←Sebelum Indeks Berikut→

سورة النجم

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

وَالنَّجۡمِ إِذَا هَوَي (1)

Demi bintang semasa ia menjunam,

مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمۡ وَمَا غَوَي (2)

Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah dia menyeleweng (dari jalan yang benar) dan dia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).

وَمَا يَنطِقُ عَنِ الۡهَوَي (3)

Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

إِنۡ هُوَ إِلَّا وَحۡيٌ يُوحَي (4)

Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

عَلَّمَهُ شَدِيدُ الۡقُوَي (5)

Wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat Jibril) yang amat kuat gagah,

ذُو مِرَّةٍ فَاسۡتَوَي (6)

Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian dia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal,

وَهُوَ بِالۡأُفُقِ الۡأَعۡلَي (7)

Sedang dia berada di arah yang tinggi (di langit);

ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّي (8)

Kemudian dia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu dia berjuntai sedikit demi sedikit,

فَكَانَ قَابَ قَوۡسَيۡنِ أَوۡ أَدۡنَي (9)

Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah atau lebih dekat lagi;

فَأَوۡحَي إِلَي عَبۡدِهِ مَا أَوۡحَي (10)

Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.

مَا كَذَبَ الۡفُؤَادُ مَا رَأَي (11)

Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.

أَفَتُمَارُونَهُ عَلَي مَا يَرَي (12)

Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?

وَلَقَدۡ رَآهُ نَزۡلَةً أُخۡرَي (13)

Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,

عِندَ سِدۡرَةِ الۡمُنۡتَهَي (14)

Di sisi "Sidratul-Muntaha";

عِندَهَا جَنَّةُ الۡمَأۡوَي (15)

Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa".

إِذۡ يَغۡشَي السِّدۡرَةَ مَا يَغۡشَي (16)

(Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa "Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.

مَا زَاغَ الۡبَصَرُ وَمَا طَغَي (17)

Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya) dan tidak pula melampaui batas.

لَقَدۡ رَأَي مِنۡ آيَاتِ رَبِّهِ الۡكُبۡرَي (18)

Demi sesungguhnya, dia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.

أَفَرَأَيۡتُمُ اللَّاتَ وَالۡعُزَّي (19)

(Setelah kamu wahai kaum musyrik Mekah mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Laat" dan "Al-Uzza";

وَمَنَاةَ الثَّالِثَةَ الۡأُخۡرَي (20)

Serta "Manaat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)

أَلَكُمُ الذَّكَرُ وَلَهُ الۡأُنثَي (21)

Patutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan (yang kamu benci)?

تِلۡكَ إِذًا قِسۡمَةٌ ضِيزَي (22)

Pembahagian yang demikian, sudah tentu suatu pembahagian yang tidak adil.

إِنۡ هِيَ إِلَّا أَسۡمَاء سَمَّيۡتُمُوهَا أَنتُمۡ وَآبَاؤُكُم مَّا أَنزَلَ اللَّهُ بِهَا مِن سُلۡطَانٍ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَمَا تَهۡوَي الۡأَنفُسُ وَلَقَدۡ جَاءهُم مِّن رَّبِّهِمُ الۡهُدَي (23)

Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.

أَمۡ لِلۡإِنسَانِ مَا تَمَنَّي (24)

Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!).

فَلِلَّهِ الۡآخِرَةُ وَالۡأُولَي (25)

Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia.

وَكَم مِّن مَّلَكٍ فِي السَّمَاوَاتِ لَا تُغۡنِي شَفَاعَتُهُمۡ شَيۡئًا إِلَّا مِن بَعۡدِ أَن يَأۡذَنَ اللَّهُ لِمَن يَشَاء وَيَرۡضَي (26)

(Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya.

إِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِالۡآخِرَةِ لَيُسَمُّونَ الۡمَلَائِكَةَ تَسۡمِيَةَ الۡأُنثَي (27)

Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan,

وَمَا لَهُم بِهِ مِنۡ عِلۡمٍ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغۡنِي مِنَ الۡحَقِّ شَيۡئًا (28)

Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).

فَأَعۡرِضۡ عَن مَّن تَوَلَّي عَن ذِكۡرِنَا وَلَمۡ يُرِدۡ إِلَّا الۡحَيَاةَ الدُّنۡيَا (29)

Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata.

ذَلِكَ مَبۡلَغُهُم مِّنَ الۡعِلۡمِ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ اهۡتَدَي (30)

(Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayat petunjuk.

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الۡأَرۡضِ لِيَجۡزِيَ الَّذِينَ أَسَاؤُوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجۡزِيَ الَّذِينَ أَحۡسَنُوا بِالۡحُسۡنَي (31)

Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.

الَّذِينَ يَجۡتَنِبُونَ كَبَائِرَ الۡإِثۡمِ وَالۡفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الۡمَغۡفِرَةِ هُوَ أَعۡلَمُ بِكُمۡ إِذۡ أَنشَأَكُم مِّنَ الۡأَرۡضِ وَإِذۡ أَنتُمۡ أَجِنَّةٌ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمۡ فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمۡ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ اتَّقَي (32)

(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasal) dari tanah dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa.

أَفَرَأَيۡتَ الَّذِي تَوَلَّي (33)

Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana dia dihasut)?

وَأَعۡطَي قَلِيلًا وَأَكۡدَي (34)

Dan setelah dia memberi sedikit pemberiannya, dia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)?

أَعِندَهُ عِلۡمُ الۡغَيۡبِ فَهُوَ يَرَي (35)

Adakah dia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga dia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)?

أَمۡ لَمۡ يُنَبَّأۡ بِمَا فِي صُحُفِ مُوسَي (36)

Atau belumkah dia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa;

وَإِبۡرَاهِيمَ الَّذِي وَفَّي (37)

Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)?

أَلَّا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزۡرَ أُخۡرَي (38)

(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);

وَأَن لَّيۡسَ لِلۡإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَي (39)

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;

وَأَنَّ سَعۡيَهُ سَوۡفَ يُرَي (40)

Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);

ثُمَّ يُجۡزَاهُ الۡجَزَاء الۡأَوۡفَي (41)

Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;

وَأَنَّ إِلَي رَبِّكَ الۡمُنتَهَي (42)

Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);

وَأَنَّهُ هُوَ أَضۡحَكَ وَأَبۡكَي (43)

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;

وَأَنَّهُ هُوَ أَمَاتَ وَأَحۡيَا (44)

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang mematikan dan menghidupkan;

وَأَنَّهُ خَلَقَ الزَّوۡجَيۡنِ الذَّكَرَ وَالۡأُنثَي (45)

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan.

مِن نُّطۡفَةٍ إِذَا تُمۡنَي (46)

Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);

وَأَنَّ عَلَيۡهِ النَّشۡأَةَ الۡأُخۡرَي (47)

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati);

وَأَنَّهُ هُوَ أَغۡنَي وَأَقۡنَي (48)

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;

وَأَنَّهُ هُوَ رَبُّ الشِّعۡرَي (49)

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah Tuhan (Pencipta) Bintang Syikra;

وَأَنَّهُ أَهۡلَكَ عَادًا الۡأُولَي (50)

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang membinasakan kaum "Aad" yang pertama (kaum Nabi Hud).

وَثَمُودَ فَمَا أَبۡقَي (51)

Dan kaum "Thamud" (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup.

وَقَوۡمَ نُوحٍ مِّن قَبۡلُ إِنَّهُمۡ كَانُوا هُمۡ أَظۡلَمَ وَأَطۡغَي (52)

Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.

وَالۡمُؤۡتَفِكَةَ أَهۡوَي (53)

Dan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, Dialah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi;

فَغَشَّاهَا مَا غَشَّي (54)

Lalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang meliputinya.

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكَ تَتَمَارَي (55)

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?

هَذَا نَذِيرٌ مِّنَ النُّذُرِ الۡأُولَي (56)

(Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu!

أَزِفَتۡ الۡآزِفَةُ (57)

Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat);

لَيۡسَ لَهَا مِن دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ (58)

Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara hari kiamat itu

أَفَمِنۡ هَذَا الۡحَدِيثِ تَعۡجَبُونَ (59)

Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?

وَتَضۡحَكُونَ وَلَا تَبۡكُونَ (60)

Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya) dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?

وَأَنتُمۡ سَامِدُونَ (61)

Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan?

فَاسۡجُدُوا لِلَّهِ وَاعۡبُدُوا (62)

Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu) dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).

Al-Quran


Al-Faatihah · Al-Baqarah · A-li 'Imraan · An-Nisaa' · Al-Maaidah · Al-An'aam · Al-A'raaf · Al-Anfaal · At-Taubah · Yunus · Hud · Yusuf · Ar-Ra'd · Ibrahim · Al-Hijr · Al-Nahl · Al-Israa' · Al-Kahfi · Maryam · Taha · Al-Anbiyaa' · Al-Hajj · Al-Mu'minuun · An-Nuur · Al-Furqaan · Asy-Syu'araa' · An-Naml · Al-Qasas · Al-'Ankabuut · Ar-Ruum · Luqman · As-Sajdah · Al-Ahzaab · Saba' · Faatir · Yaa Siin · As-Saaffaat · Saad · Az-Zumar · Ghaafir · Fussilat · Asy-Syuura · Az-Zukhruf · Ad-Dukhaan · Al-Jaathiyah · Al-Ahqaaf · Muhammad · Al-Fat-h · Al-Hujuraat · Qaaf · Adz-Dzaariyaat · At-Tuur · An-Najm · Al-Qamar · Ar-Rahmaan · Al-Waaqi'ah · Al-Hadiid · Al-Mujaadalah · Al-Hasy-r · Al-Mumtahanah · As-Saff · Al-Jumu'ah · Al-Munaafiquun · At-Taghaabun · At-Talaaq · At-Tahriim · Al-Mulk · Al-Qalam · Al-Haaqqah · Al-Ma'aarij · Nuh · Al-Jinn · Al-Muzzammil · Al-Muddaththir · Al-Qiaamah · Al-Insaan · Al-Mursalaat · An-Naba' · An-Naazi'aat · Abasa · At-Takwiir · Al-Infitaar · Al-Mutaffifiin · Al-Insyiqaaq · Al-Buruuj · At-Taariq · Al-A'laa · Al-Ghaasyiyah · Al-Fajr · Al-Balad · Asy-Syams · Al-Lail · Adh-Dhuha · Ash-Syar-h · At-Tiin · Al-'Alaq · Al-Qadr · Al-Bayyinah · Az-Zalzalah · Al-'Aadiyaat · Al-Qaari'ah · At-Takaathur · Al-'Asr · Al-Humazah · Al-Fiil · Quraisy · Al-Maa'uun · Al-Kauthar · Al-Kaafiruun · An-Nasr · Al-Masad · Al-Ikhlaas · Al-Falaq · An-Naas