Al-Quran/Al-Muddaththir

(Dilencongkan daripada Al-Quran/74)
←Sebelum Indeks Berikut→

سورة المدثر

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

يَا أَيُّهَا الۡمُدَّثِّرُ (1)

Wahai orang yang berselimut!

قُمۡ فَأَنذِرۡ (2)

Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).

وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ (3)

Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ (4)

Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.

وَالرُّجۡزَ فَاهۡجُرۡ (5)

Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.

وَلَا تَمۡنُن تَسۡتَكۡثِرُ (6)

Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.

وَلِرَبِّكَ فَاصۡبِرۡ (7)

Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!

فَإِذَا نُقِرَ فِي النَّاقُورِ (8)

Kerana apabila telah ditiup sangkakala,

فَذَلِكَ يَوۡمَئِذٍ يَوۡمٌ عَسِيرٌ (9)

Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar.

عَلَي الۡكَافِرِينَ غَيۡرُ يَسِيرٍ (10)

Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).

ذَرۡنِي وَمَنۡ خَلَقۡتُ وَحِيدًا (11)

(Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),

وَجَعَلۡتُ لَهُ مَالًا مَّمۡدُودًا (12)

Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,

وَبَنِينَ شُهُودًا (13)

Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.

وَمَهَّدتُّ لَهُ تَمۡهِيدًا (14)

Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.

ثُمَّ يَطۡمَعُ أَنۡ أَزِيدَ (15)

Kemudian dia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;

كَلَّا إِنَّهُ كَانَ لِآيَاتِنَا عَنِيدًا (16)

Tidak sekali-kali (akan ditambahi)! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).

سَأُرۡهِقُهُ صَعُودًا (17)

Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.

إِنَّهُ فَكَّرَ وَقَدَّرَ (18)

Kerana sesungguhnya dia telah memikirkan dan mereka-reka (berbagai tuduhan terhadap Al-Quran).

فَقُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ (19)

Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?

ثُمَّ قُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ (20)

Sekali lagi: Binasalah dia hendaknya! Bagaimana dia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?

ثُمَّ نَظَرَ (21)

Kemudian dia merenung dan memikirkan (berkali-kali: Jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi dia gagal);

ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ (22)

Setelah itu dia memasamkan mukanya serta dia bertambah masam berkerut;

ثُمَّ أَدۡبَرَ وَاسۡتَكۡبَرَ (23)

Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh

فَقَالَ إِنۡ هَذَا إِلَّا سِحۡرٌ يُؤۡثَرُ (24)

Serta dia berkata: (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);

إِنۡ هَذَا إِلَّا قَوۡلُ الۡبَشَرِ (25)

Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!

سَأُصۡلِيهِ سَقَرَ (26)

(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam Neraka Saqar.

وَمَا أَدۡرَاكَ مَا سَقَرُ (27)

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan Neraka Saqar itu?

لَا تُبۡقِي وَلَا تَذَرُ (28)

Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa dan tidak membiarkannya (binasa terus)

لَوَّاحَةٌ لِّلۡبَشَرِ (29)

Ia terus-menerus membakar kulit manusia!

عَلَيۡهَا تِسۡعَةَ عَشَرَ (30)

Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).

وَمَا جَعَلۡنَا أَصۡحَابَ النَّارِ إِلَّا مَلَائِكَةً وَمَا جَعَلۡنَا عِدَّتَهُمۡ إِلَّا فِتۡنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا لِيَسۡتَيۡقِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الۡكِتَابَ وَيَزۡدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا وَلَا يَرۡتَابَ الَّذِينَ أُوتُوا الۡكِتَابَ وَالۡمُؤۡمِنُونَ وَلِيَقُولَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَالۡكَافِرُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَذَا مَثَلًا كَذَلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَن يَشَاء وَيَهۡدِي مَن يَشَاء وَمَا يَعۡلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكۡرَي لِلۡبَشَرِ (31)

Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal Neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami) dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran) dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu) dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini? Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dialah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) Neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.

كَلَّا وَالۡقَمَرِ (32)

Sebenarnya! Demi bulan,

وَاللَّيۡلِ إِذۡ أَدۡبَرَ (33)

Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri

وَالصُّبۡحِ إِذَا أَسۡفَرَ (34)

Dan waktu Subuh apabila ia terang-benderang,

إِنَّهَا لَإِحۡدَي الۡكُبَرِ (35)

Sesungguhnya Neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,

نَذِيرًا لِّلۡبَشَرِ (36)

Yang menjadi amaran bagi umat manusia,

لِمَن شَاء مِنكُمۡ أَن يَتَقَدَّمَ أَوۡ يَتَأَخَّرَ (37)

(Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).

كُلُّ نَفۡسٍ بِمَا كَسَبَتۡ رَهِينَةٌ (38)

Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,

إِلَّا أَصۡحَابَ الۡيَمِينِ (39)

Kecuali puak Kanan,

فِي جَنَّاتٍ يَتَسَاءلُونَ (40)

(Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,

عَنِ الۡمُجۡرِمِينَ (41)

Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,

مَا سَلَكَكُمۡ فِي سَقَرَ (42)

(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) Saqar?

قَالُوا لَمۡ نَكُ مِنَ الۡمُصَلِّينَ (43)

Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;

وَلَمۡ نَكُ نُطۡعِمُ الۡمِسۡكِينَ (44)

Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;

وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الۡخَائِضِينَ (45)

Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;

وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوۡمِ الدِّينِ (46)

Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,

حَتَّي أَتَانَا الۡيَقِينُ (47)

Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini.

فَمَا تَنفَعُهُمۡ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ (48)

Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.

فَمَا لَهُمۡ عَنِ التَّذۡكِرَةِ مُعۡرِضِينَ (49)

(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?

كَأَنَّهُمۡ حُمُرٌ مُّسۡتَنفِرَةٌ (50)

Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,

فَرَّتۡ مِن قَسۡوَرَةٍ (51)

Melarikan diri (ketakutan) dari singa!

بَلۡ يُرِيدُ كُلُّ امۡرِئٍ مِّنۡهُمۡ أَن يُؤۡتَي صُحُفًا مُّنَشَّرَةً (52)

(Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).

كَلَّا بَل لَا يَخَافُونَ الۡآخِرَةَ (53)

Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.

كَلَّا إِنَّهُ تَذۡكِرَةٌ (54)

Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);

فَمَن شَاء ذَكَرَهُ (55)

Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah dia mengambil peringatan daripadanya.

وَمَا يَذۡكُرُونَ إِلَّا أَن يَشَاء اللَّهُ هُوَ أَهۡلُ التَّقۡوَي وَأَهۡلُ الۡمَغۡفِرَةِ (56)

Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dialah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya dan Dialah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).

Al-Quran


Al-Faatihah · Al-Baqarah · A-li 'Imraan · An-Nisaa' · Al-Maaidah · Al-An'aam · Al-A'raaf · Al-Anfaal · At-Taubah · Yunus · Hud · Yusuf · Ar-Ra'd · Ibrahim · Al-Hijr · Al-Nahl · Al-Israa' · Al-Kahfi · Maryam · Taha · Al-Anbiyaa' · Al-Hajj · Al-Mu'minuun · An-Nuur · Al-Furqaan · Asy-Syu'araa' · An-Naml · Al-Qasas · Al-'Ankabuut · Ar-Ruum · Luqman · As-Sajdah · Al-Ahzaab · Saba' · Faatir · Yaa Siin · As-Saaffaat · Saad · Az-Zumar · Ghaafir · Fussilat · Asy-Syuura · Az-Zukhruf · Ad-Dukhaan · Al-Jaathiyah · Al-Ahqaaf · Muhammad · Al-Fat-h · Al-Hujuraat · Qaaf · Adz-Dzaariyaat · At-Tuur · An-Najm · Al-Qamar · Ar-Rahmaan · Al-Waaqi'ah · Al-Hadiid · Al-Mujaadalah · Al-Hasy-r · Al-Mumtahanah · As-Saff · Al-Jumu'ah · Al-Munaafiquun · At-Taghaabun · At-Talaaq · At-Tahriim · Al-Mulk · Al-Qalam · Al-Haaqqah · Al-Ma'aarij · Nuh · Al-Jinn · Al-Muzzammil · Al-Muddaththir · Al-Qiaamah · Al-Insaan · Al-Mursalaat · An-Naba' · An-Naazi'aat · Abasa · At-Takwiir · Al-Infitaar · Al-Mutaffifiin · Al-Insyiqaaq · Al-Buruuj · At-Taariq · Al-A'laa · Al-Ghaasyiyah · Al-Fajr · Al-Balad · Asy-Syams · Al-Lail · Adh-Dhuha · Ash-Syar-h · At-Tiin · Al-'Alaq · Al-Qadr · Al-Bayyinah · Az-Zalzalah · Al-'Aadiyaat · Al-Qaari'ah · At-Takaathur · Al-'Asr · Al-Humazah · Al-Fiil · Quraisy · Al-Maa'uun · Al-Kauthar · Al-Kaafiruun · An-Nasr · Al-Masad · Al-Ikhlaas · Al-Falaq · An-Naas