba di Brunei dengan kapal terbang dari Singapura pada petang hari Ithnin 23 January, 1956 dengan disambut oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin; Pesuroh Jaya Tinggi Negeri Brunei, Yang Terutama Sir Anthony Foster Abell; dan British Resident Brunei, Yang Berhormat Mr. J.O. Gilbert.
Pada hari Thalatha 24 January, 1956 Sir Robert Scott telah menghadziri Persidangan Satengah Tahun Antara Negeri2 Brunei, Sarawak dan Borneo Utara, di Lapau, Bandar Brunei dengan sifat beliau sebagai Pengurusi Persidangan itu.
Persidangan yang bersejarah itu telah dihadziri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin; British Resident Brunei, Yang Berhormat Mr. J.O. Gilbert; Setia Usaha Sulit ka pada Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Yang Berhormat Pehin Dato Perdana Menteri Haji Ibrahim bin Jahfar; Governor Negeri Sarawak, Yang Terutama Sir Anthony Foster Abell; Chief Secretary Negeri Sarawak, Yang Berhormat Mr. J. Ellis; Dato Bandar Negeri Sarawak, Yang Amat Berhormat Abang Haji Mustafa; Governor Borneo Utara, Sir Roland Evelyn Turnbull; Chief Secretary Borneo Utara, Yang Berhormat Mr. B.J. O'Brien; Yang Berhormat Mr. Chung Chao Lung (saorang Ahli Majlis Mashuarat Negeri, Borneo Utara); Setia Usaha kapada Pesuroh Jaya Agong Tenggara Asia, Mr. J.O. Kiddle dan juga Yang Amat Berhormat Sir Robert Scott.
Sir Robert Scott dan Lady Scott telah dira'ikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei disatu Majlis Jamuan Minuman yang meriah di Istana Darul Hana, Temasek, Brunei pada malam hari Thalatha itu dan kemudian Sir Robert Scott, Lady Scott dan ahli2 jemputan yang lain telah menghadziri temasha Silat dan Kuntau Seluroh Brunei yang telah dilansungkan di halaman Istana Darul Hana.
Pesuroh Jaya Agong Tenggara Asia itu telah menyampaikan hadiah2 kapada orang2 yang berjaya dalam Peraduan Silat dan Kuntau Seluroh Brunei itu.
Sir Robert Scott, serta Lady Scott, dengan di iringi oleh Pesuroh Jaya Tinggi Negeri Brunei, Yang Terutama Sir Anthony Foster Abell telah berangkat dari Lapangan Terbang Berakas, Brunei pada pagi hari Rabu 25 January, 1956 ka Seria dengan menaiki kapal terbang khas kepunyaan British Malayan Petroleum Company Limited.
Ketika tiba di Lapangan Terbang Anduki, Seria, Pesuroh Jaya Agong Tenggara Asia itu telah disambut oleh Managing Director, British Malayan Petroleum Company Limited, Mr. R.E. Hales dan isteri beliau; Technical Manager, British Malayan Petroleum Company Limited, Mr. T.R. Groundwater; Penulong Resident, Belait, Mr. P.A. Coates; dan O.C.P.D. Belait, Mr. P.J. Stone.
Meskipun Sir Robert Scott telah berada di Kota Lombong Minyak tersebut hanya sedikit masa sahaja, tetapi dalam masa yang singkat itu, beliau sangatlah tertarik hati melihat berbagai rupa perusahaan2, pekerjaan2 dan pembenaan2 yang diselenggarakan oleh Sharikat Minyak tersebut.
Menurut keterangan Sir Robert Scott kapada akhbar "SALAM" yang diterbitkan oleh British Malayan Petroleum Company Limited, beliau telah melawat hampir2 kesemua negara di sabelah Timor Asia, tetapi beliau belum pernah melihat sabuah tempat pun yang dapat menandingi kemajuan dan perkembangan yang telah dibuat oleh padang minyak itu.
Kemajuan2 yang diperolehi oleh Sharikat Minyak tersebut, tegas Sir Robert Scott, sangatlah mena'jubkannya, menekala perbandingan kemajuan yang di hasilkannya sunggoh mengejutkan; apalagi kalau di fikirkan bahawa disabuah daerah yang letaknya tidak jauh dari negara minyak ini, terdapat tanah2 yang maseh kosong tidak dapat di kerjakan oleh orang, luas terbentang dengan tidak mempunyai sabarang perusahaan sedikit pun.
Sesudah melawat Seria, Pesuroh Jaya Agong Tenggara Asia itu dan isteri beliau telah berangkat ka Miri, Sarawak. Dari sana beliau2 telah melawat ka Bintulu, Sibu dan ka Kuching, kemudian balek ka Singapura dengan kapal terbang Malayan Airways.
******************************************************************************************
LAWATAN DYMM SULTAN BRUNEI KA SOAS COLLEGE, BRUNEI
Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin, dengan di iringi oleh Setia Usaha Sulit kapada Baginda, Yang Berhormat Pehin Dato Perdana Menteri Haji Ibrahim bin Jahfar dan A.D.C. kapada Duli Yang Maha Mulia, Yang Mulia Inche' Abas Al-Sufri, telah melawat Sultan Omar Ali Saifuddin College, Brunei pada hari Rabu 18 January, 1956.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei telah di sambut oleh State Education Officer, Brunei, Mr. H. J. Padmore; Penguasa Pelajaran Melayu, Che' Marsal bin Ma'un; dan oleh Pengetua Maktab tersebut, Mr. L.A. Bradshaw.
Sesudah memereksa bilek2 darjah dan di perkenalkan kapada Guru2 Maktab itu oleh Pengetuanya, maka Duli Yang Maha Mulia Sultan dan pelawat2 yang lain telah dira'ikan disatu Majlis Jamuan Teh disabuah bilek Maktab tersebut.
****************** PENUNTUT2 BRUNEI DI ENGLAND DAN DI AUSTRALIA
Seramai 8 orang penuntut2 dari Brunei, mengandongi 6 orang Melayu dan 2 orang China, sedang melanjutkan pelajaran mereka di England dan di Australia. Lima orang daripada penuntut2 itu telah dihantarkan ka negeri2 itu atas perbelanjaan perchuma Kerajaan Brunei, menekala 3 orang lagi sedang belajar dengan perchuma dibawah Ranchangan Colombo.
Penuntut2 yang bertuah itu ialah Inche' Isa bin Ibrahim, Inche' Talib Darwish, Awangku Ismail bin Pengiran Mahnood dan Inche' Johar bin Noordin (kesemuanya sedang belajar di England), serta Inche' Abdul Hamid bin Jaafar, Awangku Idris bin Pengiran Kerma Indera, Mr. Michael Chong dan Mr. Anthony Chin (ke empat2nya sedang belajar di Australia).
Inche' Isa bin Ibrahim sedang belajar di Chartway Sevenoaks School, Kent. Satelah tamat pelajarannya di sekolah itu, ia dijangka akan masok belajar disabuah University untok mempelajari Ilmu Undang2.
Inche' Talib Darwish sedang belajar Ilmu Jurutera di Brighton Technical College, England.
Awangku Ismail bin Pengiran Mahnood dan Inche' Johar bin Noordin sedang belajar di Milfield School, Somerset, England.
Inche' Abdul Hamid bin Jaafar sedang belajar Ilmu Pertanian di Gatton Technical College, Queensland, Australia.
Awangku Idris bin Pengiran Kerma Indera sedang belajar di Technical School, Leederville, Australia. Ia akan belajar Ilmu Kedoktoran satelah tamat latehan permulaan di sekolah itu.
Mr. Michael Chong sedang belajar Ilmu Jurutera dan Mr. Anthony Chin juga sedang belajar Ilmu Jurutera di Maktab2 Teknikal di Australia.
Penuntut2 yang akhir sekali berangkat ka luar negeri ialah Inche' Isa bin Ibrahim dan Inche' Abdul Hamid bin Jaafar.
Inche' Isa ialah anak kapada Yang Berhormat Pehin Dato Perdana Menteri Haji Ibrahim bin Jahfar, Setia Usaha Sulit kapada Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei.
Ia dilahirkan di Brunei 20 tahun yang lalu dan mulai belajar di Sekolah Melayu Pekan Brunei. Satelah lulus dalam pepereksaan di sekolah Melayu itu, ia melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris Kerajaan Brunei dan kemudian di Roman Catholic School, Brunei.
Oleh kerana chenderong hendak belajar bahasa Inggeris dengan saberapa tinggi sanenjak ia maseh kechil lagi, maka ia di hantarkan oleh ayahnya ka Pulau Pinang dimana ia telah belajar selama 3 tahun di Stamford School.
Inche' Isa balek ka Brunei pada penghujong tahun 1950 dan pada awal tahun 1951 ia dipileh menjadi saorang kerani di Pejabat Pelajaran, Brunei.
Ia berhenti dari jabatan tersebut satelah bekerja selama satu tahun atas kemahuannya sendiri dan berangkat pula ka Singapura untok menyambongkan pelejarannya lagi di sekolah2 Inggeris disana.
Pada masa berada di Singapura selana 3 tahun 9 bulan, Inche' Isa telah belajar di Victoria Continuation Afternoon School dan kemudian di Beatty Secondary School. Ia balek ka Brunei pada bulan December 1955 satelah masok pepereksaan Darjah Sembilan ("Senior Cambridge") dan telah berangkat ka England pada awal bulan January tahun ini.
Inche' Abdul Hamid bin Jaafar, berumor 26 tahun, telah dilahirkan di Brunei. Ia lulus pepereksaan Darjah Enam di Roman Catholic School, Brunei.
Pada tahun 1948 Kerajaan Brunei telah menghantarkan Inche' Abdul Hamid ka Maktab Pertanian, Serdang, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu untok mempelajari Ilmu Pertanian di sana selama satu tahun.
Pada masa ia balek ka Brunei, Inche' Abdul Hamid telah berkhidmat di Jabatan Pertanian disini. Dalam masa perkhidmatan di Jabatan itu ia telah bekerja dengan bersunggoh2 dan oleh kerana hal sademikian, maka Kerajaan Brunei telah menghantarkan Inche' Abdul Hamid ka Kuching dimana ia telah belajar Ilmu Pertanian selama 2 tahun.
Inche' Abdul Hamid telah balek ka Brunei satelah tamat pelajarannya di Kuching dan pada masa itu Kerajaan Brunei telah melanteknya memegang jawatan Penulong Pegawai Pertanian.
Sabelum berangkat ka Australia, Inche' Abdul Hamid telah belajar Ilmu2 Hisab, Ilmu Kimia ("Chemistry") dan Ilmu Fisik ("Physics") di Government English School, Brunei (pada masa ini telah ditukarkan nama sebagai Sultan Omar Ali Saifuddin College) selama 9 bulan atas perbelanjaan perchuma Kerajaan Brunei.
******************************************************************************************
GURU2 PEREMPUAN BRUNEI KA MAKTAB PERGURUAN KENT
Jabatan Pelajaran Negeri Brunei telah memileh 6 orang Guru2 Pelateh Perempuan dari Sekolah2 Melayu Seluroh Negeri Brunei sebagai chalon2 berlateh yang baharu ka Maktab Perguruan Kent, Tuaran, Jesselton, Borneo Utara pada tahun ini saperti berikut :-
Dayangku Maimunah binte Pengiran Damit dan Hidup binte Gantang (kedua2nya dari Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jemal-ul-Alam, Pekan Brunei), Tiamah binte Haji Safar (Sekolah Bunut, Bahagian Brunei), Ludi binte Lakin (Sekolah Tanjong Maya, Tutong), Sa'adiah binte Kikil dan Norzainah binte Malek (kedua2nya dari Sekolah Seria).
Mereka telah berangkat ka Tuaran pada 27 January, 1956.
**************** PUSAT LATEHAN GURU2 MELAYU NEGERI BRUNEI
Kerajaan Negeri Brunei telah bersetuju mengadakan sabuah Pusat Latehan bagi melateh Guru2 Melayu Negeri Brunei yang ditempatkan di Bandar Brunei.
Bagi sementara, latehan itu dijalankan disuatu bangunan sementara dalam kawasan Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jemal-ul-Alam, Pekan Brunei.
Dengan tertubohnya Pusat Latehan Guru2 tersebut, maka pehak Kerajaan Brunei tidaklah akan menghantar lagi Guru2 Melayu mempelajari di Sekolah Latehan Guru2 di Batu Lintang, Kuching, Sarawak. Meskipun bagitu, hantaran Guru2 Melayu ka Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim dan ka Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka, di Persekutuan Tanah Melayu, serta juga ka Maktab Perguruan Kent, di Tuaran, Jesselton, Borneo Utara akan diteruskan juga.
Pegawai2 dalam Pusat Latehan Guru2 Melayu ini, ialah Pegawai2 Lantekan Sementara sahaja. Mr. P. Spicer ialah Pengetua Pusat Latehan ini, menakala Guru yang kanan ("Senior Tutor") ialah Inche' Yusoff bin Mohamed (Pegawai Pinjaman dari Johore, Persekutuan Tanah Melayu) dengan dibantu oleh Che' Gu Mohamed Sum bin Hashin dari Brunei.
Pusat Latehan ini telah dimulakan pada 18 January, 1956 dan pada masa ini mengandongi seramai 22 orang penuntut2 terdiri dari 14 orang penuntut2 tahun pertama dari Sekolah Latehan Guru2 di Batu Lintang, Kuching; 7 orang penuntut2 tahun kedua dari Sekolah Latehan Guru? di Batu Lintang juga dan saorang Guru Perempuan, iaitu Che' Gu Pengiran Umi binte Pengiran Idrus dari Sekolah Melayu Sultan Muhamad Jomal-ul-Alam, Brunei.
PENUNTUT2 BAHARU
Penerimaan penuntut2 baharu dijangka akan dijalankan dalam bulan June atau July tahun ini, iaitu apakala bangunan yang berhubong dengan Sultan Omar Ali Saifuddin College, Brunei telah disiapkan.
***
20 ORANG PENUNTUT2 DI BRUNEI LULUS PEPEREKSAAN "SARAWAK JUNIOR CERTIFICATE"
Seramai 20 orang penuntut2 dari 3 buah Sekolah2 Inggeris dalam Negeri Brunci, telah lulus pepereksaan "Sarawak Junior Certificate" yang telah dijalankan pada bulan December, 1955 dibawah anjoran Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan Jabatan Pelajaran Negeri Brunei.
Penuntut2 yang telah lulus dalam pepereksaan sebut, ialah :-
Sultan Omar Ali Saifuddin College, Brunei : Rachael Daniel, Abdul Aziz bin Umar, Abdul Hamid bin Ja'afar, Hassan bin Mohammed Yusof, Mohammed Ali bin Mohammed Daud, Mohammed Ja'afar bin Noordin dan Zakaria bin Sulaiman.
Government English School, Seria; Florence Yeow Swan Choo, Ann Irene Jenkins, Jusnani binte Iawie, Lau Chung Foon, Abdul Rahman bin Kahar, Abidin bin Abdul Rashid dan Md. Taib bin Md. Said.
Saint Michael's School, Seria: Jean Clark, Cecelia Lai, Adanan bin Ali Hassan, Chiam Heng Cheng, Chong See Kui dan Simon Yeo.
***
PEPEREKSAAN KERANI2 JAWATAN RENDAH
Kerani2 Jawatan Rendah Kerajaan Brunei yang telah lulus dalam Pepereksaan Kerani 2 Jawatan Rendah pada akhir tahun 1955 ialah saperti berikut :-
Malai Hamid bin Shariff Masdok, Awangku Sallehuddin, Kamaluddin bin Abu Bakar, Abdul Hamid bin H. Metassin, Awangku Momin bin Pengiran Damit dan Pengiran Idris bin Pengiran Metassin.
***
DATO MAHARAJA SETIA
Inche' Dian bin Kapal telah dianugerahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei dengan gelaran "Dato Maharaja Setia" baharu2 ini.
***
INCHE SUHAIMI KA KUCHING
Inche' Suhaimi bin Haji Ismail, saorang Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian, Bandar Brunei telah Sarawak baharu2 ini kerana mempelajari Kursus Penulong Pegawai Pertanian di Agricultural Staff Training School, Kuching.
Beliau akan mempelajari Kursus tersebut selama 18 bulan atas perbelanjaan perchuma Kerajaan Brunei.
***
WARTAWAN INGGERIS MELAWAT BRUNEI
Satelah menjalankan kewajipan mereka di Ban- dar Brunei, maka pelawat2 itu telah berangkat ka Seria pula dengan ditemani oleh Penulong Pegawai Penerangan Kerajaan Brunei, Pengiran Mohamed Yusuf bin Pengiran Haji Abdul Rahim.
*******************************************************************
JAWATAN KUASA KEWANGAN NEGERI BRUNEI
Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin, dalam Majlis Mashuarat Negeri Brunei, telah melantek beliau2 dibawah ini menjadi Ahli2 Ja-watan Kuasa Kewangan Negeri Brunei pada tahun 1956:-
State Treasurer (Pengurusi); Duli Pengiran Pemancha dan Pengiran Kerma Indera.
*******************************************************************
DR. WALLACE TIBA DI BRUNEI PADA 23 FEBRUARY MENGUBATI ORANG2 YANG MENGIDAP SAKIT MATA
Dr. E.H. Wallace, saorang Tabib Mata yang bijak akan tiba di Brunei pada hari Khamis 23 February, 1956 untok melihat dan mengubati orang2 yang mengidap sakit mata di tempat mengubati sakit mata di General Hospital, Bandar Brunei.
Untok menyenangkan pekerjaan2 yang akan dilakukan, maka akan disediakan sabuah Buku Pertemuan2 dimana akan didaftarkan nama orang2 yang mengidap sakit mata yang berkehendak pertulongan dari Tabib Mata tersebut.
Barang siapa yang berkehendak pertulongan itu hendaklah memberi nama mereka kapada Pegawai Perubatan, General Hospital, Bandar Brunei dengan saberapa segera.
Ketua2 Kampong adalah dikehendaki juga memberi nama orang2 yang berkehendak pertulongan tersebut kapada Pegawai Perubatan yang terma'lom supaya dapatlah beliau mendaftarkan nama orang2 yang mengidap sakit mata dan menyerahkan Buku Pertemuan2 itu ka pada Tabib Mata ter-sebut pada masa beliau tiba di Bandar Brunei.
Jadual masa mengubati orang2 yang mengidap sakit mata itu adalah saperti berikut :-
Minggu Pertama: Bandar Brunei; Minggu Kedua : Sekolah2 dan Daerah Timor, Brunei; Minggu Ketiga ; Daerah Barat Brunei; dan Minggu Keempat: Bandar dan Daerah Brunei.
9 PEMBESAR2 DI BORNEO DIKURNIAKAN GELARAN TAHUN BAHARU
Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Elizabeth II telah anugerahkan gelaran2 kehormatan Tahun Baharu, 1956 kapada 9 orang pembesar2 di Borneo Utara, Brunei dan Sarawak.
Governor Borneo Utara - K.C.M.G.
Governor Borneo Utara dan juga Panglima Agong Borneo Utara, Yang Terutama Mr. Roland Evelyn Turnbull, telah di anugerahkan oleh Baginda Queen dengan Martabat K.C.M.G. ("Knight Commander of Saint Michael and Saint George").
Tuan Yang Terutama itu, yang sekarang ini dipanggil Sir Roland Evelyn Turnbull, telah biasa juga memegang satu jawatan yang penting di Brunei, iaitu sebagai British Re-sident, Brunei pada tahun 1934.
D.P.P. O.B.E.
Wazir Yang Kedua Negeri Brunei serta juga Pegawai 'Adat Istiadat, Ugama dan Kebajikan Negeri Brunei, Teramat Mulia Duli Pengiran Pemancha, Pengiran Anak Heii Mohamed Alam ibni Almerhum Pengiran Anak Abdul Rahman, telah di anugerahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Martabat 0.B.E. Kehormat ("Honorary Officer of the Order of the British Empire").
Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Penancha telah dilahirkan di Brunei pada tahun 1918. 'Beliau telah me- nuntut pelajaran di Malay College, Kunlarangsar, Perak, Malaya selama 6 tahun pada masa sabelun perang, iaitu dari tahun 1932 hingga ka tahun 1937.
Satelah kembali ka Brunei pada tahun 1938, beliau telah berkhidmat sebagai saorang Kerani Mahkamah dan sa- sudah bekerja dengan tekon dan rajin selama sabelas tahun dalam perkhidmatan Kerajaan Brunei, maka Yang Teramat Mulia itu telah dilantek menjadi saorang Hakim. Beliau telah ditukarkan ka Temburong pada tahun 1950 menjadi Pegawai Daerah.
Tidak berapa lama sabelum Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin pada tahun 1951, maka Yang Toramat Mulia itu telah di anu- gerahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei dengan gelaran Duli Pengiran Pemancha, Wazir Yang Kedua, Nege- ri Brunei.
Dato Bandar Sarawak - C.B.E.
Dato Bandar Sarawak, Yang Amat Berhormat Abang Haji Mustafa, yang juga memegang jawatan Penaschat Hal Ehwal Orang2 Melayu Sarawak, telah di anugerahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Martabat C.B.E. ("Commander of the Order of the British Empire").
Enam orang lagi di Borneo yang telah berjasa kapada masharakat telah di anugerahkan Martabat2 saperti berikut :-
0.B.E. Mr. John Lyall Greig, Pengarah Jabatan Pertanian, Borneo Utara; dan Mr. Chung Chao Lung dari Borneo Utara.
M.B.E. (Bahagian Awam)- Mr. Hamish Mac Gregor, Pengelola Rumah Sakit Kusta, Sarawak; dan Mr. Wong Sing dari Sarawak.
M.B.E. Kehormat (Bahagian Awam)- Mr. Tze Shuen Sung, Guru Besar, Chung Hwa School, Kuala Belait, Brunei; dan Mr. Chin Tin Onn, Hospital Assistant, Jabatan Perubatan, Borneo Utara.
********************************************************
LANTEKAN BAHARU PEGAWAI2 KERAJAAN BRUNEI
Mr. R.H. Morris, Ponulong Resident, Brunei telah berhenti dari jawatannya itu mulai 3 January, 1956 dan di lantek memangku jawatan State Treasurer, Brunei mulai 23 January, 1956 menggantikan jawatan Mr. E.W. Cousens, State Treasurer, Brunei pada masa Mr. E.W. Cousens berchuti.
Mr. D.L. Bruen telah dilantek menjadi Penulong Resident, Brunei mulai 3 January, 1956 menggantikan jawatan Mr. R.H. Morris.
Mr. J.A.R. Anderson telah dilantek menjadi State Forest Officer, Brunei mulai 21 January, 1956 menggantikan jawatan Mr. B.E. Smythies, State Forest Officer, Brunei yang telah berhenti dari tarikh itu juga.
Mr. Oleg Vitte, telah di lantok menjadi Penulong State Engineer, Brunei mulai 23 January, 1956.
Mr. L.A. Bradshaw, Pengetua Sultan Omar Ali Saifuddin College, Brunei telah di tambah lagi kuasa- nya sebagai Pemangku Pegawai Pelajaran Daerah, Daerah Brunei mulai dari 11 January, 1956.
Mr. J.L. Atherton, Pengetua Government English School, Seria telah di tambah kuasanya sebagai Pemang- ku Pegawai Pelajaran Daerah, bagi Daerah Belait dan Seria, termasok Sekolah2 di Sungei Tutong, Tutong dan Penanjong, mulai 11 January, 1956.
Mr. G.G. Watson telah dilantek menjadi Penulong Pengetua, Government English School, Seria mulai dari 11 January, 1956.
Mr. M. MacInnes, Guru Ilmu Science di Sultan Omar Ali Saifuddin College, Brunei telah dilantek menjadi Penulong Pengetua Maktab itu mulai dari 1 January,1956.
********************************************************
AL-ISLAM DZAHIR
Telah SELAMAT dzahir ka dunia, di sambut dengan 17 das mariam di raja pada petang hari Juma'at 17 February, 1956, ialah PENGIRAN ANAK PUTERI AMMAL UMI KALTHOM AL- ISLAM, puteri katiga bagi Duli2 Y.M.M. Sultan dan Raja Isteri Brunei. (Berita lan-
jut: Tunggu keluaran akan datang-PENGARANG) PERADUAN SILAT DAN KUNTAU SELUROH BRUNEI 1956 JOHAN2 DAERAH BRUNEI MENANG
Peraduan Akhir Silat dan Kuntau, diantara Johan2 dari kesemua Daerah2 seluroh Brunei, telah di lansung- kan di kawasan Istana Darul Hana, Temasek, Brunci pada malam hari Thalatha 24 January, 1956 dengan beroleh kojayaan yang besar.
Temasha itu telah diserikan dengan kehadziran Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Sai- fuddin; Pesuroh Jaya Agong Tonggara Asia, Yang Amat Berhormat Sir Robert Heatlie Scott; Pesuroh Jaya Tinggi Negeri Brunei dan juga Governor Sarawak, Yang Terutama Sir Anthony Foster Abell; Governor Borneo Utara, Yang Terutama Sir Roland Evelyn Turnbull; British Resident Brunei, Yang Berhormat Mr. J.0. Gilbert; Wazir Yang Portama Negeri Brunei, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara; Wazir Yang Kedua Negeri Brunei, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Pemancha; Dato Bandar Sarawak, Yang Amat Berhormat Abang Haji Mustafa; Setia Usaha Sulit kapada Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Yang Berhor- mat Pehin Dato Perdana Menteri Haji Ibrahim bin Jahfar%;B A.D.C. kapada Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Yang Mulia Inche' Abas Al-Sufri, serta beberapa orang pembe- sar2 dari Brunei, Sarawak, Borneo Utara.
Haji Mohidin bin Pengarah Persch (Johan Silat Dae- rah Brunei) telah mendapat gelaran Johan Silat Seluroh Negeri Brunei, 1956 apabila ia berjaya mengalahkan San- dan Anak Ragai (Johan Silat Daerah Belait) dalam pusingan akhir yang paling hebat, dengan mengambil masa 17 minit.
Terlebih dahulu, Haji Mohidin mengalahkan Awang Metasan bin Sulaiman (Johan Silat Daerah Seria dalam pu- singan pertama, dan kemudian dalam pusingan kedua ia mengalahkan Mat Don bin Arshad (Johan Silat Daerah Tutong).
Sandan pula mengalahkan Metusin (Johan Silat Daerah Tanbngong) dalan pusingan pertana dan terus nelawan Haji Mohidin dalan pusingan akhir.
Mohsin bin Md. Yasin (Johan Kuntau Dacrah Brunci) telah mengalahkan Mohandi bin Linyan (Johan Kuntau Daerah Belait) dalan pusingan akhir. Dalan pusingan pertama, Mohandi mengalahkan Ah Tan (Johan Kuntau Dacrah Tutong) dan melawan Mohsin dalan pusingan akhir. Mohsin pula nongalahkan Unding Anak Dungau (Johan Kuntau Daerah Tom- burong) dalan pusingan kedua. Sabelum melawan Mohsin, Unding Anak Dungau telah mengalahkan Jeludin bin Salin (Johan Dacrah Soria) dalam pusingan pertama.
Yang Amat Berhormat Sir Robert Scott, Posuroh Jaya Agong Tenggara Asia, telah menyampaikan hadiah2 kapada orang2 yang telah berjaya dalan Peraduan Silat dan Kuntau seluroh Negeri Brunci tahun 1956.
BRUNEI SPORTS CLUB
Brunei Sports Club, iaitu sabuah persatuan sukan yang telah ditubohkan di Bandar Brunei baharu2 ini, te- lah mengadakan Mashuarat Agong Penubohannya bertempat
beroleh kejayaan yang besar.
Majlis tersebut telah dipimpin oleh Inche' Hamidoon bin Awang Danit sebagai Pengurusi dengan dibantu oleh Mr. C.B. Humphries sebagai Setia Usn-ha dan dihadziri oleh ranai penggenar2 sukan dari berbagai bangsa.
Para hadzirin di hjlis itu telah meluluskan Undang2 Brunei Sports Club satelah diadakan pinda- an2 serta melantek Pegawai2 persatuan sukan itu saperti berikut :-
President, Mr. D.L. Bruen (Penulong Resident, Brunei); Setin Usaha Yang Kehormat, Mr. C.B. Humphries; Bendahari Yang Kehormat, Mr. M.D. Graham; Setia Usaha Sukan Yang Kehormat, Pengi- ran Puteh bin Pengiran Haji Rajid; Setia Usaha Penghiboran, Mr. Paul Carson; Setia Usaha Minu-man, Mr. Jimmy Moldrich.
Ahl12 Jawatan Kuasa, Pongiran Kerma Indera Mohamed, Inoho' Hamidoon bin Awang Damit dan Mr. Patrick Mc Afee.
Barang siapa, sama ada lelaki atau perem- puan dari sebarang bangsa, yang berumor keatas 18 tahun, yang suka hendak menjadi ahli persatuan tersebut, silah berhubong dengan Setia Usahanya di Pejabat Kerja Raya, bahagian Road Section. Bayaran masok ialah 6 10 menekala yuran bulanan 3.
- - - - - - - - - - - - -
PERLAWANAN BOLA SEPAK SEKOLAH2 SELUROH BRUNEI
Pasokan bola sepak Government English School, Seria, Johan Seluroh Brunei pada tahun 1954, telah berjaya menyandang semula gelaran Johan antara Seko-lah2 Seluroh Brunei pada tahun yang lalu satelah Sekolah itu mengalahkan Sekolah Melayu Bukit Bendera, Tutong dalam perlawanan akhir yang telah dilansongkan di Padang Baharu, Pekan Brunei pada bulan January yang lalu.
Selain daripada memenangi gelaran yang baharu itu, Government English School, Seria juga telah menyandang gelaran Johan Bola Sepak antara Sekolah2 seluroh Bahagian Belait pada tahun 1955.
- - - -