←Sebelum Indeks Berikut→

سورة التحريم

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ تَبۡتَغِي مَرۡضَاتَ أَزۡوَاجِكَ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (1)

Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

قَدۡ فَرَضَ اللَّهُ لَكُمۡ تَحِلَّةَ أَيۡمَانِكُمۡ وَاللَّهُ مَوۡلَاكُمۡ وَهُوَ الۡعَلِيمُ الۡحَكِيمُ (2)

Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda iaitu kafarah) dan Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu dan Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

وَإِذۡ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلَي بَعۡضِ أَزۡوَاجِهِ حَدِيثًا فَلَمَّا نَبَّأَتۡ بِهِ وَأَظۡهَرَهُ اللَّهُ عَلَيۡهِ عَرَّفَ بَعۡضَهُ وَأَعۡرَضَ عَن بَعۡضٍ فَلَمَّا نَبَّأَهَا بِهِ قَالَتۡ مَنۡ أَنبَأَكَ هَذَا قَالَ نَبَّأَنِيَ الۡعَلِيمُ الۡخَبِيرُ (3)

Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada seorang madunya) dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan? Nabi menjawab: Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam PengetahuanNya (tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi).

إِن تَتُوبَا إِلَي اللَّهِ فَقَدۡ صَغَتۡ قُلُوبُكُمَا وَإِن تَظَاهَرَا عَلَيۡهِ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ مَوۡلَاهُ وَجِبۡرِيلُ وَصَالِحُ الۡمُؤۡمِنِينَ وَالۡمَلَائِكَةُ بَعۡدَ ذَلِكَ ظَهِيرٌ (4)

Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi) dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya.

عَسَي رَبُّهُ إِن طَلَّقَكُنَّ أَن يُبۡدِلَهُ أَزۡوَاجًا خَيۡرًا مِّنكُنَّ مُسۡلِمَاتٍ مُّؤۡمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تَائِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سَائِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبۡكَارًا (5)

Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, (meliputi) yang janda dan yang anak dara.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالۡحِجَارَةُ عَلَيۡهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعۡصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ (6)

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَعۡتَذِرُوا الۡيَوۡمَ إِنَّمَا تُجۡزَوۡنَ مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (7)

(Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam Neraka): Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَي اللَّهِ تَوۡبَةً نَّصُوحًا عَسَي رَبُّكُمۡ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَيِّئَاتِكُمۡ وَيُدۡخِلَكُمۡ جَنَّاتٍ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا الۡأَنۡهَارُ يَوۡمَ لَا يُخۡزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمۡ يَسۡعَي بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَبِأَيۡمَانِهِمۡ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتۡمِمۡ لَنَا نُورَنَا وَاغۡفِرۡ لَنَا إِنَّكَ عَلَي كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ (8)

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الۡكُفَّارَ وَالۡمُنَافِقِينَ وَاغۡلُظۡ عَلَيۡهِمۡ وَمَأۡوَاهُمۡ جَهَنَّمُ وَبِئۡسَ الۡمَصِيرُ (9)

Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ كَفَرُوا اِمۡرَأَةَ نُوحٍ وَاِمۡرَأَةَ لُوطٍ كَانَتَا تَحۡتَ عَبۡدَيۡنِ مِنۡ عِبَادِنَا صَالِحَيۡنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمۡ يُغۡنِيَا عَنۡهُمَا مِنَ اللَّهِ شَيۡئًا وَقِيلَ ادۡخُلَا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ (10)

Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: Perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): Masuklah kamu berdua ke dalam Neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ).

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ آمَنُوا اِمۡرَأَةَ فِرۡعَوۡنَ إِذۡ قَالَتۡ رَبِّ ابۡنِ لِي عِندَكَ بَيۡتًا فِي الۡجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِن فِرۡعَوۡنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الۡقَوۡمِ الظَّالِمِينَ (11)

Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: Perihal isteri Firaun, ketika dia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim;

وَمَرۡيَمَ ابۡنَتَ عِمۡرَانَ الَّتِي أَحۡصَنَتۡ فَرۡجَهَا فَنَفَخۡنَا فِيهِ مِن رُّوحِنَا وَصَدَّقَتۡ بِكَلِمَاتِ رَبِّهَا وَكُتُبِهِ وَكَانَتۡ مِنَ الۡقَانِتِينَ (12)

Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Mariam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami dan (sekalipun Mariam itu hidup di antara kaum kafir) dia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya dan dia menjadi dari orang-orang yang tetap taat.

Al-Quran


Al-Faatihah · Al-Baqarah · A-li 'Imraan · An-Nisaa' · Al-Maaidah · Al-An'aam · Al-A'raaf · Al-Anfaal · At-Taubah · Yunus · Hud · Yusuf · Ar-Ra'd · Ibrahim · Al-Hijr · Al-Nahl · Al-Israa' · Al-Kahfi · Maryam · Taha · Al-Anbiyaa' · Al-Hajj · Al-Mu'minuun · An-Nuur · Al-Furqaan · Asy-Syu'araa' · An-Naml · Al-Qasas · Al-'Ankabuut · Ar-Ruum · Luqman · As-Sajdah · Al-Ahzaab · Saba' · Faatir · Yaa Siin · As-Saaffaat · Saad · Az-Zumar · Ghaafir · Fussilat · Asy-Syuura · Az-Zukhruf · Ad-Dukhaan · Al-Jaathiyah · Al-Ahqaaf · Muhammad · Al-Fat-h · Al-Hujuraat · Qaaf · Adz-Dzaariyaat · At-Tuur · An-Najm · Al-Qamar · Ar-Rahmaan · Al-Waaqi'ah · Al-Hadiid · Al-Mujaadalah · Al-Hasy-r · Al-Mumtahanah · As-Saff · Al-Jumu'ah · Al-Munaafiquun · At-Taghaabun · At-Talaaq · At-Tahriim · Al-Mulk · Al-Qalam · Al-Haaqqah · Al-Ma'aarij · Nuh · Al-Jinn · Al-Muzzammil · Al-Muddaththir · Al-Qiaamah · Al-Insaan · Al-Mursalaat · An-Naba' · An-Naazi'aat · Abasa · At-Takwiir · Al-Infitaar · Al-Mutaffifiin · Al-Insyiqaaq · Al-Buruuj · At-Taariq · Al-A'laa · Al-Ghaasyiyah · Al-Fajr · Al-Balad · Asy-Syams · Al-Lail · Adh-Dhuha · Ash-Syar-h · At-Tiin · Al-'Alaq · Al-Qadr · Al-Bayyinah · Az-Zalzalah · Al-'Aadiyaat · Al-Qaari'ah · At-Takaathur · Al-'Asr · Al-Humazah · Al-Fiil · Quraisy · Al-Maa'uun · Al-Kauthar · Al-Kaafiruun · An-Nasr · Al-Masad · Al-Ikhlaas · Al-Falaq · An-Naas