←Sebelum Indeks Berikut→

سورة الأعلى

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

سَبِّحِ اسۡمَ رَبِّكَ الۡأَعۡلَي (1)

Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan).

الَّذِي خَلَقَ فَسَوَّي (2)

Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya.

وَالَّذِي قَدَّرَ فَهَدَي (3)

Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayat petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya).

وَالَّذِي أَخۡرَجَ الۡمَرۡعَي (4)

Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak.

فَجَعَلَهُ غُثَاء أَحۡوَي (5)

Kemudian Dia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering (berubah warnanya) kehitam-hitaman.

سَنُقۡرِؤُكَ فَلَا تَنسَي (6)

Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu dengan perantaraan Jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa.

إِلَّا مَا شَاء اللَّهُ إِنَّهُ يَعۡلَمُ الۡجَهۡرَ وَمَا يَخۡفَي (7)

Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan. Sesungguhnya Dia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), yang nyata dan yang tersembunyi.

وَنُيَسِّرُكَ لِلۡيُسۡرَي (8)

Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.

فَذَكِّرۡ إِن نَّفَعَتِ الذِّكۡرَي (9)

Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna).

سَيَذَّكَّرُ مَن يَخۡشَي (10)

Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu.

وَيَتَجَنَّبُهَا الۡأَشۡقَي (11)

Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya.

الَّذِي يَصۡلَي النَّارَ الۡكُبۡرَي (12)

Dialah orang yang akan menderita bakaran Neraka yang amat besar (azab seksanya).

ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحۡيَي (13)

Selain dari itu, dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.

قَدۡ أَفۡلَحَ مَن تَزَكَّي (14)

Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh).

وَذَكَرَ اسۡمَ رَبِّهِ فَصَلَّي (15)

Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk).

بَلۡ تُؤۡثِرُونَ الۡحَيَاةَ الدُّنۡيَا (16)

(Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia.

وَالۡآخِرَةُ خَيۡرٌ وَأَبۡقَي (17)

Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

إِنَّ هَذَا لَفِي الصُّحُفِ الۡأُولَي (18)

Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu.

صُحُفِ إِبۡرَاهِيمَ وَمُوسَي (19)

Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

Al-Quran


Al-Faatihah · Al-Baqarah · A-li 'Imraan · An-Nisaa' · Al-Maaidah · Al-An'aam · Al-A'raaf · Al-Anfaal · At-Taubah · Yunus · Hud · Yusuf · Ar-Ra'd · Ibrahim · Al-Hijr · Al-Nahl · Al-Israa' · Al-Kahfi · Maryam · Taha · Al-Anbiyaa' · Al-Hajj · Al-Mu'minuun · An-Nuur · Al-Furqaan · Asy-Syu'araa' · An-Naml · Al-Qasas · Al-'Ankabuut · Ar-Ruum · Luqman · As-Sajdah · Al-Ahzaab · Saba' · Faatir · Yaa Siin · As-Saaffaat · Saad · Az-Zumar · Ghaafir · Fussilat · Asy-Syuura · Az-Zukhruf · Ad-Dukhaan · Al-Jaathiyah · Al-Ahqaaf · Muhammad · Al-Fat-h · Al-Hujuraat · Qaaf · Adz-Dzaariyaat · At-Tuur · An-Najm · Al-Qamar · Ar-Rahmaan · Al-Waaqi'ah · Al-Hadiid · Al-Mujaadalah · Al-Hasy-r · Al-Mumtahanah · As-Saff · Al-Jumu'ah · Al-Munaafiquun · At-Taghaabun · At-Talaaq · At-Tahriim · Al-Mulk · Al-Qalam · Al-Haaqqah · Al-Ma'aarij · Nuh · Al-Jinn · Al-Muzzammil · Al-Muddaththir · Al-Qiaamah · Al-Insaan · Al-Mursalaat · An-Naba' · An-Naazi'aat · Abasa · At-Takwiir · Al-Infitaar · Al-Mutaffifiin · Al-Insyiqaaq · Al-Buruuj · At-Taariq · Al-A'laa · Al-Ghaasyiyah · Al-Fajr · Al-Balad · Asy-Syams · Al-Lail · Adh-Dhuha · Ash-Syar-h · At-Tiin · Al-'Alaq · Al-Qadr · Al-Bayyinah · Az-Zalzalah · Al-'Aadiyaat · Al-Qaari'ah · At-Takaathur · Al-'Asr · Al-Humazah · Al-Fiil · Quraisy · Al-Maa'uun · Al-Kauthar · Al-Kaafiruun · An-Nasr · Al-Masad · Al-Ikhlaas · Al-Falaq · An-Naas