Wikisumber:Kedai Kopi

(Dilencongkan daripada Wikisumber:KEDAIKOPI)
Kedai Kopi

Jalan pintas:
WS:S
WS:SCRIPTORIUM
WS:KEDAIKOPI

Laman Kedai Kopi ini merupakan laman perbincangan komuniti Wikisumber. Sila jangan ragu-ragu untuk bertanya sebarang soalan mahupun meninggalkan komen. Anda boleh menyertai sebarang perbincangan semasa atau mulakan perbincangan baharu; sila lihat Wikisource:Kedai Kopi/Bantuan.

Papan kenyataan penyelia boleh digunakan jika bersesuaian. Beberapa pengumuman serta surat berita dilanggan akan dipapar di bahagian Pengumuman.

Ahli-ahli projek Wikisumber selalunya boleh dijumpai pada pelanggan web saluran IRC #wikisource. Untuk perbincangan yang berkaitan dengan keseluruhan projek (bukan hanya berkenaan Bahasa Melayu), sila bincangkannya di Wikisumber Berbilang Bahasa (Multilingual Wikisource). Pada masa ini terdapat 23 pengguna aktif di sini.

Cadangan untuk menetapkan beberapa dasar asas Wikisumber Bahasa Melayu

sunting

Salam semua, suntingan ini merupakan cubaan pertama saya untuk mengajukan cadangan saya di Wikisumber Bahasa Melayu. Cubaan ini saya berpendapat penting untuk menentukan arah tuju perkembangan Wikisumber Bahasa Melayu. Kalau ada maklum balas berkaitan boleh utarakan pendapat di sini.

  • Perkara 1: Untuk ruang nama Indeks ("Index:") dan terutamanya ruang nama Laman ("Page:")
  1. Hanya digunakan untuk mentranskripsi kandungan dari imbasan sumber karya asli/terbitan yang merupakan hak awam (yakni: dokumen kerajaan lebih daripada 50 tahun selepas penerbitan, dan untuk karya biasa pula 50 tahun selepas pengarang asal meninggal dunia, bergantung kepada negara, rujuk Commons:Copyright rules by territory). Karya tersebut boleh berada dalam bentuk manuskrip/dokumen rasmi/batu bersurat/teks yang ditemui secara arkeologi dan sebagainya. Contoh penggunaan ruang nama Indeks dan ruang nama Laman adalah seperti di Index:Batu Bersurat Terengganu.jpg serta sublamannya.
  2. Proses transkripsi ruang nama Laman sepatutnya bertujuan untuk menghasilkan bahan transkripsi yang merupakan salinan tepat kepada bahan imbasan asli. Maksudnya di sini macam mana bahan imbasan itu dipaparkan, begitu jugalah kandungan transkripsi itu sepatutnya dipaparkan.
  • Perkara 2: Semua terbitan karya sendiri pada abad ke-21 (juga dikenali sebagai "vanity publication" yang proses penerbitannya tidak dilakukan secara profesional) handaklah diletakkan di Wikibuku Bahasa Melayu bukannya di Wikisumber.
  • Perkara 3: Namun untuk ruang nama Utama ("mainspace", tiada sebarang kata simpanan dengan ":") saya berfikir untuk membenarkan format transkripsi + alih aksara/terjemahan seperti di halaman utama Batu Bersurat Terengganu (yakni: transkripsi yang hampir sama dengan bentuk asal karya + alih aksara/terjemahan ke dalam bahasa Melayu yang kita semua boleh faham), walaupun asalnya ruang nama Utama di Wikisumber Bahasa Inggeris hanya digunakan untuk memaparkan gaya cetak bahan transkripsi imbasan. Ini kerana ruang nama Terjemahan ("Translation:") masih tidak wujud di Wikisumber Bahasa Melayu (sedangkan wujud di Wikisumber Bahasa Inggeris dll.), maka saya berpendapat format seperti Batu Bersurat Terengganu adalah format yang terbaik buat masa ini sementara ruang nama baharu sedang diusahakan di Phabricator.

Komen untuk Perkara 1

sunting
  • Pada pendapat saya, persamaan transkripsi tidak perlu dititikberatkan. Apa yang saya rasa ialah transkripsi ini perlu dilakukan secara ringkas. Anda tidak perlu berpegang kepada skripnya. Saya ada contoh Surat Lontar Wikisumber Bahasa Bali yang saya sunting (Bali-lontar-gaguritan-janmaprawreti-01-350ppi). Hasil transkripsi seharusnya memudahkan orang lain membaca. Dan menjadikannya lebih mudah untuk ditransklusikan. Lim Natee (bincang) 11:02, 19 Mei 2024 (+08)[balas]
    Lagi satu, adakah kita ingin menggunakan Indeks atau Index semasa menulis dalam Wikisumber ini, jika kita ingin menggunakan Indeks kita perlu menukarnya, dan juga adakah kita ingin menukar ruang nama Wikisource kepada Wikisumber. Lim Natee (bincang) 11:08, 19 Mei 2024 (+08)[balas]
    Dari awal memang dah tetapkan untuk pakai versi Melayu; rasanya perihal teknikalnya masih dalam pembangunan. PeaceSeekers (bincang) 11:14, 19 Mei 2024 (+08)[balas]
    Kalau masih belum selesai isu ni selepas sebulan, mungkin perlu ketengahkan di Phabricator. Sama juga dengan logo masih belum ditukar ke logo ms. Ultron90 (bincang) 12:40, 19 Mei 2024 (+08)[balas]
    Selepas saya berfikir sejenak, saya juga bersetuju bahawa tidak kiralah sama ada penggunaan templat format ke mahupun pemformatan gaya atur cetakan ke (seperti menambah kotak bingkai di luar teks ke, teks besar/kecil ke guna templat justify ke), tidaklah sampai kata tidak perlu buat (boleh sahaja hendak buat) tetapi semua pemformatan itu bukannya objektif utama kita di Wikisumber. Perkara yang paling teras di Wikisumber adalah mentranskripsi tulisan dari karya asal kepada tulisan yang boleh disalin tampal secara atas talian. Contohnya seperti laman ini, isi halamannya sekadar mengekstrak tulisan Jawi daripada karya asalnya yang juga bertulisan Jawi. Yang penting adalah jika laman karya asal itu tulisan Jawi maka hasil transkripsi juga perlu dalam tulisan Jawi. Betulkah tidak pandangan saya ini? Hakimi97 (bincang) 13:48, 19 Mei 2024 (+08)[balas]
    Ya betul. Tapi penggunaan bingkai di perlukan jika memang bingkai itu memang menjadi bahagian dalam naskhah itu. Mungkin itu menjadi pembezaan antara bahagian satu dengan yang lain. Tapi, setakat ini untuk ujibaca (kuningkan halaman) rapikan sahaja naskhah tu. Pengesahan (menghijaukan halaman) ini baru untuk mencantikkan halaman tersebut. Sebab tu la di sarankan untuk pengesahan diharapkan kepada pengguna yang advance. Lim Natee (bincang) 14:49, 19 Mei 2024 (+08)[balas]
    Benar sekali ... macam Lim kata sebelum saya, kalau perihal bingkai dsb. itu memang perlu, tetapi taklah sampai misalnya, ikut bulat-bulat setiap baris mula/akhir dengan perkataan apa (melainkan puisi, sajak dsb.). Bagi teks lazim, tulis saja "macam biasa". Itu yang saya risaukan sepanjang kita bincang hal ini. PeaceSeekers (bincang) 16:36, 19 Mei 2024 (+08)[balas]
  • Masalah hak cipta: Adakah di antara ahli Wikisumber Bahasa Melayu ini yang faham benar tentang hak cipta? Sehingga pertanyaan seperti
    • apakah fail Index:Hikayat_Abdullah_(1880_version).pdf memang benar masuk domain awam sebab ditulis tahun 1880, sedangkan di laman NLB ada tertulis "All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2006"; atau
    • apakah fail Index:Turjuman al-Mustafid.pdf benar masuk domain awam sebab itu karangan Syeikh Abdurrauf as-Sinkili di abad ke 12 Hijriah, sedangkan isi fail itu adalah hasil suntingan Syeikh Idris Marbawi, yang berpulang belum lewat 50 tahun?

dapat beroleh jawaban yang muktamad.

  • Masalah Salinan Tepat: Jeda baris dalam perenggan biasa memang tidak perlu disalin tepat-tepat, lain halnya untuk syair atau sajak. Penyuntingan lanjutan sedemikian sehingga hasil ketikan dapat semirip mungkin dengan naskah asal tentu dialu-alukan walau tidak menjadi tujuan utama. Untuk naskah bertulisan Latin rasanya tak banyak menimbulkan masalah. Namun yang bertulisan Arab, apakah menyalin سࢴل menjadi سݢل (perhatikan titik Ga) mengurangi ketepatan penyalinan? Bagaimana dengan kedudukan huruf hamzah yang dalam naskah lama seakan suka berpindah-pindah (ada فاء ada pula فأ, belum lagi hamzah tiga suku)? Bagaimana menyalin naskah yang kadang berubah antara ايت، اية، ايۃ? Apakah ya bengkok harus diketik موسے وعيسے atau boleh diketik موسى وعيسى? dan lain-lain. Sekian dulu Hadithfajri (bincang) 20:46, 19 Mei 2024 (+08)[balas]
    Untuk huruf Jawi, saya mencadangkan kita ikut sama seperti teks asal. Jika ada tiga titik atau tiada titik, kita ikut seperti teks asal walaupun tidak digunakan dalam ejaan terkini. Kedudukan huruf hamzah juga mengikuti teks asal sama ada di atas alif atau di tepi. Bagi yang kelainan bentuk huruf ta dan ya, kita guna ت dan ى kerana ے itu sama dengan huruf ى dan ے itu hanya jenis bentuk huruf yang wujud dalam khat nasakh dan bukannya huruf yang berlainan. Tofeiku (bincang) 21:10, 19 Mei 2024 (+08)[balas]
    Sebahagian daripadanya telah dijelaskan oleh Taufik. Untuk memasukkan Hamza 3 suku. Sebenarnya perkara ini pernah dibincangkan secara bersemuka oleh saya dan Ali semasa bengkel Wikisumber di Selangor, Malaysia. Jika, Hamza terdapat dalam 3 suku. Sila tulis seperti biasa (فاء). Melainkan anda jumpa perkataan yang boleh ditaip (فأ). Lim Natee (bincang) 21:35, 19 Mei 2024 (+08)[balas]
    Salam @Hadithfajri, maaf sebab lambat memberi maklum balas. Berkenaan sama ada hak cipta Index:Hikayat Abdullah (1880 version).pdf memang sejujurnya telah masuk domain awam ataupun tidak, saya ada bertanyakan soalan yang sama di Seksyen Hak Cipta, Kedai Kopi (Village pump) Commons Wikimedia, dan di laman itu mereka menyatakan bahawa manuskrip Hikayat Abdullah sudah pun masuk dalam domain awam. Malahan, status hak cipta yang digembar-gembur oleh NLB Singapura tidak akan terpakai pada projek-projek Wikimedia kerana semua domain Wikimedia adalah berpangkalan di Amerika Syarikat, dan apa-apa definisi berkenaan "public domain" ditentukan berdasarkan undang-undang di Amerika Syarikat.
    Rujuk pautan ini untuk salinan perbincangan yang diajukan. Hakimi97 (bincang) 00:13, 20 Mei 2024 (+08)[balas]
    Kalau berkenaan Index:Turjuman al-Mustafid.pdf pula saya berpendapat Syeikh Abdurrauf as-Sinkili ialah pengarang asal. Hak cipta hanya terpakai pada pengarang asal sahaja, kalau tahun ini sudah mencapai tempoh 50-100 tahun selepas pengarang asal meninggal dunia, maka segala kandungan berkaitannya haruslah dianggap sebagai domain awam. Dalam kes ini Syeikh Idris Marbaw pula jika ada bukti yang Index:Turjuman al-Mustafid.pdf ialah karya terbitan penuh daripada beliau maka mungkin ada masalah hak cipta, tetapi kalau Syeikh Idris Marbaw adalah penyalin manuskrip Syeikh Abdurrauf as-Sinkili maka karyanya maka dikira domain awam. Hakimi97 (bincang) 00:35, 20 Mei 2024 (+08)[balas]

Komen untuk Perkara 2

sunting

Saya setuju. Jika ada manuskrip yang anda rasa begitu, sebaiknya masukkan ke dalam Wikibuku Bahasa Melayu. Lim Natee (bincang) 11:28, 19 Mei 2024 (+08)[balas]

Setuju untuk ini. Lagipun, Wikisumber secara amnya bertujuan ke arah pengarkiban berbanding penulisan kendiri. PeaceSeekers (bincang) 12:08, 19 Mei 2024 (+08)[balas]

Komen untuk Perkara 3

sunting

Ya saya setuju dengan pendapat ini. Tetapi, saat ini kita tunggu sahaja sampai (translation) itu wujud dalam Wikisumber Melayu. Jika, tiada yang mendesak. Kita boleh bersabar dulu. Kalau mahu edit pandanan atau terjemahan rumi dalam Wikisumber ini. Lim Natee (bincang) 14:53, 19 Mei 2024 (+08)[balas]

Agaknya cara yang digunakan di laman Page:Hikayat_Bayan_Budiman.djvu/2, yaitu menggunakan <section begin="rumi"/>, baik juga untuk masalah alih aksara. Supaya lebih mudah untuk melihat naskah asal ketika mengalihaksarakannya dan barangkali memudahkan pula apabila akan nanti akan dipanggil (transklusi ya istilahnya?) atau dipindah-pindahkan (dipindahkan ke translation itu kalau memang iya). Hadithfajri (bincang) 20:57, 19 Mei 2024 (+08)[balas]

Untuk saat ini, tidak masalah untuk menggunakan itu. Jika, memang ingin membuat alih aksara. Tetapi, selepas laman translation wujud. Rumi dalam naskhah tersebut dapat di pindahkan. Karena, transliterasi bukan menjadi benda utama. Jadi, jika mahu transliterasi sila saja. Tetapi, selepas itu, dalam halaman naskhah hanya tulisan yang sama dengan naskah sahaja yang wujud (bukan transliterasi nya). Lim Natee (bincang) 21:27, 19 Mei 2024 (+08)[balas]

Ping pengguna: @Ultron90, @Tofeiku, @PeaceSeekers, @Hadithfajri, @Chongkian, @26 Ramadan, @Akbar Soepadhi, @Agus Damanik. Hakimi97 (bincang) 09:51, 19 Mei 2024 (+08)[balas]

Utk perkara 1 nombor 2, saya setuju yang transkripsi harus mengikut format seboleh-bolehnya semirip dengan manuskrip awal, tapi tidak wajib. Hanya untuk penyunting berpengalaman supaya pemformatannya tersusun rapi semoga transkripsinya hampir sama dengan manuskrip asal apabila dicetak. Ultron90 (bincang) 12:47, 19 Mei 2024 (+08)[balas]
Saya tiada sebarang halangan untuk Perkara 1 hingga 3 di atas. 26 Ramadan (bincang) 16:07, 19 Mei 2024 (+08)[balas]

Nan terlintas dalam fikiran ketika melihat Senarai teks di Laman utama.

sunting

Tadi dicoba-coba menyunting Wikisource:Indeks, sebab ada sedikit rasa geligeman pada Senarai teks di laman utama: lebih separoh isinya Page:Akta... saja! Kalau salah tolong tujukkan bagaimana sebaiknya.

Kemudian, apakah ada yang kenal dengan Pengguna:Helang putih? Sepertinya ia telah lama terbang dan belum pulang-pulang ke sini, padahal sayang sumbangannya di beberapa naskah seperti Al-Aqa'id li al-Nasafi, Al-Aqeeda al-Tahawiya, dan Al-Aqidah al-Tahawiyah belum tuntas. Ingin rasanya melanjutkan, tetapi sumber beliau entah dari mana. Hadithfajri (bincang) 16:07, 21 Mei 2024 (+08)[balas]


Berkenaan timbulnya "Page:" pada bahagian Senarai teks, Laman Utama Wikisumber Bahasa Melayu
Saya berpendapat mungkin kita perlu usahakan untuk mengemas balik kesemua bahagian di Laman Utama Wikisumber Bahasa Melayu (solusi jangka masa panjang), sebab susun atur gaya paparan Laman Utama sebenarnya sudah tidak sesuai dengan adanya domain baharu kita ini. Lagi-lagi apabila terlalu banyak laman "Page:", "Page:", "Page:" yang pada pendapat saya sendiri, memang serabut kepala.
Untuk solusi jangka masa pendek dan kurangkan serabut kepala kita semua, buat masa sekarang ini saya syorkan adalah sama ada kita:
  1. Buang semua teg "Kategori:Bahasa Melayu" daripada semua laman-laman dengan ruang nama "Page:" (contoh: Page:Pr Trengganu D.jpg), dan kita tetapkan hanya ruang nama "(Main):" (contoh: Batu Bersurat Terengganu) sahaja boleh masuk ke senarai teks tersebut (usaha ini senang sedikit).
  2. Cipta kategori baharu "Kategori:Teks utama" dan hanya benarkan ruang nama "(Main):" menambah kategori tersebut. (Nanti saya konfigurasi parameter categorytree dengan menukar "Bahasa Melayu" ke "Teks utama")
Apa pendapat yang lain berkenaan hal ini? (Ping: @Lim Natee @Ultron90 @PeaceSeekers @Tofeiku @26 Ramadan), jika ada pendapat lain boleh kongsikan juga? Hakimi97 (bincang) 17:10, 21 Mei 2024 (+08)[balas]


Berkenaan Pengguna:Helang putih dan semua hasil kerjanya
Apabila saya selidik sedikit, Pengguna:Helang putih sejujurnya sudah tidak aktif sejak tahun 2016 (rujuk pautan ini). Bukan nak kata mustahil untuk menghubunginya (sebab boleh sahaja e-mel kepada dia), tetapi adakah emel dia aktif atau mungkinkah dia kembali dan membalas kita, wallahualam saya pun tidak tahu. Maka saya berpendapat mungkin kita boleh ambil inisiatif sendiri untuk selenggara laman jika perlu.

Kalau nak sumber Al-Aqa'id li al-Nasafi (Abad ke-16), saya hanya boleh jumpa pautan ini yang mempunyai salinan imbasan manuskrip abad ke-16 itu, tetapi dokumen pada pautan ini baru sahaja 36 tahun diterbitkan (tidak boleh dimuat naik ke Commons Wikimedia sebab hak cipta belum luput lagi). Tetapi kalau ingin mencari naskhah asal pada abad ke-16, yang saya tahu hanya ada satu tajuk: "Omaris Abu Haphzae, Fily Mohammedis, fil. Ahmedis,. Nesephensis, (Tatari). Arabicè cum interlineari versione. Malaica. Script. anno Hegirae 998. Christi 1590." tetapi saya sampai hari ini tidak menjumpai imbasan asal manuskrip tersebut. Mungkin saudara boleh tolong carikan?

Tetapi kalau Al-Aqeeda al-Tahawiya atau Al-Aqidah al-Tahawiyah, dua laman ini sebenarnya perkara yang sama dengan kandungan yang sama, perlu dibuat lencongan. Selepas itu saya cari punyalah cari tidak ada terjemahan manuskrip Melayu sebelum abad ke-20 (yang secara automatik berstatus domain bebas jika diterbitkan sebelum tahun 1929). Maka saya berpendapat sepatutnya kandungan ini perlu dipindahkan ke Wikibuku Bahasa Melayu. Hakimi97 (bincang) 17:14, 21 Mei 2024 (+08)[balas]
  • Saya setuju dengan saran nomor. 2. Sedikit komen untuk saran nomor 1: apakah "Kategori:Bahasa Melayu" masih diperlukan ketika kini kita sudah punya Wikisumber sendiri? Apakah ada kemungkinan naskah berbahasa lain masuk ke sini (seperti bahasa Inggeris?). Apa-apapun... moga pengkategorian yang dibuat dapat menyenangkan kerja penyelia dalam menata naska-naskah di Wikisumber ini
  • Naskah Aqaid an-Nasafiah yang tersebut dalam buku Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas ini barangkali ada masih dalam koleksi peribadi Profesor Diraja Ungku Aziz.
  • Sepertinya akan banyak laman yang kandungannya perlu dipindahkan ke Wikipedia (seperti 13 Tunjang Iman Yahudi) atau Wikibuku (seperti Al-Aqidah al-Tahawiyah), atau malah perlu dipertanyakan keabsahannya (Gereja Katolik mana di rantau Melayu yang mendaraskan syahadat pendek seperti tersurat dalam laman Keyakinan Pesuruh?) Hadithfajri (bincang) 23:01, 21 Mei 2024 (+08)[balas]
    "Kategori:Bahasa Melayu" pada pandangan saya diperlukan, tetapi mungkin kena mengehadkan kepada ruang nama utama "Main:" (fungsinya mentransklusi laman Page dan Index) sahaja. Semua laman dengan ruang nama "Page:" serta ruang nama "Index:" sepatutnya tidak boleh menambah kategori sewenang-wenangnya. Dahulu "Kategori:Bahasa Melayu" diperlukan sebab Wikisumber Bahasa Melayu dalam Wikisumber Berbilang Bahasa (Multilingual Wikisource), tetapi sekarang kategori ini perlu dispesifikkan kepada ruang nama utama dengan imbasan karya asalnya hanya menceritakan spesifik berkenaan linguistik bahasa Melayu (contohnya kamus, tatabahasa dll). Hakimi97 (bincang) 14:10, 22 Mei 2024 (+08)[balas]

Laman Utama

sunting

Saya coba-coba membuat laman utama. Walau sebenarnya saya ragu dalam beberapa perkara:

  • Apakah "Senarai teks utama bahasa Melayu" perlu dipertahankan atau boleh diganti, barangkali dengan "naskhah pilihan" atau "beberapa naskhah baik".
  • Bagaimanakah perancangan gotong royong untuk "Beberapa projek transkripsi yang sedang dijalankan".
  • Apa mungkin laman utama itu dihias sedemikian rupa sehingga menyerupai laman pertama naskhah Melayu klasik (seperti [1], [2], [3]) dan diatur sehingga sedap dipandang mata samaada pada paparan atas meja ataupun mudah alih).

Mohon kritik dan sarannya. Hadithfajri (bincang) 23:15, 28 Jun 2024 (+08)[balas]

Pada pandangan saya:
  1. Saya rasa kalau nak dibuang terus "Senarai teks utama bahasa Melayu" pun boleh, cuma perlu ada pautan ke Khas:Semua laman di kedudukan kedua teratas (selepas pengepala "Selamat datang...") supaya pengguna ambil maklum sekiranya nak lihat senarai penuh karya penuh yang ada di Wikisumber ini.
  2. Yang ini saya kurang pasti, tetapi mungkin boleh mengambil inspirasi daripada Wikisumber Bahasa Inggeris, contohnya Proofread of the Month, Monthly Challenge Dan lain-lain.
  3. Kalau boleh buat memang sangat dialu-alukan, cumanya saya tidak ada kepakaran teknikal atau kepakaran seni berkenaan hal ini :(
Hakimi97 (bincang) 10:56, 29 Jun 2024 (+08)[balas]
  1. Bagi saya, elok kalau dibuang terus senarai teks utama tu sebab bagi saya, nanti laman tu akan jadi terlalu "berselerak" ("cluttered") ... lebih-lebih lagi pada masa depan ketika mana kita akan ada lebih banyak teks.
  2. Dialu-alukan, boleh rujuk Wikisumber Bahasa Inggeris.
  3. Yang ni, mungkin boleh tanya EmpAhmadK, dia yang mahir benda-benda ni. Cuma sekarang dia sibuk dengan peperiksaan akhir semester serta pengolahan laman utama Wikipedia bahasa Kadazandusun, jadi ini seeloknya kita simpan dahulu. PeaceSeekers (bincang) 11:14, 29 Jun 2024 (+08)[balas]
(1 dan 2). Bagi saya, ini elok untuk dibuang terus. Tapi, kita perlu untuk membuat tampilan laman utama tersebut untuk boleh buka fail-fail yang telah di masukkan. Mungkin, boleh ikut Wikisumber Inggeris atau Indonesia. Nanti untuk projek-projek yang sedang dijalankan boleh di buat laman khas. Sebab, semasa dalam inkubator belum boleh kita buat. Selepas ini untuk projek-projek yang akan dibuat dalam Wikisumber akan dibuat laman khususnya.
3. Sebenarnya ini boleh sahaja kita buat. Tetapi, kita perlu contoh pada projek lainnya, bagaimana kita mahu letak dan lain-lainnya. Tapi, setakat ini yang boleh kita tukar mengikut Wikisumber yang telah wujud sebelumnya (Wikisumber Inggeris atau Wikisumber Indonesia). Lim Natee (bincang) 23:05, 29 Jun 2024 (+08)[balas]

Al-Qur'an

sunting

Hadithfajri (bincang) 12:32, 10 Julai 2024 (+08)[balas]

Berkenaan Al-Quran serta terjemahannya di Wikisumber ini, saya syak pengguna @Aviator (sudah tidak aktif sejak tahun 2015 lagi) menyalin tampal daripada https://www.surah.my/ (boleh katakan kandungannya sama 100% dengan versi yang ada di Wikisumber ini). Nota kakinya ada menyatakan bahawa: "Ianya bebas untuk disebarkan / disalin untuk tujuan dakwah dan pendidikan / penyelidikan." Saya berpendapat ayat pada nota kaki ini jelas maknanya bahawa semua kandungan pada laman Surah.my ini berstatus domain awam. Cuba @Hadithfajri semak sekali lagi sama ada apa yang saya katakan itu betul atau tidak.
Kalau betul dan tidak perlu digantikan kandungannya, mungkin langkah seterusnya kita boleh letak "Templat:Header" atau "Templat:Translation Header" menggantikan pengepala sedia ada di laman utama Wikisumber Al-Quran ini, serta meletakkan pautan Internet Archive untuk tujuan pengarkiban. Hakimi97 (bincang) 15:09, 10 Julai 2024 (+08)[balas]
Sepertinya memang kandungan https://www.surah.my/ dan Al-Quran itu 100% sama. Laman surah.my jelas bukan sumber utama terjemahan itu, bahkan ia sendiri merujuk laman Kerajaan Arab Saudi (sayangnya dah mati). Kerana merujuk ke Saudi, saya carilah Al-Quran terjemahan Melayu cetakan Mujamma' al-Malik Fahd. Tertulis bahwa terjemahan di dalamnya adalah karya Ahli Akademik IIUM. Tetapi sayang kandungannya tak 100% sama. Ada beberapa perbezaan pilihan kata.
Maka dari itu, saya makin yakin bahwa Al-Quran dalam Wikisumber saat ini bersumber dari Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur'an (TPR). Diperkuat berdasarkan bukti seperti
  • foto surat Al-Baqarah, as-Syura, dan al-Kahfi dalam TPR yang menunjukkan terjemahan yg persis seperti yg ada di Wikisumber sekarang. (kalau ada yang punya TPR itu, atau dapat melihatnya di surau terdekat, mohon bantuannya)
  • terjemahan dalam laman tanzil.net yang juga persis dengan yang ada di Wikisumber kita ini, dan mereka menyatakan bahawa sumber terjemahan mereka itu tafsir Basmeih.
Kalau ternyata memang karya Syekh Basmeih (wafat 1417H, 29 tahun lalu), dan ternyata memang kandungan bebas, maka halaman Al-Quran serta anak-anaknya saat ini eloklah dialihkan ke Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur'an, penghormatan atas karya asal beliau. Laman Al-Quran akan tetap ada, isinya pautan ke naskah-naskah yang ada. Saudara boleh lihat dalam en:Al-Quran ada beberapa versi terjemahan Al-Quran. Wikipedia Bahasa Melayu setakat ini mencatat ada 9 terjemahan Quran dalam bahasa Melayu (baik umum maupun Malaysia baku), dan kini kita punya dua (Basmeih dan Abdurrauf Fansuri). Moga ke depannya akan banyak naskah baru yang masuk. Hadithfajri (bincang) 00:26, 11 Julai 2024 (+08)[balas]

Pautan ke Laman Indeks

sunting

Ke mana hilangnya pautan ke laman indeks yang biasanya ada di sebelah kiri laman transklusi? Kalau di English Wikisource ada pilihan "Display Option > Page links displayed". Mohon perhatiannya. Terima kasih. Hadithfajri (bincang) 12:44, 4 Ogos 2024 (+08)[balas]

Membujuk rayu kerna merindu lagu yang dulu

sunting

Lagu Tanya Sama Pokok ini lagu P. Ramlee dalam film Anak-ku Sazali kan? Hadithfajri (bincang) 21:52, 11 Ogos 2024 (+08)[balas]

Baik... karena film karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sudah masuk domain awam, jadi karya beliau sudah boleh masuk Commons harusnya lah kan? Hadithfajri (bincang) 00:52, 12 Ogos 2024 (+08)[balas]
Kalau ikutkan ya, tetapi masalahnya tidak ada bentuk "manuskrip" atau "hardcopy" untuk lagu ini. Kalau ingin "proofread" pun cuma boleh dibuat melalui video sahaja. Hakimi97 (bincang) 07:54, 12 Ogos 2024 (+08)[balas]
Kalau video film beliau ada di Commons, kan boleh kita buat transkripsinya macam di en:Help:Film. Hadithfajri (bincang) 10:57, 12 Ogos 2024 (+08)[balas]
Sebenarnya boleh sahaja. Tetapi, setakat ini kita mahu fokus ke benda asas dulu di Wikisumber ini. Iaitu Naskhah-naskhah. Sebab, projek Wikisumber masih baharu lagi. Masih ada benda-benda urgent lainnya untuk kita boleh kembangkan dahulu. Jadi, kita fokus dulu untuk tambahkan naskhah dan pengguna-pengguna baru untuk ramaikan suntingan di projek Wikisumber bahasa Melayu ini. Lim Natee (bincang) 21:40, 30 Ogos 2024 (+08)[balas]

Sekadar curahan hati

sunting

Masyghul hati saya akan beberapa perkara ini:

Perkara pertama. Setakat ini, ada tiga macam tampilan untuk naskah yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi:

(1) dengan Templat:Arabic, seperti dibuat saudara @PeaceSeekers di Laman:Pengasuh 17 Jun 1920.pdf/1
kelebihan: font cantik.
kekurangan: tulisan agak halus untuk tampilan atas meja, tiap halaman harus ditambah templat berkenaan.

(2) dengan mengggunaan gaya pada indeks. Seperti dibuat saudara @Hakimi97 di Indeks:Hikayat Abdullah (1880 version).pdf/styles.css
kelebihan: font cantik. sekali atur untuk seluruh naskah
kekurangan: tiap naskah harus ditambah templat, ukuran terlalu besar di telefon.

(3) dengan menetapkan bahawa bahasa pada indeks itu ms-arab. Seperti yang ada di indeks dengan Kategori:Laman indeks karya yang asal dalam Melayu (Tulisan Jawi)
kelebihan: sekali atur untuk seluruh naskah
kekurangan: font tak berapa cantik.

Bantuan:Kandungan masih kosong, maka saya tanya di sini: baiknya bagaimana?

Perkara kedua. Karakter yang digunakan untuk mengetik ulang jawi ini beragam. Huruf kaf ditulis dengan ك atau ک. Huruf ga ditulis dengan ݢ atau ڬ atau ࢴ atau ڮ, bahkan kadang tanpa titik. Huruf nya dengan ڽ, ۑ, bahkan پ. Dalam jawi lama pula huruf ڤ kadang tidak ada, yang ada hanya ف. Jika menggunakan OCR, huruf ya dapat diketik dengan ييي ي ataupun ییی ی. Tambah pula hamzah yang suka berpindah-pindah rumah. Maka dari itu, apa mungkin dibuat pengaturan pada pencarian sedemikian rupa sehingga huruf-huruf itu dianggap sama?

Perkara ketiga. Pencarian masih belum dapat menemukan kata كهندق ketika diminta mencari kata

Perkara keempat. Huruf ࢴ tidak muncul dalam font untuk Android. Apa akal supaya ia boleh ditampilkan?

Perkara kelima. Untuk transkripsi (ketik ulang) dan transliterasi (dari jawi ke rumi). Kalau boleh dibuat automatik seperti di Wikisumber Bali, seperti cadangan saudara @Lim Natee, tentu baik sekali. Tetapi bila tidak, sepertinya dapat dibuat seperti ini: dibuat dua indeks dari fail yang sama, satu ditransklusikan ke laman utama, yang satu lagi ditransklusikan ke laman terjemahan (walau agak pelik juga ruang nama terjemahan untuk hal ini, kan masih sama-sama bahasa Melayu).

Maaf jika terlalu berpanjangan. Sebab belum nasib saya untuk menyampaikannya secara langsung. Mungkin lain masa.

Terima kasih. Hadithfajri (bincang) 22:25, 18 Ogos 2024 (+08)[balas]

Scholarship Applications Now Open for Wikisource Conference 2025!

sunting

Dear Wikimedians,

We are thrilled to announce that the Wikisource Conference is returning after a decade! It will be held from 14 to 16 February 2025 in Denpasar, Bali, Indonesia. This event will be a great opportunity for us to come together, share experiences, and discuss the future of Wikisource and its community. We are now accepting scholarship applications for the Wikisource Conference 2025 to promote diversity and inclusion. Scholarships are open to active contributors, community members, developers, and partners involved with Wikisource or related projects.

Important Details:

  • Application Period: 1 September 2024 to 20 September 2024
  • Application Deadline: 20 September 2024
  • Meta page: Link

We encourage everyone who is passionate about Wikisource and interested in attending this unique gathering to apply for a scholarship. The selection committee will carefully review all applications, focusing on contributions to the Wikisource project, community engagement, and the potential impact of participation in the conference.

To apply, please fill out the scholarship application form. We will provide updates soon for more information about the conference, including program details, speakers, and venue.

If you have any questions or need help with your application, feel free to reach out on the Meta Talk page or email us at wikisourceconference@gmail.com.

We look forward to receiving your applications and hope to see many of you in Bali for the Wikisource Conference 2025!

Regards,

Nitesh Gill

The Wikisource Conference 2025 Team

MediaWiki message delivery (bincang) 19:14, 5 September 2024 (+08)[balas]

Scholarship Application Deadline Extended for Wikisource Conference 2025!

sunting

Dear Wikimedians,

This message is about the Wikisource Conference, taking place from 14 to 16 February 2025 in Denpasar, Bali, Indonesia, after a decade-long break. This conference will be a fantastic opportunity to reconnect, share insights, and discuss the future of Wikisource and its vibrant community.

In the spirit of promoting diversity and inclusion, we're pleased to inform you that the deadline for scholarship applications has been extended to 29 September 2024.

If you still need to apply, please fill out the application form.

For any questions or assistance, feel free to contact us via the Meta Talk page or by email at wikisourceconference@gmail.com.

We look forward to your applications and hope to see you at the Wikisource Conference 2025!

Thank you MediaWiki message delivery (bincang) 21:32, 20 September 2024 (+08)[balas]

Wikisource Conference 2025 Scholarship Team

Final Reminder: Wikisource Conference 2025 Scholarship Deadline

sunting

Dear Wikimedians,

This is a final reminder that the scholarship application deadline for the Wikisource Conference 2025 is 29 September 2024. The conference will take place from 14-16 February 2025 in Denpasar, Bali, Indonesia, after a decade-long break.

If you haven’t applied yet, please do so by completing the scholarship application form by 11:59 AM UTC, 29th September 2024.

For any questions, reach out via the Meta Talk page or email us at wikisourceconference@gmail.com.

We look forward to your participation!

Regards, Wikisource Conference 2025 Scholarship Team

MediaWiki message delivery (bincang) 01:31, 30 September 2024 (+08)[balas]