Wikisumber:Dasar perlindungan laman

Dasar perlindungan laman

Jalan pintas:
WS:PP

Laman ini mengekodkan beberapa kes yang membenarkan para penyelia untuk mengunci (atau melindungi) sesebuah laman daripada disunting.

Perlindungan terhadap sesebuah laman tidak membenarkan sebarang bentuk penyuntingan sama ada daripada pengguna baharu (perlindungan separa), atau daripada sesiapa sahaja kecuali penyelia (perlindungan atau perlindungan penuh). Perlindungan laman paling kerap digunakan untuk memelihara keutuhan karya sebaik sahaja ia telah dibaca pruf dan dimuat naik sepenuhnya (sila lihat Keutuhan teks), tetapi juga berfungsi untuk beberapa tujuan lain.

Kriteria untuk perlindungan

sunting

Pemeliharaan keutuhan teks serta teks pilihan

sunting

Sebilangan besar dokumen yang dihoskan oleh Wikisumber tidak dimaksudkan untuk dikembangkan atau untuk disunting, kerana Wikisumber mengumpul bahan yang telah diterbitkan pada masa lalu. Wikisumber mengehos dokumen yang diterbitkan ini tanpa sebarang pembetulan (termasuk sebarang kesilapan tipografi atau ketidaktepatan sejarah). Sebaik sahaja sesuatu laman telah dibaca pruf sepenuhnya, tiada perubahan selanjutnya diperlukan dan laman tersebut harus dilindungi.

Laman-laman ini hendaklah mengandungi templat {{kunci}}.

Teks yang telah dipilih sebagai Teks pilihan dianggap telah dibaca pruf sepenuhnya dan perlu dilindungi dengan sewajarnya. Walau bagaimanapun, alasan tambahan untuk melindungi laman tersebut terhasil daripada paparannya secara menonjol pada laman utama. Penyunting baharu mungkin membuat keputusan dengan niat baik untuk membetulkan kesilapan yang terdapat dalam karya asal, tanpa menyedari fakta itu. Malahan, terdapat pengguna berniat jahat yang mungkin mengambil peluang untuk menyunting laman yang banyak dilihat dengan cara yang tidak diingini. Perlindungan terhadap laman-laman tersebut turut menyelesaikan masalah tambahan ini.

Laman-laman yang terlibat ini hendaklah mengandungi templat {{pilihan}}, tetapi bukannya {{kunci}}.

Suntingan berniat jahat

sunting

Sifat Wikisumber yang terbuka itu mendedahkan Wikisumber dengan sebarang suntingan yang tidak diingini, tetapi kebanyakannya diperbetulkan oleh penyunting lain dalam masa yang singkat. Apabila sesetengah laman tertentu berulang kali disunting dengan niat jahat, penguncian laman tersebut buat sementara waktu mungkin akan mengurangkan beban kerja menentang suntingan niat jahat, dan memberikan masa kepada penyelia sementara mereka berurusan dengan pengguna berniat jahat itu.

Perang sunting

sunting

Terdapat beberapa keadaan yang melibatkan beberapa penyunting untuk terus membalikkan suntingan antara satu sama lain, atau menyunting secara bercanggah dengan niat baik. Hal ini mungkin berlaku kerana terdapat perbezaan pendapat dari segi sama ada transkripsi teks karya (terutamanya sekiranya teks karya tersebut tidak jelas), atau pemformatan yang sesuai untuk digunakan, atau atas pelbagai punca lain. Perkara tersebut dikenali sebagai perang sunting, dan mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap usaha kerjasama dalam komuniti ini. Sekiranya ia berlaku pada sesuatu laman, laman tersebut perlulah dilindungi sehingga pengguna-pengguna yang terlibat dapat menyelesaikan pertikaian mereka melalui perbincangan.

sunting

Sesuatu laman yang dipadamkan disebabkan pelanggaran hak cipta yang sudah diketahui secara umumnya kadangkala boleh ditambah semula berulang kali dengan niat baik kerana pengguna tidak mengetahui status hak ciptanya. Laman-laman tersebut harus dipadamkan untuk mengalih keluar bahan hak cipta daripada sejarah, seterusnya tag {{lamanterpadam}} ditambah pada laman yang dipadamkan itu, kemudiannya laman tersebut dilindungi.

Kes khas

sunting
  • Laman utama Wikisumber hendaklah sentiasa dilindungi, kerana laman tersebut merupakan laman yang paling banyak dilihat pada projek Wikisumber ini dan memberikan tanggapan pertama mengenai Wikisumber kepada pengguna baharu. Sebarang perubahan yang kelihatan pada laman utama hendaklah dibincangkan pada laman perbincangannya.
  • Mesej-mesej sistem: Semua laman dalam ruang nama MediaWiki dilindungi oleh perisian dalaman daripada akses semua pengguna yang ada kecuali penyelia. Laman-laman ini disepadukan secara mendalam ke dalam antara muka pengguna, dan banyak kekeliruan akan berpunca daripada proses suntingan yang cuai atau berniat jahat.
  • Arkib perbincangan: Semua laman arkib perbincangan lama perlulah dilindungi daripada sebarang suntingan. Perbincangan sedemikian tidak lagi aktif dan oleh itu tidak perlu disunting. Tujuan perlindungan adalah untuk memelihara keutuhan kandungan perbincangan dan memberi rujukan yang boleh dipercayai kepada komuniti Wikisumber. Hal ini termasuk tetapi tidak terhad kepada: (1) laman-laman arkib Kedai Kopi; (2) laman-laman arkib perbincangan Laman Utama; (3) laman-laman arkib pelanggaran hak cipta; (4) laman-laman arkib perbincangan pengguna. Walau bagaimanapun, hal ini tidak termasuk laman-laman arkib indeks yang tidak mengandungi sebarang perbincangan, dan perlu disunting secara berkala untuk membuat pautan kepada laman-laman arkib yang baru dicipta.
  • Templat yang kerap digunakan: templat-templat yang sangat kerap digunakan, dengan pengekodan kompleks atau sangat mudah kelihatan akan dilindungi. Jika hal ini berlaku, {{pendokumenan}} akan tersedia untuk mengemas kini arahan dan untuk pautan antara wiki.

Laman-laman yang tidak boleh dilindungi

sunting

Laman-laman perbincangan

sunting

Laman-laman perbincangan tidak sepatutnya dilindungi kecuali dalam kes yang paling ekstrem. Ini kerana laman-laman perbincangan adalah satu-satunya cara untuk berkomunikasi atau mencadangkan perubahan pada laman-laman karya yang disertakan. Sekiranya terdapat ralat diperhatikan dalam teks yang telah dilindungi, notis harus disiarkan di sini.

Laman perbincangan pengguna juga sepatutnya tidak boleh dilindungi, terutama jika ia melibatkan pengguna-pengguna yang disekat. Dalam kes terkemudian, laman ini merupakan kaedah komunikasi tunggal antara mereka yang disekat dengan komuniti setempat. Laman ini hanya boleh dilindungi apabila memang jelas pengguna yang disekat tersebut menyuntingnya dengan niat jahat secara terang-terangan.

Ruang nama Wikisumber

sunting

Semua laman pada ruang nama Wikisumber sepatutnya tidak dilindungi. Laman-laman tersebut harus terbuka kepada kerjasama dan penambahbaikan, dan banyak laman dengan ruang nama Wikisumber itu wujud secara khusus untuk disunting oleh semua pengguna (seperti laman perbincangan komuniti atau Cadangan penghapusan).