Wikisumber:Penyelia

(Dilencongkan daripada Wikisumber:ADMINS)
Penyelia

Jalan pintas:
WS:ADMINS

Laman ini menyediakan maklumat tentang penyelia semasa Wikisumber Bahasa Melayu — pengguna yang diberikan hak dan tanggungjawab tambahan seperti yang diterangkan di Wikisource:Penyelia/Kepenyeliaan.

Lihat juga:

  • Wikisource:Papan kenyataan penyelia
  • Senarai penyelia janaan sistem / Senarai hak penyelia
  • Aktiviti pemegang hak lanjutan
  • Statistik penyelia ()

Penyelia pada masa kini

sunting

Penyelia diberi akses selama enam bulan mengikut dasar keterhadan akses. Undian berkala akan diadakan untuk mengesahkan status setiap pengguna. Bahasa lain menunjukkan lingkungan penyelia yang mungkin boleh bertutur dengan ahli luar daripada projek ini, atau membantu menyediakan terjemahan domain awam.

Nama pengguna Bahasa pengguna Tarikh pengesahan status berikutnya Senarai akses penyelia (termasuk yang dari luar Wikisumber Bahasa Melayu)
Hakimi97 Bahasa Melayu (penutur asli), bahasa Cina (penutur asli), bahasa Inggeris (aras tinggi) 2025-11 penyelia (mswikisource)
Lim Natee Bahasa Indonesia (penutur asli, bahasa Minangkabau (penutur asli), bahasa Melayu (aras tinggi), bahasa Thailand (aras tinggi), bahasa Inggeris (aras tinggi) 2025-11 penyelia (mswikisource)

Perbincangan pengesahan status kepenyeliaan

sunting

Akses terhad bergantung pada sokongan berterusan daripada komuniti. Hal ini boleh ditentukan dengan mengadakan undi percaya yang melibatkan sokongan majoriti mudah (50%+1) terhadap pengekalan akses berterusan pada seseorang pengguna itu. Mana-mana pengguna boleh mencadangkan undi percaya, tetapi sekurang-kurangnya tiga pengguna tegar mesti menyokong keperluan adanya undi percaya tersebut sebelum sesi undi percaya dilakukan. Usulan undi percaya dibuat secara automatik satu tahun selepas usulan cadangan berjadual lalu (berkenaan semua akses terhad).

Sekiranya terdapat kes usulan undi percaya yang dilakukan secara tidak berjadual, pengguna tersebut tidak boleh menggunakan akses terhad untuk sebarang tindakan bukan remeh pada bila-bila masa sehingga undian ditutup. Seorang birokrat akhirnya akan mengarkibkan perbincangan dan, jika keputusan telah dibuat, birokrat tersebut boleh meminta pengalihan keluar akses terhad melalui pengelola.

 —Dasar keterhadan akses

Pencalonan kepenyeliaan

sunting
Pencalonan penyelia masa lalu akan diarkibkan di laman arkib penyelia atau di laman arkib Kedai Kopi.

Tambah format berikut di bawah garisan tertera:

=== Pencalonan NAMA PENGGUNA sebagai penyelia ===

{{mencalon|NAMA PENGGUNA}}

(Alasan pencalonan.) ~~~~
_________________________________________________________

Pencalonan Hakimi97 sebagai penyelia antara muka

sunting

Hakimi97 (bincangsumbangan) • aktivitiGlobal

Salam semua. Saya ingin mencalonkan diri saya untuk menjadi penyelia antara muka di Wikisumber Bahasa Melayu dengan tujuan menyelenggara laman-laman ruang nama MediaWiki yang berakhiran dengan .js dan .css.

Untuk pengetahuan semua, saya sudah mempunyai pengalaman menyunting ruang nama MediaWiki pada Wikisumber, contoh seperti pengemaskinian (supaya fungsi berpadanan dengan Wikisumber Bahasa Inggeris) pada laman MediaWiki:Proofreadpage pagenum template, MediaWiki:Proofreadpage header template serta MediaWiki:Proofreadpage index template, yang bersama-sama membentuk fungsi teras Proofreadpage (yakni, papan pemuka yang timbul setelah menekan "Sunting" pada laman-laman ruang nama Indeks). Tambahan pula sebelum ini apabila perlu sunting laman-laman MediaWiki saya terlalu kerap menghubungi penyelia antara muka Wikisumber Bahasa Inggeris Sohom Datta untuk tujuan pengubahsuaian terutamanya dari segi penterjemahan, maka sekiranya kita di Wikisumber Bahasa Melayu boleh sunting maka lebih bagus sebab kita tahu apa yang kita perlukan.

Di samping itu juga, saya sudah mengambil maklum bahawa Yayasan Wikimedia (WMF) telah mewajibkan semua penyelia antara muka untuk mengaktifkan fungsi pengesahihan dwifaktor (2FA), maka fungsi 2FA sudah didayakan pada akaun saya. Saya juga berjanji untuk elakkan diri daripada merosakkan sebarang fungsi pada laman-laman MediaWiki yang berakhiran dengan js atau css seboleh mungkin.

Untuk rujukan, kita sebenarnya tidak mempunyai dasar rasmi untuk kebenaran akses penyelia antara muka, maka berdasarkan amalan pada Wikisumber Bahasa Inggeris akses ini diberikan secara ad hoc mengikut keperluan dan kemudiannya akan melalui pengesahan status kepenyeliaan sebagaimana dilakukan oleh penyelia biasa.

(Tekan balas untuk undi. Sila tambah templat {{support}} jika setuju pencalonan atau templat {{oppose}} jika tidak setuju dengan pencalonan.) Hakimi97 (bincang) 15:01, 27 Disember 2024 (+08)[balas]

  Setuju Hadithfajri (bincang) 17:29, 27 Disember 2024 (+08)[balas]
  Setuju Lim Natee (bincang) 19:02, 27 Disember 2024 (+08)[balas]
  Setuju PeaceSeekers (bincang) 20:18, 27 Disember 2024 (+08)[balas]
  Setuju. Perlu disegerakan. Zahirulnukman (bincang) 21:24, 27 Disember 2024 (+08)[balas]
  Setuju Rombituon (bincang) 19:00, 27 Disember 2024
  Setuju 26 Ramadan (bincang) 22:19, 27 Disember 2024 (+08)[balas]
  Setuju Ultron90 (bincang) 12:54, 28 Disember 2024 (+08)[balas]

Pencalonan EmpAhmadK sebagai penyelia antara muka

sunting

EmpAhmadK (bincangsumbangan) • aktivitiGlobal

Salam semua, saya serta Hadithfajri ingin mencalonkan EmpAhmadK sebagai seorang penyelia antara muka, kerana beliau telah mempunyai pengalaman untuk menjadi seorang penyelia antara muka pada beberapa projek Wikimedia seperti bdrwiki, dtpwiki, ibawiki serta mswikt. Beliau juga telah memberikan izin supaya dirinya dicalonkan sebagai seorang penyelia antara muka.

@EmpAhmadK: Sila mengesahkan pencalonan anda di sini. Hakimi97 (bincang) 15:22, 27 Disember 2024 (+08)[balas]

  Setuju toh beliau sudah bikin pernyataan, walau bukan di laman ini. Hadithfajri (bincang) 17:30, 27 Disember 2024 (+08)[balas]
  Setuju Lim Natee (bincang) 19:03, 27 Disember 2024 (+08)[balas]
  Setuju PeaceSeekers (bincang) 20:19, 27 Disember 2024 (+08)[balas]
  Setuju. Tak perlu pengesahan pencalonan pun tak mengapa, sebab sudah diberi keizinan sekaligus menyatakan kesediaan. Zahirulnukman (bincang) 21:26, 27 Disember 2024 (+08)[balas]
  Setuju Rombituon (bincang) 19:00, 27 Disember 2024
  Setuju 26 Ramadan (bincang) 22:19, 27 Disember 2024 (+08)[balas]
  Setuju Ultron90 (bincang) 12:54, 28 Disember 2024 (+08)[balas]