Al-Quran/Al-Ghaasyiyah

(Dilencongkan daripada Al-Quran/88)
←Sebelum Indeks Berikut→

سورة الغاشية

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

هَلۡ أَتَاكَ حَدِيثُ الۡغَاشِيَةِ (1)

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?

وُجُوهٌ يَوۡمَئِذٍ خَاشِعَةٌ (2)

Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina.

عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ (3)

Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah.

تَصۡلَي نَارًا حَامِيَةً (4)

Mereka tetap menderita bakaran Neraka yang amat panas (membakar).

تُسۡقَي مِنۡ عَيۡنٍ آنِيَةٍ (5)

Mereka diberi minum dari mata air yang menggelegak panasnya.

لَّيۡسَ لَهُمۡ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ (6)

Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri.

لَا يُسۡمِنُ وَلَا يُغۡنِي مِن جُوعٍ (7)

Yang tidak menggemukkan dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

وُجُوهٌ يَوۡمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ (8)

(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri.

لِسَعۡيِهَا رَاضِيَةٌ (9)

Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia).

فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٍ (10)

(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga yang tinggi (tempat kedudukannya dan darjatnya)

لَّا تَسۡمَعُ فِيهَا لَاغِيَةً (11)

Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia.

فِيهَا عَيۡنٌ جَارِيَةٌ (12)

Di dalam Syurga itu ada mata air yang mengalir.

فِيهَا سُرُرٌ مَّرۡفُوعَةٌ (13)

Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya).

وَأَكۡوَابٌ مَّوۡضُوعَةٌ (14)

Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka).

وَنَمَارِقُ مَصۡفُوفَةٌ (15)

Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar).

وَزَرَابِيُّ مَبۡثُوثَةٌ (16)

Serta hamparan-hamparan yang terbentang.

أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَي الۡإِبِلِ كَيۡفَ خُلِقَتۡ (17)

(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

وَإِلَي السَّمَاء كَيۡفَ رُفِعَتۡ (18)

Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?

وَإِلَي الۡجِبَالِ كَيۡفَ نُصِبَتۡ (19)

Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

وَإِلَي الۡأَرۡضِ كَيۡفَ سُطِحَتۡ (20)

Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

فَذَكِّرۡ إِنَّمَا أَنتَ مُذَكِّرٌ (21)

Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan.

لَّسۡتَ عَلَيۡهِم بِمُصَيۡطِرٍ (22)

Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).

إِلَّا مَن تَوَلَّي وَكَفَرَ (23)

Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta dia kufur ingkar.

فَيُعَذِّبُهُ اللَّهُ الۡعَذَابَ الۡأَكۡبَرَ (24)

Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.

إِنَّ إِلَيۡنَا إِيَابَهُمۡ (25)

Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka.

ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا حِسَابَهُمۡ (26)

Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.

Al-Quran


Al-Faatihah · Al-Baqarah · A-li 'Imraan · An-Nisaa' · Al-Maaidah · Al-An'aam · Al-A'raaf · Al-Anfaal · At-Taubah · Yunus · Hud · Yusuf · Ar-Ra'd · Ibrahim · Al-Hijr · Al-Nahl · Al-Israa' · Al-Kahfi · Maryam · Taha · Al-Anbiyaa' · Al-Hajj · Al-Mu'minuun · An-Nuur · Al-Furqaan · Asy-Syu'araa' · An-Naml · Al-Qasas · Al-'Ankabuut · Ar-Ruum · Luqman · As-Sajdah · Al-Ahzaab · Saba' · Faatir · Yaa Siin · As-Saaffaat · Saad · Az-Zumar · Ghaafir · Fussilat · Asy-Syuura · Az-Zukhruf · Ad-Dukhaan · Al-Jaathiyah · Al-Ahqaaf · Muhammad · Al-Fat-h · Al-Hujuraat · Qaaf · Adz-Dzaariyaat · At-Tuur · An-Najm · Al-Qamar · Ar-Rahmaan · Al-Waaqi'ah · Al-Hadiid · Al-Mujaadalah · Al-Hasy-r · Al-Mumtahanah · As-Saff · Al-Jumu'ah · Al-Munaafiquun · At-Taghaabun · At-Talaaq · At-Tahriim · Al-Mulk · Al-Qalam · Al-Haaqqah · Al-Ma'aarij · Nuh · Al-Jinn · Al-Muzzammil · Al-Muddaththir · Al-Qiaamah · Al-Insaan · Al-Mursalaat · An-Naba' · An-Naazi'aat · Abasa · At-Takwiir · Al-Infitaar · Al-Mutaffifiin · Al-Insyiqaaq · Al-Buruuj · At-Taariq · Al-A'laa · Al-Ghaasyiyah · Al-Fajr · Al-Balad · Asy-Syams · Al-Lail · Adh-Dhuha · Ash-Syar-h · At-Tiin · Al-'Alaq · Al-Qadr · Al-Bayyinah · Az-Zalzalah · Al-'Aadiyaat · Al-Qaari'ah · At-Takaathur · Al-'Asr · Al-Humazah · Al-Fiil · Quraisy · Al-Maa'uun · Al-Kauthar · Al-Kaafiruun · An-Nasr · Al-Masad · Al-Ikhlaas · Al-Falaq · An-Naas